Pengalaman Pendakian Yang Lazat ~ Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran : Part 2
By kin - March 15, 2024
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Angin sejuk
Selepas bersarapan dan mengambil bekalan untuk lunch, masing- masing macam dah ready untuk memulakan pendakian ke Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran. Fuh, debar-debar di dalam hati ni. Kalau nak tahu, sebenarnya, 300m pertama aku dah macam nak give up tau. (baca: eh ini bukan Kin yang sebenarnya, why...?) Aku pun tak tahu kenapa ada perasaan macam tu; tapi aku rasa sebab aku tak cukup tidur kut dan keduanya tetiba aku rasa kaki aku beraaaaat sangat nak melangkah. Macam nak menyesal masa tu tapi disebabkan idola mandak Sabahan di depan aku, si Vera, aku fokus pada kaki dia yang tangap melangkah. Jadinya, aku follow step-step dia. Haaa...Untuk menghilangkan rasa nak koyak tetiba ni. 😌
Koyak-koyak juga aku rasa time tu, tup-tup dalam masa sejam setengah gitu, aku dah sampai kat peak Gunung Sinsing. Tapi sepanjang perjalanan, opkosla tak nampak apa kan sebab gelap tapi bunyi angin yang menderu-deru tu, perghhhh...Sadjuk baa. Tapi sepanjang perjalanan memang dihidangkan dengan deretan periuk kera yang bermacam-macam bentuk. Cantik sangat!
Dinding sekolah
Sesampai di puncak Gunung Sinsing, yang aku harapkan adalah satu pemandangan sunrise yang sangat cantik tapi apakan daya, aku hanya nampak dinding sekolah aje. Hahahahaha. Tapi, view yang cantik itu adalah satu bonus. Yang penting, ko dah sampai peak dengan selamat yea. Semasa di puncak Sinsing ni, tak boleh la nak bergambar beramai-ramai sebab peak kat sini very limited space. So, beransur-ansur dan beralah la lepas ko dah amik gambar tu dengan muka aku yang ntah apa-apa bila aku belek-belek balik. Eh Kin, awat lagu ni muka hang ni? Hahahaha. Ha, lepas tengok muka yang tak siap tu, barulah tepek skit bedak tu. Hahaha..Kelakar la time ni.
Selepas tu, bermulalah episode nak mengejar cut off time (COT) untuk ke Gunung Kaingaran. Masa yang diberikan adalah kena sampai di 1700m sebelum jam 10.30am tau. So, aku start bertolak dari peak Sinsing dalam lebih kurang jam 7.00am la. Masa ni rasa macam laju la juga sebab perjalanan tu banyak menuruni jaa. Tapi bab-bab turun ni sebenarnya aku lagi slow yakmat. Sebab aku memang tak berapa yakin nak turun ni, kalau naik tu adalah rasa confident skit walaupun nda brapa laju mana. Masa ni pula si Peah boleh tanya kat aku, "kak, laju-laju nak ke mana?" Isk isk budak ni, aku jawablah nak kejar cot, nanti kalau lebih dari jam 10.30am, dah kena patah balik. Penat wooo. Aku paksa rela juga la budak ni supaya kitaorang melepasi cot. Alhamdulillah, lebih kurang dalam jam 9.15am aku dan Peah sampai di 1700km. Walaupun Peah meratib mentalnya koyak, aku cakap; jangan koyak nanti aku susah nak jahit. Hahaha.
Tapi kan, masa nak turun tu, cuaca memang angin sejuk dan kuat, dengan titisan kabus macam hujan tu, ada satu trail tu macam membelok ke kiri (baca: macam selekoh). Jalan tu macam berlopak air, jadinya aku malas nak basahkan kasut (baca: kira pijak lopak tu) aku pun pijakla tepi skit supaya tak terkena lopak air tu. Tup-tup je aku tersedar aku tergantung di tepi gaung. Huhuhu.. Paling bernasib baik, tangan aku sempat berpaut pada pokok. Macam aku bergayut di pokok badan mengadap luar. Kira macam aku bersandar la. Tapi masa tu aku mencuba la juga untuk memijak tapi makin lama makin lecak tanah tu sampai aku macam nak terjatuh lagi sebab takde tempat kaki nak memijak. Masa tu aku hanya harapkan kekuatan tangan ajelah memegang pokok (baca: padahal bahu aku ni masih recovery dari koyak lagi ni, ehmmmmm) Tengah macam aku nak cari solution ni, datang plak si Paeh boleh plak dia tanya aku;
"Eh kak, ko nak ke mana?"
Aku masa tu, aduyaiii.. Aku cakapla, ko tak nampak ke aku tengah bergayut sambil tengok pemandangan ni? Aku terjatuh la...Isk isk isk...Mujur ada Peah, tolong guide mana tempat aku nak pijak supaya aku boleh naik ke atas balik. Peah..Peah.. Soalan sengal-sengal pun dapat menyelamatkan aku untuk naik ke atas. Thanks tau. Hihihi.
