Wednesday, November 27, 2024

Gunung Tambuyukon ~ Seumpama berjalan-jalan di taman

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Gunung Tambuyukon




Hye korang,


Kali ni aku nak shared pengalaman aku mendaki ke Gunung Tambuyukon yang terletak di tiga (3) penjuru daerah iaitu Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu. Kalau korang nak tahu, Gunung Tambuyukon ni sering menjadi sebutan di kalangan para pendaki kerana pendakian menuju ke puncak tu agak hard-core dan juga kehadiran  pacat-pacat yang sangat jinak. Hahaha. Tapi pada pendapat peribadi aku, pengalaman mendaki Gunung Kaingaran pergi balik lagi meruntun jiwa aku (baca: taubatla..hahaha).  Dengan berketinggian 2579m dari paras laut, Gunung Tambuyukon ini merupakan gunung ke-4 tertinggi di Sabah. (baca: setakat terkini yang direkodkan)

Plan untuk mendaki gunung ni bermula daripada bertukar-tukar stories instagram dengan  si Awien. Bermula pertanyaan berkaitan Gunung Sinsing dan Kaingaran membawa kepada "eh, Gunung Tambuyukon dah naik blom?" Bagai ulam pucuk dicita, kebetulan pula si Awien pula sememangnya menantikan peluang, apalagi on terus. Dan-dan tu juga searched tiket flight dan walla, here we go!


Sebelum tu, pelbagai halangan la juga kitaorang kena hadap. Ada missed communication dengan operator (baca: sampai terpaksa bertukar operator sebab tiket flight dah beli!), lepas tu pula lagi seminggu nak bertolak, ada masalah pula dengan flight. Memang gigih la beratur selama lima (5) jam untuk mengadap customer service semata nak tukar balik flight sampai si Awien nak lipak trip ni. (baca: flight kena cancel). Memang aku tak bagi Awien lipak la sebab dah bayar beribu tu. Masalahnya tiket flight pun beribu juga tapi mujurlah masalah dengan tiket flight ni dapat diatasi setelah penat jerih beratur selama lima (5) jam ok. Huhuhu.



Hari pertama


Tambuyukon


Flight kitaorang ngam-ngam sampai tengah malam di Kota Kinabalu terus amik grab dan terus ke hostel. Konon nak tidur tapi sibuk mengemas last-last hampir jam dua (2) pagi barulah dapat lelapkan mata. Tapi jam empat (4) pagi dah kena bangun sebab kena bersiap dan bergerak menuju ke destinasi pada jam 4.30 pagi. Masa ni rasa ting-tong la juga sebab tak cukup tidur. Tapi takpe, nanti dalam kenderaan kita bantai tidur. (baca: hahaha, macamlah boleh tidur). Lebih kurang jam 7.00 pagi, kitaorang sampai di Kinabalu Park tapi lepak sarapan dulu kat Restoran Tahubang, lagipun pejabat di Kinabalu Park masih belum dibuka lagi. Tup-tup selepas selesai urusan itu ini di Kinabalu Park, hujan pun turun dengan lebat. Oh yea, pada masa ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dah keluarkan amaran hujan ribut petir yang akan melanda Sabah ekoran daripada tempias taufan dari Filipina. Bertabahlah yea, sebab dalam hati dah berdoa, semoga pendakian kitaorang kali ini dipermudahkan. 


Dari Kinabalu Park, kitaorang bertolak menuju ke Sub Station Monggis yang mengambil masa lebih kurang hampir dua (2) jam lebih untuk sampai. Masa ni terasa dalam hati, macam pernah lalu ja di laluan ni. Bila aku bertanya dengan Rex, rupanya inilah jalan Marak Parak. Oooo ok, patutla terasa familiar


Tambuyukon


Akhirnya, kitaorang sampai ke Sub Station Monggis selepas bertukar kenderaan powil melintasi sungai (baca: jambatan sudah roboh jadi kenderaan rendah agak sukar melintasi sungai). Selepas proses pendaftaran, timbang apa patut, briefing dari ketua guide kitaorang iaitu Nol,  dan mengambil gambar kenang - kenangan (baca: muka sebelum ekspedisi weh) dalam jam 10.20 pagi kitaorang pun memulakan langkah menuju ke Kem Kopuakan. Yihaaa...


