Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Hye korang!
Kali ni aku nak shared pengalaman mendaki ke satu bukit yang baru nak up di kalangan para pendaki. Bukit ni baru nak popular (baca: aku rasa la..hahaha. Maybe baru open pada public kut?) Jadinya, adalah open trip ke sini. Al kisahnya, aku tak berapa nak amik port sangat tapi kak Pah dan² mengajak aku untuk join trip ke sini. Check² jadual kalendar aku, oklah..Boleh sisip ni. So, aku on ajelah kan. Masa aku nak buat pembayaran, hati dah rasa macam 50-50 tapi aku ignored kan aje perasaan ni so aku terus bayar full ok. Padahal gogo minta deposit je. Hahahhaa. Beberapa jam pas aku bayar, mulalah adegan dalam wasap bila kak Pah kata dia nak lipak. Aishhhhhh, guane ni. Aku tak kisah pi solo then join (baca: selalu buat kan..) tapi sebab masalah pengangkutan. Aku ingat nak carpool jak sebab malas nak drive pepagi buta nak ke Kuala Kubu Bharu sorang², dapat² lagi kalau selepas balik. Mau tertido macam aku balik dari Gunung Fakir Terbang (baca: ni pun dah rehat 4jam tapi masih mengantuk dan halusinasi sepanjang highway tau). Bila bagitau Eddy yang aku pun nak lipak, Eddy kata stay ajelah dan follow ajelah trip ni. No refund duit. Huhuhu. Aku paksa rela kak Pah bagitau kawan² dia dalam trip ni yang aku nak carpool sekali. Akhirnya, dapat la juga carpool ngan kak Laura (baca: makasih kak...muahhhs).
Seawal pagi bersama ketua ajaran sesat...
Trip dimulakan seawal pagi, plan dalam jam 4.00 pagi dah mula gerak tapi terlambat sebab ada yang sampai lambat dan kitaorang pun stucked nak cari parking kereta. Jadinya, selepas briefing dan bacaan doa, kitaorang bermula lebih kurang jam 4.30 pagi menuju ke destinasi. Oh yeahhh... So far, perjalanan sepanjang enam (6) kilometer agak landai cuma macam jauh sedikit. Takpe, masa ni kita warming up sedikit bak kata orang. Ada satu simpang ni, Eddy selaku mgp/guide kitaorang bagitau kena ikut ke arah kanan, jangan salah jalan. Berjalanlah kitaorang mendaki sedikit. Masa ni aku line up ketiga tau. Semput² naik tetiba depan aku ni terhenti sekejap. Aku pun tanya, kenapa la kan? Dia cakap dia dah kehilangan orang depan dia. Masa tu macam ada simpang skit la. Dia cakap, moh kita ke kiri, masa tu aku tengok, alamak nak kena jadi komando ke ni? Nak kena rempuh runtuhan pokok² ni. Tapi masa tu instinct aku kata belok ke kanan. Yang si Yayang ni plak kata ke kiri. Eddy ada di depan, lagipun ada tag kat pokok-pokok. Kitaorang pun dok jeritla nama Eddy ni. Yayang kata, si Eddy ada sahut kat depan. So oklah, followlah si Yayang ni. Skit punya laju minah ni sampai satu (1) tahap, line up belakang dok jerit-jerit patah! Patah! Aku masa tu dengan Atikah, eh apa yang patah? Ada orang jatuh sampai patah ke? Rupanya... Suh PATAH BALIK!!! Hahaha. Aku dok jerit-jerit kat Yayang suh patah balik, berkejar aku nak kejar dia dalam kegelapan. Eddy dah bantai gelakkan kitaorang. Ehmm..ehmm...Kecik besau je aku tengok si Yayang ni. Level dia sebagai ketua ajaran sesat boleh membawa kitaorang menuju ke parking kereta balik tau! Hahahhahahahaha...
Selepas kejang perut dok gelakkan kebengongan masing² sebab dek ketua ajaran sesat ni, akhirnya lebih kurang 6.40am kitaorang sampai ke Kem BMW untuk berhenti solat dan sarapan. Masa ni masing² buat pelaburan di sungai. Sejuk woii. Hahaha. First stop kat sini, Eddy sediakan kopi o untuk kitaorang. Makasih Eddy, tapi dalam bekas air aku masih ada kopi o juga, aku tak minumla. Makanla apa patut sebagai alas perut. Sudahlah tak tidor tapi lebih kepada lapar. Nak makan berat² tapi takut termuntah pula sebab lepas ni trek macam nak pacak skit. Sikit jak.
