Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Hye korang!
Kali ni aku nak shared kisah hiking aku ke air terjun Tawai yang lama dah menjadi wishlist aku selama ni. Untuk pengetahuan umum, air terjun Tawai ni terletak di daerah Telupid, yang mana berada di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah di bawah penguatkuasaan Hutan Simpan Tawai. Berada hampir 150km daripada Sandakan atau 200km daripada Kota Kinabalu, air terjun Tawai ini merupakan air terjun kedua tertinggi dengan kejatuhan air setinggi 95m dan dianggap antara air terjun yang tercantik di Sabah. Ok, itu adalah pengenalan secara ringkas tentang air terjun Tawai.
Bermulanya...
Perjalanan menuju ke air terjun ni aku telah menjoinkan diri sendiri dengan open trip yang telah dikelolakan oleh OB's Three. Scroll² ternampak iklan di socmed dan aku terus pm untuk tanya harga pakej. Ada juga aku tanya pada organizer yang lain tapi harga yang ditawarkan oleh Three Ob's lebih berbaloi dengan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kebetulan pula, kena dengan date yang aku available (31 Oct 24), sebab aku nak mengisi kekosongan hari supaya aku betul-betul fully utilized kan cuti untuk aku manfaatkan. Maklumlah, harga tiket kapal terbang keras.
Perjalanan bermula seawal jam 3.00 pagi dengan berkumpul di KFC Angkasa Apartment di Tuaran ByPass. Kebetulan lewat petang tu aku gatai pi hiking ke Bukit Botak dan lepak-lepak sambil dinner dengan Pikah sampai jam 10.00 malam, aku rasa alamak; barainya aku ni. Tak cukup rehat. Masa tu aku rasa aku hanya dapat lelapkan mata dalam sejam lebih ja. Memang aku planned aku nak bantai tido ja nanti dalam van sepanjang perjalanan menuju ke air terjun Tawai ni sambil-sambil cas tenaga sat.
Perjalanan berhenti sekejap di Pekan Telupid (baca: bagi memberi laluan kepada muslim) menunaikan solat subuh dan membuang apa patut sambil-sambil buat regangan badan setelah agak lama di dalam kenderaan. Selepas itu perjalanan diteruskan dan akhirnya kitaorang sampai di Kem Hutan Hujan Tawai atau Tawai Rain Forest Camp (TRC). Masa ni aku dah ingat hiking bermula dari TRC rupanya kena naik lori lebih kurang 45minit untuk ke starting point. Boleh tahan juga jauh ke dalam rupanya tapi dapatlah sedikit vitamin D sambil gelak ketawa beramai-ramai. Kira kitaorang enjoy jak the moments sambil menghirup udara pagi.
Bah, kita hiking...
Selepas selesai sedikit briefing dan salam perkenalan oleh para guides, kitaorang pun memulakan pendakian memasuki untuk menuju ke air terjun Tawai. Member aku dah pesan awal-awal kat aku; kalau nak ke sini, sila la bawa payung atau pakai topi yang agak lebar, tapi macam biasa, aku redah jak. Panas wehhhhh...Hahaha..Sebab kebanyakkan laluan di sini orang kata open space, matahari terpacak atas kepala. Mula-mula tu aku joined konon saing la juga dengan geng si Noeiy. Tup-tup aku dah terkedepan so aku redah ajelah. Lagipun jalan ni single trail ja cuma ada beberapa laluan tu bersimpang Y juga. Mujur ada insan yang baik hati melakar tanda arah di tanah menunjuk arah. Sebab selepas tiga (3) km tu, aku dah mula berjalan sorang-sorang. Memang depan belakang aku tiada orang tapi oklah, dah datang pun sorang-sorang kan. Aku ok jak.
Selepas nampak pondok dan papan tanda air terjun, cabaran bermula menuju ke air terjun dengan kadar agak condong ke bawah. Masa ni aku dok fikir masa nak naik nanti. Hahahahha. Akhirnya aku sampai juga ke air terjun Tawai. Masya Allah, memang indah sangat-sangat. Cuma sayang air terjun ni tak boleh nak berendam. Sudahlah nak datang sini sedikit punya jauh, dengan trail yang betul-betul membuat kulit merentung tetapi sayang hanya mampu melihat sahaja. Memang jangan lepaskan peluang, ambil gambar dan video banyak-banyak. Kebetulan aku antara yang terawal sampai. Layan jak keindahan air terjun ni.
Marilah ke sini!
Lebih kurang jam 1.00 petang, masing-masing mula beransur untuk pulang; kena merempuh lagi perjalanan hampir enam (6) km untuk sampai kembali ke starting point. Nak berjalan laju pun macam tak digalakkan sebab hujan sekejap-kejap jadinya trail menjadi agak licin. Aku rasa aku hampir tergelincir dan ada jatuh juga beberapa kali. Fuhhh, ghisau mak! Kena jaga kaki specially lutut sebab selepas trip Tawai, aku ada plan nak pi panjat gunung lain pula. Hahahaha. Sesampai di TRC, mandi dan makan (baca: baru nak lunch, hahaha tapi sedap wooo) barulah semuanya berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Apalagi semuanya zzzzzz kepenatan. Akhirnya dalam jam lebih kurang 9 malam, kitaorang semua selamat sampai di meet point.
Kesimpulannya, baaah marilah ke sini! Perit sedikit sebab kena hiking sejauh hampir 13 km pergi dan balik (baca: tapi easy hiking ja..sebab banyak laluan balak) tapi keindahan air terjun tu, tak terungkap. Memang kena tengok di depan mata sendiri baru tau nak gambarkan macam mana. Ok, aku belanja video satu. Kalau diberikan kesempatan, korang wajib datang sini tau!
xo,
0 comments