Bak kata Gubai, satu (1) km pertama adalah salam perkenalan. Ehmm, sangat dengan pacaknya. Tapi bertabahlah, itu yang dipinta kan? Haha. Si Awien dah start macam nak meratib. Aku macam biasa, pelan-pelan daki dengan mulut terkunci. Lebih kurang dua (2) jam perjalanan, kitaorang berhenti seketika di Pondok Kera untuk mengalas perut, kira lunch jak di sini. Aku kalau penat-penat ni memang takde selera nak makan, aku makan buah epal hijau dan sepotong sandwich ajelah. Janji cukup syarat dapat alas perut. Itupun si Gubai dah tegur aku, "Kenapa nak makan pun macam sedih jaaa?"



Naik turun

Ehm, setelah melepasi Pondok Kera, bermulalah perjalanan kitaorang naik dan turun sampai aku dah malas nak kira. Kadang-kadang dapat belanja diskaun dan permatang, kadang-kadang itulah..Naik dan turun. Keadaan cuaca pun 'cun', hujan pun turun membasahi bumi. Takpe, kitaorang tetap redah. Tapi sebelum sampai di Kem Wuluh, aku pula yang dah start meratib. Ku kira si Awien jak meratib, dengan aku sekali menjoin. Hahaha. Mana tak nya, lutut kiri aku dah rasa macam kena sengat. Sampai aku nak melangkah pun jadi tersekat-sekat. Kejap-kejap aku pegang lutut aku. Sakit gila. Masa ni aku dah fikir, lutut aku ni sakit balik ke. Dia punya merenyam tak ingat dunia.  Sesampai jak di Kem Wuluh, baru nak duduk, alamak aiii... Punya berpesta erkk si zombie² kat kaki² aku. Hati dah tak tenteram, mujur ada tandas kat bawah nun. Apalagi, masuk then fuyoohh..Merayap eh korang satu badan. Yang dapat aku detected, jenis macam belang² warna keorenan kekuningan. Punya payah mau dicabutkan. Tengok kat lutut, tudiaaa sudah ada lima (5) kesan gigitan. Ehmmm...


Tambuyukon


Selepas rehat seketika (baca : aku kan buang² si comei² zombie ni), kitaorang melintasi sungai Wuluh. Redah ajelah malas nak buka kasut tapi aku buka jugalah sebab rasa macam geli². Hahaha.. Tudia, banyak pula dalam kasut dan stokin padahal aku rasa aku dah buang tadi masa kat Kem Wuluh (baca: yela, aku tak buka kasut dan stokin kan..) Macam² bentuk dapat siap si anak² tu panjang satu (1) inci dengan ketebalan macam benang. Fuuhh, sungguh halus.  Selepas merentasi sungai, yihaaa kita mula la memacak naik ke atas dan naik sehinggalah kitaorang sampai ke Kem Kopuakan hampir pada jam 4.00 petang. Sepanjang perjalanan menuju ke Kem Kopuakan ni, kehadiran kitaorang disambut oleh dua (2) ekor orang utan. Memain eh korang, siap baling-baling dahan ke arah kitaorang. Yang aku pun sengal, pi berhenti konon nak rakam padahal rabun. Hahaha... Si Nol dah bagi signal suh jalan cepat, tapi aku ignored. Ya ampun, pasni aku tak buat lagi. 


Kedamaian di Kem Kopuakan

Setelah siap memasang khemah dan buat apa patut, aku macam biasa la, tetiba si Azra tegur aku; "kak, pacat tu..." Masa ni aku rasa aku dah buang segala apa yang aku nampak sebelum aku mengemas apa patut. Eh geram pula aku. Huhuhu... Suasana di Kem Kopuakan ni memang sangat-sangat menenangkan jiwa dengan melihat keindahan air sungai Kopuakan di depan mata. Namun, deruan air sungai yang sedikit deras telah menggugat kegusaran dalam hati aku sebab esoknya kitaorang kena melintas sungai. Tapi kalau hujan turun tak berhenti, memang paras air akan naik lagi. (baca: setakat yang diberitahu oleh Nol, paras air adalah setakat paras dada Nol. Huhuhu) Selepas makan malam, kitaorang rehat dan tidur untuk cas tenaga. Sebab keesokkan harinya pula, misi menuju ke Kem Musang. Tapi, mata aku macam susah nak lelapkan mata. (baca: aku ni kalau dah penat sangat, memang susah skit nak tidur). Tetiba terdengar bunyi yang sangat kuat, ehmmm ada pokok tumbang la tu. Tup-tup, aku dah zzzzzzzzzz.


