Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Sebenarnya kan, tak terlintas pun untuk aku nak menghabiskan antara 6 gunung tertinggi di Sabah (setakat ini) tapi tiba² dapat habiskan dalam tempoh setahun pula tu. Sebab aku sejenis mendaki ikut dan ja, takde matlamat/fokus/cita² pun. Pernah la juga kena kecam bila aku cakap, aku suka-suki jak nak mendaki; kira macam sosial hiker jak lah. Paling banyak aku kena sebab aku ni menyiput, orang downkan aku tapi aku senyum ajelah. Laju² pun gunung tetap kat situ juga. Hihi..Unless ada cut of time (cot), memang aku paksa juga la 2 kaki ni melangkah lebih laju skit.
Sebab; bagi aku cipta rekod masa dan ketinggian tu tak berapa nak penting. Yang penting pengalaman yang dikutip semasa sepanjang pendakian. Terpaling penting, dapat naik dan turun dengan selamat; itulah puncak pendakian yang sebenarnya...
Next gunung? Entahla...Nanti aku isi kalendar untuk tahun 2025. Hihihihihi...
xo,
2025. Gunung pertama aku naik Gunung Kinabalu, kalau x ada aral meniarap haha, pastu mount Pulag Filipine feb 2025. InsyaAllah. Moga sentiasa diberikan keihatan dan rezeki. Amiiiin
ReplyDelete