Bermulalah episode naik turun macam roller coaster, melintasi beberapa sungai sehinggalah jumpa dan regroup di Lata Peneleh. Kalau ke kanan, korang akan ke Gunung Rajah la. Tapi kitaorang ke kiri untuk menuju ke Bukit Hulu Bakau. Eddy pesan dah awal², nak lintas sungai ni kena hati² di kawasan batu di sini, dikhuatiri licin. Ni yang aku seriau sebab aku pernah jatuh masa nak menuju ke Gunung Baha la. Sudahnya, sampai sekarang aku kena pergi fisioterapi setiap bulan, dah nak masuk tahun kedua dah ni, kesan hentaman jatuh terduduk. Sakit wooo tulang belakangku. Bukalah kasut nak melintas sungai ni sebab malas nak bagi basah seawal pagi kan. Kuku kaki dahla ada takde, on off macam biskut chipsmore, memang taklah aku nak berendam kasut. Hihi.
Bergambarlah sebentar beramai-ramai di batu besar selepas menyeberang sungai sebelum adengan pacak memacak. Boleh tahan juga ni tapi masa ni aku dah bagitau kat diri aku, Mulu Pinnacles lagi pacak ok. So, silalah bertabah. Huhuhu. Masa mendaki ni, otak aku dah proses, macam mana ni nanti masa nak balik? Naya aku. Haha.
Akhirnya, sampai juga di Kem Cangkul pada jam 8.30 pagi lebih kurang gitulah. Memang ada cangkul weh kat situ. Haha. Terbaiklah, tak pernah- pernah aku jumpa kem siap ada props. Haha. Masa ni lah nak ootd dengan cangkul dengan pelbagai gaya sebagai Hang Cangkul! Haha. Menurut Eddy, nama asal Kem ni ialah Kem 9, tapi ramai pendaki ingat diaorang dah sampai pada sembilan (9) kilometer, kira eh macam tak jauh padahal....... So, dengan kata sepakat beberapa mgp, mereka tukarlah nama kepada Kem Cangkul. Haa gitulah kisahnya.
Adengan roller coaster tanpa henti
Selepas regroup dan bergambar beramai-ramai lagi sekali, Eddy bilang selepas ni dah takde signage dah. Kira Kem Cangkul la yang terakhir ada signage. Ok, paham... Perjalanan naik dan turun boleh tahan juga trek ni, aku cakap dalam hati la. Nak tak nak, kena hadap juga la. Asal trek naik je, aku dah macam gelisah sebab dok memikirkan nanti balik arghh..Payah ni. Harap² lah tak hujan. Sebelum regroup kat 10km, masa ni kaki aku kedua-dua belah dah bagi signal macam nak krem. Arghh sudah. Krem kat peha dan betis. Ni yang bikin aku risau. Spray plak takde, so dengan muka tak malu aku minta pada kak Laura. (baca: makasih kak..) Selepas jak spray kakiku, berdesup aku naik masa trek memacak. Hihihi. Masa regroup kat 10km ni, Eddy kata dalam 600m jak nak sampai ke terowong peninggalan zaman British. Tapi...tapi kan..Punyalah naik dan turun, tak jumpa² sampai berjam². Aku masa ni dah terfikir, kena scammed ni. Eii geram plak aku. Hahahhaha. Punya la semangat, sebab aku fikir terowong tu dekat jak. Rupanya, ehmmm lagi 10-15 minit nak sampai peak, barulah akan jumpa terowong tu. Ehmmmmmm
Menuju puncak
Selepas bergambar kat dalam terowong yang macam agak seram tu, apalagi kitaorang shoot terus menuju ke puncak. Pacak pun pacakla. Dah tau awal², akan dapat view dinding sekolah sebab sepanjang perjalanan dah berkabus. Ala² misty forest gituh. Lebih kurang 12.35 tengah hari, aku yang pace mak Leha ni pun sampai ke puncak Bukit Hulu Bakau! Yeayyyy.... Alhamdulillah ❤️. Rehat- rehat dulu sambil makan apa patut sementara menunggu kopi o panas daripada Eddy. View as predicted, memang dinding sekolah. Kitaorang siap macam berkelah dengan yang membawa lemang Tok Bentongla, ada yang bawa ikan pekasam lah. Aku, onigiri macam biasa. Hahaha. Tengah² menikmati, kedengaran bunyi guruh berdentum dan nahhhh..hujan lebat mengiringi. Agak sejuk juga di peak bila dah terkena hujan dengan diiringi angin kuat. Masa ni aku berhuhu ajelah. Matilamak nak harungi trek ni. Hahaha.