Kem Musang 

Aku tak tahu kenapa dinamakan kem Musang. Aku bajet, kemungkinan besar di situ banyak musang kut. Hihihi. Pendakian hari kedua bermula seawal jam 9.00 pagi selepas kitaorang siap bersarapan dan mengemas apa patut (baca: ikut plan asal jam 8.00 pagi tau). Muka masing-masing terpancar wajah dengan penuh semangat. Alhamdulillah, cuaca nampaknya cerah dan tiada tanda-tanda mahu hujan. Nol pula mengatakan paras air sungai sudah turun jadi kami selamat la untuk melimpas ke seberang. Boleh pula masa aku di tengah-tengah sungai, kaki aku macam nak tersadung. Mujur aku sempat berpaut, kalau tak leh tunggu aku kat sana bawah tu. Iskk..Bak kata si Awien, muka ku cuak gila. Walaupun paras air sungai setakat paras lutut ja, tetapi arus sungai agak deras juga. 

Laluan menuju ke Kem Musang disajikan seawal-awalnya dengan laluan pacak takde diskaun. Huhuhu. Tapi kita radu pelan-pelan. Kalau penat, rehat sebab memang target hari kedua hanya menuju ke Kem Musang sahaja. Sepanjang perjalanan menaik ke Kem Musang ni akhirnya kitaorang tiba juga di kawasan permatang (baca: diskaun beb) sebelum sampai ke Kem Musang. Setelah menempuh perjalanan selama tiga (3) jam, akhirnya kitaorang sampai juga di Kem Musang. Maklumlah, siput kan..Memang agak slow. Hihihi. Ketibaan kitaorang di sini disambut dengan deruan angin yang agak kuat. Masa ni rasa best juga sebab boleh menyidai baju kitaorang yang kebasahan ni. Di sini, kitaorang dapat berehat agak lama (baca: konon nak tido tapi tak dapat) sudahnya kitaorang lepak di luar khemah guides sambil bertukar-tukar cerita.


Menuju puncak

Hari ketiga kitaorang bermula pada jam 1.30 pagi untuk misi menawan puncak. Perjalanan dengan cuaca yang sejuk meredah kegelapan malam tidak mematahkan semangat kitaorang mendaki ke laluan yang lebih mencanak, berpaut pada akar kayu, memijak juga pada akar kayu yang licin dan berlumut menambahkan lagi thrill pendakian kali ni. Aku mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebab aku ni sejenis clumsy juga kalau mendaki ni. Takut/serik dah terjatuh. Tapi kali ni, ku kira sudah lebih dari sepuluh (10) kali kepala aku terhantuk padahal ehmmm...Dah alert tapi tetap kepala ni nak kena hantuk juga. Aiiyaaaa...


Tambuyukon


Setibanya di kawasan Rock Garden, ehmm... aku dah berdamai ketika ini sebab pandanganku semua ku lihat putih. Dinding sekolah beb! Tak mengapalah. (baca: takkan nak suruh aku repeat lagi? oh tidak) Kononnya nak lihat sunrise di sini, tapi berkabus tebal sudah kan.....ehmmm... Aku ingat selepas Rock Garden, aku dah hampir menuju ke puncak. Oh, aku terbuyuk baaa.. Masih lagi jauh perjalanan dengan laluan berbatu yang semakin  sempit dan berakar kayu diiringi dengan hujan yang lebat. 

Akhirnya jam 8.00 pagi aku sampai di puncak. Ikut plan asal, nak mengopi di sini dan bersarapan tapi disebabkan hujan terlalu lebat dan angin yang kuat, kitaorang hanya berada di puncak sekejap sahaja. Kesejukan beb! Dan kitaorang terus mengambil keputusan untuk terus turun setelah mengambil gambar. Masa ni aku dah tak tengok dah rupa aku dah macam apa, nak keluarkan handphone sendiri pun terasa malas sebab hujan lebat sangat-sangat. Memang pengalaman la dapat hujan lebat di peak. (baca: guide bagi kebenaran naik ke atas ni pun dah bersyukur sangat-sangat...Mujur tak kena patah balik tau!)


