Hiking Recovery di Nulu Koimayaan!

By kin - June 13, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



Hye korang...

Destinasi pendakian  &  berkhemah di Kota Belud, Sabah


Kali ni aku nak shared pengalaman hiking konon-konon healing la selepas mendaki di Gunung Kinabalu sambil-sambil training load. Sehari selepas aku turun dari Gunung Kinabalu, aku pun bergerak menuju ke Kota Belud dengan carter grab. (baca: plan asal nak sewa kereta jak, tapi takut kaki tak fit pula). Lebih kurang dalam jam 10.00 pagi aku dah bergerak menuju ke Kampung Melangkap Kapa sebab target nak sampai ke puncak lebih kurang jam 2.00 petang ke. Lagipun aku memang plan nak camping sana sekali so tak perlulah aku nak terkejar-kejar sangat. Sampai di Kampung Melangkap Kapa ni, sampai tersesat-sesat la juga. Ketibaan aku disambut oleh Suzinih, person in charge yang aku dah dealed sesiap semasa di Kuala Lumpur. Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengannya. Henlo Suzinih! Selamat berkenalan kitani... Ikutkan plan asal aku, aku nak hiking dulu ke air terjun Kimorugi sebelum heading to Nulu Koimayaan ni, tapi disebabkan masa aku datang ni setiap petang  boleh dikatakan hujan ja selalu, so aku tangguhkanlah. Maybe next year?


Ajommss..


Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Selepas taklimat ringkas oleh Suzinih, lebih kurang pukul 1 lebih,  aku yang ditemani oleh  uncle Suming merangkap guide aku dan temankan aku sepanjang pendakian ini. Aku pun tatau kenapa kali ni aku nekad nak pergi sensorang. Siap camping atas tu, tapi aku takde tent, jadinya aku sewa ajelah di atas. Konon-konon mo healing kan. Sorang-sorang, sebagai percubaan pertama aku. Boleh ke tak ni aku sorang-sorang ni kat atas? Kompem aku pishang nanti. Huhuhu. Perjalanan menuju ke Nulu Koimayaan ni untuk sejam yang pertama sebelum jumpa dengan Sungai Libang ialah menuruni. Ehm, part paling aku seram kalau turun-turun ni lebih-lebih lagi trail yang licin ni. Masa aku tengah terhegeh-hegeh nak turun ni, masa ni la uncle Suming menyarankan aku menggunakan tongkat sakti. Yesza, memang berkesan. Hihihi.

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Cabaran yang sebenarnya ialah, another 2km untuk naik ke peak ialah dengan menaiki tangga di sini. Huhuhu. Pacak weh! Tangga di Akinabalu pun tak sepacak ini. Berhuhu la aku sebab sambil bawa load dekat 15kg aku rasa ni. (baca: aku pun tatau aku bawa apa ni tapi banyak la makanan...hahaha). Tapi kan semasa meniti titian buluh di Sungai Libang tu, perghh cantiknya air sungai ni. Jernih betul. Sepanjang pendakian aku menuju ke puncak, aku enjoy ajelah sambil menikmati alam semulajadi. Aku tak berhenti sangat di setiap perhentian, ada dua (2) perhentian kat sini sebelum sampai ke puncak. Tapi di perhentian Kibaduk ada toilet. Haa, bolehla kalau mo mencuba. Lagi setengah jam aku nak sampai peak, aku dah dengar macam orang berkaraoke tau. Tapi macam sayup-sayup je nyanyian tu. Dalam jam lebih kurang 3.30 petang aku pun sampai di Nulu Koimayaan! Yeay!

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Masa ni memang aku sorang-sorang aje di sini. Huhuhu. Kut-kut la ada orang lain ke leh la lepak-lepak ngan aku layan aku borak ke. Hahahaha. Tiada ok. Lepas set up tent dan uruskan apa patut. Kita rehat ajelah dulu. Mujur bawa buku, bolehla membaca untuk hilangkan bosan. Kata nak healing kan? Hihihi.