Ayuh, kita hadap bubur!
Kita bikin romantis...eh eh..Romantis kemenda bila dah hujan lebat dengan trek macam apa. Haha. Kalau orang depan dah buka jalan untuk slide, apa salahnya join kan.. kan kan.. Haha. Daripada memikir takut jatuh dek licin, ayuh..kita slided ajelah. Nanti kotoran yang lekat di pakaian, kita basuh aje dengan sabun garam dari kedai Eko Rm2.40. Hihihi. Aku sebenarnya seriau gila nak turun, memikirkan lutut aku ni sebenarnya baru ja elok dari sakit. So, minta maaf awal² pada kawan² line up sebab aku jadi pacer untuk korang. Terhegeh² aku turun. Ya ampun! Kompem abe Yun macam eii budak ni.. Terkembab² nak turun. Dalam hati² tu, banyak kali juga aku jatuh. Hahahahhahaa. Lantaklah, janji aku takde kecederaan. Jatuh lemah gemalai sampai diam dan senyum ajelah. Hahahaha. Dah malas aku dah ehh. Malu letak tepi ajelah sebab asyik² muka aku ja yang jatuh. Eh eh 😅. Masa ni aku geram juga sebab trek asyik² turun ja kan. Sampailah kitaorang sampai di Lata Peneleh balik. Masa ni, ehmmm....redah ajelah sungai dengan kasut. Alang² memang dah basah kuyup pun. Hahaha.
Kat sini, berhenti rehat dan mandi. Basuh balik apa patut dengan segala lumpur yang terpalit. Dan mengambil kesempatan untuk solat jamak takut² tak sempat nak keluar nanti waktu solat habis pula. Masa mandi sungai, mak aihhh..Segar terus rasanya, otot² pun rasa macam rileks ja. Ikan tengas pun banyak gila kat sini. Hamboi² siap nak gigit² kaki aku ehhh.
Disebabkan aku kan carpool ngan kak Laura, so aku tunggu la geng² kak Laura sampai dan bertolak bersama-sama. Kalau aku gerak awal pun, aku kena sidai kat tempat parking, buat naya jak sensorang kat situ. Pekena kopi o daripada Eddy yang buatkan untuk line up buat kali ke tiga. Terima kasih Eddy! Sejuk² ni memang nyaman ooo minum air panas². Tup² dalam jam 6.30 petang baru kitaorang bergerak balik. Masa ni la aku perasan yang headlamp aku ternyala since kat terowong lagi. Ehmm..Mujur dapat pinjam cable Eddy yang bukan type c untuk charged kejap. Thank you again Eddy!
Perjalanan turun sehingga ke Kem BMW dan sehinggalah terjumpa kembali simpang yang ketua ajaran sesat bagi laluan tu, bikin aku dan Eddy gelak kaw-kaw. Sorry Yayang, aku dok mengumpat² ko. Hahahaha. Aduhh, lawak la..Sampai bila² aku akan ingat. Hahhaha. Akhirnya lebih kurang jam 9 lebih, kitaorang sampai di kawasan parking kenderaan. Trek memang agak licin, tapi hadap ajelah kan.
Siap mandi dan makan (baca: lapar nasi) kat Serendah, akhirnya jam 1 lebih aku sampai di rumah. Terima kasih kak Laura hantar sampai rumah.
By the way, terima kasih untuk trip kali ni. Memang agak barai juga la aku dibuatnya. Hahaha. Lama tak ontrek lebih dari 10jam kat dalam hutan untuk dayhike. Alhamdulillah semua line up sampai ke puncak dengan muka yang happy, dan dapat turun dengan selamat tanpa kecederaan. Setakat luka dek terpegang duri tu, biasalah kan...Hiihi. a big applaused to our mgp/guide/couple iaitu Eddy dan Yart!!! Seriuslah first time aku jumpa guide suka ambil gambar dan video line up. Dapat² pula line up kali ni memang suka bangat bergambar. (Baca: attention seeker..hahahahahhaha). Terima kasih juga pada kawan² baharu aku, semoga kita boleh ontrek di bukit² dan/atau gunung² yang lain pula. Korang memang ohsem! Jangan lupa calling² yaa. Maaf salah silap tergurau kasar, percakapan, mengumpat si Yayang (baca: ya ampun!!) serta perlakuan yang bikin guris hati korang tanpa sedar ataupun tak. Aku hanya insan yang kerdil. Barai² pun, aku enjoy! Hihihi....
Bak kata Eddy;Barai is realPewai itu pasti
Xo,
0 comments