Joms turun!

Aku ni kalau bab turun memang lagi slow daripada siput. Ehhm, selepas kes aku terjatuh kat Sinsing tu, buat aku gerun dan terlalu berhati-hati sampai aku turun slow gila. Maaf sangat-sangat, pace 30 kali ni. Ya ampun. Sepanjang perjalanan turun, dua (2) kali aku dapat hujan. Kira hujan dah reda, then dapat lagi hujan. Terima kasih Gubai menemani aku kali ni. Aku memang menyiput, terima kasih kerana sabar dengan aku. Seronok juga bertukar-tukar cerita. Bukan kaleng-kaleng pengalaman hidup si Gubai ni tau!

Akhirnya sampai juga aku di Kem Musang, alas perut apa patut dan bergerak turun ke Kem Kopuakan. Masa ni, dah ribut angin sebab memang kuat gila angin masa ni. Bak kata Gubai; kali ni suis kipas lupa ditutup! Aku yang bawa load ni pun rasa macam nak melayang-layang. Risau juga kalau tetiba ada pokok tumbang ka. Namun begitu, alhamdulillah. Perjalanan kali ni dipermudahkan dan aku ditemani bodyguards yang mantul-mantul belaka! (baca: pounsikou Nol dan Gubai) 

Hampir dua (2) jam lebih, akhirnya aku sampai juga di Kem Kopuakan dan kelihatan kedudukan khemah dah berubah sebab kali ni sudah ada satu (1) group lagi yang akan menawan puncak Tambuyukon. Kali ni di Kem Kopuakan agak meriah dengan kehadiran group dari Oobah Ventures. Riki punya riki, group ni buat compress hiking dek kekangan cuti menurut mereka. Kiranya, mereka hanya bermalam di sini dan terus shoot ke peak tanpa bermalam di Kem Musang. Perghh, ini betul-betul padu. 


Tambuyukon


Kali ni aku baru terasa penat dan bila mata nak terlelap, si Awien kejutkan untuk makan malam. Jam dah pukul 9.00 malam masa ni. Aku bertanya kat dia, eh tadi jam 5.00 petang kan kita dah makan malam? Si Awien kata, tu kita lunch kak! Ehmmm, masalahnya aku masih rasa kenyang tapi Awien kata joms la kak kita dinner pula. Saya dah requested pada Gubai, dia dah siap masak tu....Aku masa ni, ehmmm Gubai pun melayan tekak si Awien ni. Kang aku tak pi makan, sianla plak sebab dah masak (baca: sedap pula tu...). Si Azra memang dah takmo bangun dah walaupun aku dah kejut banyak kali. 


Hari terakhir...

Keesokan harinya, kitaorang bersiap lagi awal dan bertolak seawal jam 8.00 pagi sebab ada misi yang perlu kitaorang laksanakan. Jeng jeng! Misi mencari durian hutan! Masa ni kitaorang bagi laluan kepada Kowis dan Erick untuk bergerak terlebih dahulu demi durian. Hihihi. Yelah, aku kan siput. Lembab skit takut kang durian dah abis kena rembat dengan yang lain. Hahahaha.


Tambuyukon


Sepanjang perjalanan kitaorang memang enjoyed habisla. Sempatla merasa rambutan hutan (baca: kecil jak tapi kena pulas macam pulasan) dan juga buah asam. Dapat merasa pun dah cukup teruja padahal dalam hati tu sebenarnya tak sabar-sabar nak makan durian! Hahahaha. Sebelum sampai ke Kem Wuluh, aku perasan juga laluan macam tertutup sedikit disebabkan oleh tempias angin kuat serta beberapa pokok yang telah tumbang. Memang kena menyimpang sedikit dan kebetulan pada masa kitaorang agak lewat melimpasi, terdengar juga dari kejauhan bunyi pokok tumbang. Nahhh, ngam-ngam di laluan trek pokok tu tumbang dan syukur pokok tu tumbang bukan ketika kitaorang sedang melimpas.


