Done and dusted ! G6 Sabah

By kin - November 25, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye korang!


Sebenarnya kan, tak terlintas pun untuk aku nak menghabiskan antara 6 gunung tertinggi di Sabah (setakat ini) tapi tiba² dapat habiskan dalam tempoh setahun pula tu. Sebab aku sejenis mendaki ikut dan ja, takde matlamat/fokus/cita² pun. Pernah la juga kena kecam bila aku cakap, aku suka-suki jak nak mendaki; kira macam sosial hiker jak lah. Paling banyak aku kena sebab aku ni menyiput, orang downkan aku tapi aku senyum ajelah. Laju² pun gunung tetap kat situ juga. Hihi..Unless ada cut of time (cot), memang aku paksa juga la 2 kaki ni melangkah lebih laju skit.

Gunung Sinsing






Gunung Kaingaran


Sebab; bagi aku cipta rekod masa dan ketinggian tu tak berapa nak penting. Yang penting pengalaman yang dikutip semasa sepanjang pendakian. Terpaling penting, dapat naik dan turun dengan selamat; itulah puncak pendakian yang sebenarnya...

Gunung Tambuyukon



Gunung Kinabalu


Di kesempatan ini, aku nak ucapkanlah terima kasih kepada semua di atas sokongan selama ini yang tidak berbelah bagi terutamanya kepada keluarga aku serta kawan-kawan semua. Tanpa kalian, tak ke mana juga aku kalau tanpa restu dan kebenaran.

Gunung Trus Madi



Gunung Minodtuhan



Next gunung? Entahla...Nanti aku isi kalendar untuk tahun 2025. Hihihihihi...



xo,

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. 2025. Gunung pertama aku naik Gunung Kinabalu, kalau x ada aral meniarap haha, pastu mount Pulag Filipine feb 2025. InsyaAllah. Moga sentiasa diberikan keihatan dan rezeki. Amiiiin

    ReplyDelete