Kelupaan

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Ok, masa nak kemas barang kan, aku kira nak lunch la even dah lewat petang. Tapi lebih kepada nak dinner la, baik aku makan sebelum gelap. Tengah punggah-punggah barang, ehmmm...Aku baru perasan aku tak bawa gas untuk memasak. Haha, dan kebetulan masa on the way nak ke Kota Belud tu pun aku baru teringat lighter, tapi serius tak ingat pasal gas. Tapi tenang-tenang dulu sebab aku bawa pek kembara so takdelah ektrem sangat nak memasaknya sangat. Turun ke bawah dan aku bertanyalah dengan Puan Salumah yang memang kebetulan ada di sini untuk menjaga di kawasan ini. Di sini, mereka pakai dapur kayu. Fuh, rare ni. (baca: lama tak jumpa dapur kayu sebenarnya, aku teruja!) So, takde masalah la untuk aku. Aku hanya perlu minta air panas ajelah untuk rendam pek kembara aku ni. Hahaha (baca: selesai masalah aku, kah kah)

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Jadinya, aku decided nak makan pada waktu malam la. Skip ajelah lunch aku, lagipun tak terasa lapar sangat masa ni. Sejujurnya aku sedang menunggu waktu sunset kat sini, tapi kebetulan sesampai je aku di Nulu Koimayaan ni, selain disambut dengan view dinding sekolah, aku juga disambut dengan deraian hujan lebat. Huhuhu.

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah




Sejarah Nulu Koimayaan

Sambil menikmati rintik-rintik hujan, aku didatangai oleh uncle Johanis yang kebetulan datang untuk mendirikan khemah aku di pelantar ni. Seusai tu, kitaorang pun berbual-bual la dan aku mengambil kesempatan untuk bertanya tentang sejarah Nulu Koimayaan dan apa maksudnya? Menurut uncle Johanis, Nulu Koimayaan ini adalah di dalam bahasa Dusun iaitu; Nulu membawa maksud bukit manakala Koimayaan pula membawa maksud keajiban/menghairankan.

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Asalnya tempat ini merupakan kawasan pertanian bagi penduduk kampung di sini. Disebabkan kawasan ni mengambil masa untuk mereka berulang - alik, mereka mendirikanlah pondok di sini untuk beristirehat. Ada suatu malam tu, mereka ternampak sekumpulan burung yang agak besar dan  berwarna putih terbang melintasi di sekitar bukit ini. Untuk lebih details, leh tengok kat sini.


Keheningan malam

Pabila malam menyapa, suasana memang gelap dan sunyi di sini. Sesunyi hatiku, chewah.... Agak kecewa bila tak dapat view sunset di sini disebabkan hujan lebat; tak mengapa, itu hanyalah bonus. Yang penting, aku dah sampai sini. Selepas siap mandi (baca: sejuk woo airnya..haha), aku pun turun ke bawah untuk meminta air panas untuk makan malam. Haha, tumpang makan di bawah ajelah. Konon nak makan kat pelantar, tapi macam gelap sangat. Dah habis makan, aku lepak kat atas dalam khemah. Hahaha, plan asalnya ialah aku nak stargazing sambil muhasabah diri la kununnya. Tapi disebabkan hujan  turun renyai-renyai, sebutir bintang pun aku tak nampak weh. Last-last lebih kurang jam 9 lebih, aku dah zzzzzzzz. Lol.


Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Keesokan paginya, memang sejuk berkabus memang gabungan mantap. Aku sudah bersedia nak menatap sunrise tapi apakan daya, pagi-pagi lagi sudah hujan sebelum subuh. Huhuhu ajelah aku. Takpe, no worries, hidup perlu diteruskan. Kita melantak dulu aing kupi dan nasi lemak. Baru nyaman. Haha. Memang tak buat apa, kita chill ajelah menikmati alam semulajadi yang aman damai kat sini. Memang healing habislah. Masa ni baru paham perasaan bila kau sorang-sorang tapi bukan keseorangan. 

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Masa ni aku ambil kesempatan buat content (baca: hahaha aduyai lawak), mujur bawa tripod, memang membantu sangat-sangat. Dah macam orang sasau jak aku rasa, ke hulu hilir. Paling penat nak repeat bila tetiba bluetooth kau tak berfungsi. Penat aiihhh ulang-alik. Haha.




Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah


Aku bajet nak sampai kat starting point tu nanti dalam jam 1 lebih (baca: sebab dah janji untuk grab), so lebih kurang jam 10.00 am aku dah sesiap. Ajaklah Puan Salumah, uncle Johanis dan guide aku, uncle Suming untuk bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan. 