Durian!

Akhirnya, berbekal semangat waja kitaorang gagahi juga demi mu durian! Kelihatan selonggok durian telah ditinggalkan oleh Kowis, Erick dan Azra. Durang laju jadinya tinggallah aku yang siput-siput ni mengensot kelambatan sedikit. Takpe, janji dapat makan durian! Aku sorang jak dah balun lima (5) biji durian. Si Awien dah serender awal-awal. Walaupun durian ni kelihatan sedikit kecil, kulit yang berwarna hijau, duri yang agak tajam dan tirus, kurang berbau namun, yang terpaling penting adalah isinya yang sangat nyaman! Sedap weh....Memang terbaik la Nol dan Gubai melayan kitaorang untuk makan durian. Nampak macam muda (baca: sebab warna hijau bukan kuning) tapi memang dah masak sebenarnya durian tu. Balance durian yang ada, diaorang bawa balik ke Sub Station Monggis.


Pulang, marilah pulang...

Sejam kemudian, akhirnya kitaorang sampai juga ke Nickel Garden. Alhamdulillah, macam tak percaya akhirnya aku dapat menghabiskan ekpedisi Gunung Tambuyukon ni. Rasa macam nak cubit-cubit jak. Ramai yang bilang bahawasanya gunung ni antara gunung terpaling susah untuk ditawan, tapi sebab aku malas nak fikir apa-apa, jadinya kita radu ajelah. Chill-chill jak. Ikutkan hati nak mandi sungai di bawah tu tapi memikirkan malas nak bawa baju basah, kitaorang mandi jak di bilik mandi, bersiap apa patut dan solat jamak sesiap. Bergambar seketika bersama-sama dengan yang lain sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada team yang mantul kali ni. Siuk bah dijaga kaw-kaw oleh crews kali ni. Terbaiklah kamurang!


Pounsikau!

Lebih kurang jam 3.00 lebih, aku, Awien dan Azra bertolak balik ke sarang. Tapi aku dan Awien nak bermalam di Kundasang, jadinya team Aturan menghantar kitaorang di sana. As usual, Kundasang sudah menajdi Kundasangjem, hampir tiga (3) jam baru kitaorang sampai di sana. Merempuh jem, apalagi...Belajar bahasa Dusun sambil kena paksa rela karoks lagu-lagu Dusun. Aku iya iya jak, takmo menyanyi sebab nanti kompem lagi hujan lebat! Kah..kah..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada semua krew yang diaturkan oleh  Aturan Outdoor. Pounsikau!!! Team terbaik sehingga membuatkan perjalanan aku menuju untuk menawan Gunung Tambuyukon ini terasa seperti berjalan-jalan di taman. Tidak terasa sesukar seperti yang digembar-gemburkan. (baca: poyo kan aku, tapi ni ikhlas apa yang aku rasa la..lain orang, lain la kan...) Lagipun aku tak buat trip compact, jadinya memang siuk la kan. Kita radu jak sambil bergembira. 

Jadinya, kalau korang nak merasai sendiri perjalanan ke Gunung Tambuyukon ni, aku sangat-sangat rekemenkan durang sebagai kamurang nya guides dan krew. Sangat-sangat membantu terutamanya tetiba ada di kalangan kitaorang yang down (baca: pewai dan barai itu pasti, janji sampai peak baaaa). 

Tambuyukon




Terima kasih dan sehingga kita bertemu lagi ya gais! Kenangan manis-manis kita kenangkan dan yang pahit-pahit itu teda. Hihihi. Adventures kitaorang bersambung pula dengan mendaki Bukit Marangang untuk sunrise attack. Memang teda cukup rehat ni. (baca: misi membawa Awien berjalan-jalan di Sabah). 

Next gunung? Semoga ada yang manis-manis untuk pendakian yang akan datang. Amiin. 

xo,

1 comment:

  1. Jangan ba meracun,.. Syok pula tempat² berkhmah. Terbayang² suasana di dalam hutan, bertemankan ungas², cengkrik asli yg tidak pernah melihat kesibukan kota. Tapi paling kau happy brcmping tepi air terjun,.. Naaaa ko adaa.. Hahaha. Ok byee

    ReplyDelete