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Pounsikou

Seusai itu, mulalah pendakian turun, lagipun hujan pun dah berhenti cuma itulah, confirm jalan trail licin. Haiishhh, nak turun ni. Part ni paling aku gerun. Sebab kalau turun-turun ni memangla aku sangat-sangat slow, khuatir lagi kalau tersalah step, boleh bikin capless. Dah la turun bawa load, walaupun dah tak seberat masa naik macam semalam. Slow-slow aku turun pun masih lagi capless. Uncle Suming dah naik risau dengan aku. Huhuhu. Mana-mana tempat yang aku tercapless tu, uncle Suming akan tandakan dengan parangnya. Berkali - kali beliau berpesan dengan aku, hati-hati ya. Makasih ya uncle Suming.

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Semasa aku sampai di checkpoint ke -2, aku bertembung dengan sekumpulan pendaki yang hendak ke Nulu Koimayaan. Macam biasa, aku kan friendly; kita bertegur sapa; ambil gambar dan video seketika. Siap ada yang pinjam bag aku kejap konon-konon naik bawa load. Lol. Ada juga yang bertanya kenapa aku bawa load. Aku bagitau yang aku tengah training load untuk ke Gunung Tahan sebenarnya dan bila aku cerita aku tidur semalaman, diaorang macam ehmm.. Mesti diaorang cakap; gila apa minah ni kan? Muahaha.

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Untuk makluman, turun memang akan melalui jalan seperti mana yang kita naik cuma bila sampai di Sungai Libang, kita akan bertukar arah menuju ke belah kanan; kalau berjalan ke sebelah kiri nanti korang akan jalan secara menaik pacak la pula. Tapi kan, jalan balik memangla landai tapi agak jauh. Hahahaha. Masa ni aku jumpa sungai, eii rasa nak terjun mandi jak. Ikutkan hati memang aku nak terjun mandi jak, tapi aku segan pula dengan uncle Suming tu. Hahhahaha. Kang dia cakap aku ni tak betul plak. Hahaha. But, aku rasa arghh nyesal plak kenapa aku tak terjun je untuk mandi. Basah pun basah la kan. Nanti bila dah berjalan mesti baju dah kering. Huhuhu. Air sungai tu bersih gila weh. Geram jak aku. 

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



Lebih kurang jam 12 lebih aku sampai di starting point. Siap makan buah jambu kat situ. Rupanya pokok kepunyaan Suzinih. Hihihi, makasih yea...Sedap! Macam biasa, sesampai jak aku di sini, hujan pun turun dengan lebat. Fuuhh, selamat aku. Kalau tak, mau tergolek dok. Sebenarnya sepanjang perjalanan turun, aku belajar la juga a few words bahasa Dusun daripada uncle Suming tapi aku rasa sekarang ni aku memang dah tak ingat. Hahahaha. Bab-bab bahasa ni memang aku gagal sejak zaman sekolah. Maafkanlah saya ni.


Tinggal Kenangan

Akhirnya tercapai juga hasrat aku nak daki ke Nulu Koimayaan walaupun naik sensorang. Nak kata pishang tu, sendiri yang pilih kan. Tapi aku ok jak, enjoy juga. Cuma bonus tu tak dapat untuk melihat keindahan sunset, sunrise dan stargazing. Sebab tu salah satu faktor aku memilih untuk bermalam di sana. Ketiga-tiga tu inda dapat. Hahaha. Nak suruh aku repeat lagi agaknya. Ehm, kalau diberi lagi kesempatan, aku nak try pula untuk mendaki di Puncak Donggiranuk. Insya Allah jika diberikan kesempatan dan rezeki untuk ke Sabah lagi. Who knows kan? Pounsikou kepada semua crews Nulu Koimayaan, anda semua memang terbaik. Aku memang enjoyed my day dan kalau dapat repeat lagi, aku nak pigi mandi kat sungai dan pigi juga air terjun Kimorugi dan bawa kawan-kawan aku (baca: siapa-siapalah yang nak ikut kan...). Banyak tempat lagi di Kota Belud yang aku hendak explorer. Aku rasa aku tau kenapa ibu aku tak bagi aku pindah Sabah; sebab confirm aku dah takmo balik KL dah. Huhuhu....Bak kata kawan-kawan aku, merayap la kau kat Sabah tu kalau pindah sana. Hahahahaha. Eh, macam tau-tau aja.

Destinasi pendakian & berkhemah di Kota Belud, Sabah



xo

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Wah mcm kenal, si ikin ba kan, gerakan solo lagi tu.. Aku terbaca pula artikel ko ni,.. Terbaiklah...

    ReplyDelete