Mossy dan selut
Kalau tak silap aku, selepas melepasi 1700km tu, bermulalah episode pendakian naik, naik dan naik. Menurut JC, sepanjang pendakian S2K ni, kitaorang akan melalui sebanyak 35 bukit dan 12 puncak tipu-tipu. Memang tak tipu woo, apa yang JC bilang itu benar-benar belaka. Gigihlah naik dan turun banyak kali untuk sampai ke Gunung Kaingaran ni. View macam biasa, masih dengan deruan angin sejuk dan kabus tebal. Cuma; sepanjang perjalanan memang akan disajikan dengan pelbagai jenis periuk kera dari sekecil-kecil dan sebesar-besar la. Masalahnya, kepala aku selalu terhantuk kat periuk kera yang terjuntai-juntai ni. Sekali kelatong! Sakit juga dahi aku ni, rupanya dalam periuk kera tu penuh dengan air. Hamik ko! Hahaha. Selain periuk kera ni, mossy kat sini tak usah cakaplah la lawa dia tu macam mana. Sejak naik menuju ke Erick Base Camp pun dah disajikan dengan mossy forest yang lawa apatah lagi sepanjang perjalanan menuju ke Gunung Kaingaran ni. (maaf tau, kalau kat Irau tu hanya ada pada certain place jaa, tapi kat sini memang sepanjang perjalanan..Lawa!)
Menuju puncak
Ada satu peak ni, dari peak ni aku dah nampak peak lain tau. Aku siap tanya kat Eeyon, eh sana tu ke Kaingaran sambil menunjuk ke arah peak tu. Dia bilang, nda. Lagi 1km kalau mo sampai ni. Aku masa tu, apa?? Aduyai, jauh lagi la ni. Lepas tu baru aku perasan ada tag 1000m. Muahahaha... Masa ni mental Peah macam dah nak koyak, dia nak rehat lama kat sini. Aku cakapla, aku gerak dulu la sorang-sorang. Sebab aku malas nak panaskan enjin balik kalau rehat lama-lama ni. Jadinya, aku geraklah sorang-sorang menuju ke puncak Kaingaran dengan pace Mak Leha. Mencabar juga sebab jalan dah macam lagi banyak selut. Huhuhu.
Sambil naik sorang-sorang tu aku rakamlah video skit-skit buat menghilangkan kebosanan tapi mata dok asyik melilau nak tengok lagi berapa meter nak sampai ni. Hahaha. Lawak plak rasa. Akhirnya dalam jam 11.30am, aku sampai ke puncak Kaingaran! Fuh, memang takde view tapi masa ni barulah boleh untuk berehat lama skit. Aku bajet dalam jam 12.30pm nanti barulah nak gerak turun tapi jam 12.00pm aku dah ajak si Peah turun sama-sama sebab tak tahan sejuk kat situ. Weehhh, sejuk gila! Itupun selepas makan bekalan makanan tengah hari dan bergambar beramai-ramai.
Besar kesilapanku
Masa nak turun ni la aku rasa aku buat silap besar la juga. Masa ni aku, Peah dan ditemani dengan guide Eeyon, Sambil-sambil turun lenggang-lenggang, kitaorang main teka - teki dengan guides yang lain pakai walkie talkie. Hahaha. Sampailah di 2500km, si Peah bertanya sama si Eeyon, kalau kami punya pace macam ni jam berapa agak-agaknya sampai ke Erick Base Camp? Dengan jujurnya, Eeyon kata dalam jam 9.00pm. Aku masa tu, ehmm..aku takmo turun gelap-gelap. Jadinya aku decided tinggalkan mereka berdua untuk bergerak solo ikut pace aku. Sejujurnya, memang macam tak leh nak sampai before cot (baca: cot selepas ini adalah sebelum jam 6.30pm tau) tapi aku takmolah sampai jam 9.00pm gitu. Masa otw nak naik ke Sinsing, aku perasan yang tetiba dapat open view. Boleh la untuk beberapa minit menikmati pemandangan yang cantik sebelum kabus tebal tutup balik. Huhuhu.
Aku sampai di puncak Sinsing dalam jam 6.15pm lebih kurang 12 jam juga la selisihnya. Huhuhu. Kebetulan nampak pula guide Ryan tengah melepak kat situ so bolehla meminta tolong dengan dia untuk ambil gambar aku. Haaa, barulah senonoh sedikit dari pagi tadi. hahahaha.
Masa di 5200m, Ryan dah mula meninggalkan aku sebab dia nak mengejar line up dia. Masa ni dah gelap ok, tapi view di langit tersangatlah cantik sunset tu. Leka-leka aku melihat sunset, tak semena- mena aku terjatuh terduduk dan paling sadisnya, lutut kiri aku terkena batu. Ehmmmm...menarik nafas panjangla aku sebab sakit gila. Mujur memang standby bawa knee guard, tapi masa ni aku dah rasa yang kali ni jatuh dia lain macam sebab lutut aku dah tak boleh bengkokkan kaki. Sobs sobs. Pole pula tak bawa. Mantap masa ni. Hutan dah mulai gelap, headlamp aku tak seterang headlamp lcd aku lagi satu . Dia dah buat hal so aku pakai yang headlamp yang pakai bateri triple a tu. Masa ni aku tawakal ajelah, mengensot weh guna montot mana-mana trail yang aku tak yakin. Dah la gelap, tapi aku sebenarnya risau dengan dua (2) je samada aku tersesat atau terserempak dengan binatang. Tapi masa tu, hati kena cekal la juga dan kuatkan semangatlah walaupun sebenarnya aku rasa di belakang aku macam ada 'orang' tolong temankan tapi yelah, bila ko tengok di depan gelap, pusing belakang pun gelap. Masa ni aku masih ada baki 1km untuk sampai ke Erick Base Camp. Jadinya, yakin boleh sampailah aku sampai. Hahaha. Masa ni aku rasa nak 'marah' la juga sebab masa ni la jalannya semuanya turun belaka. Aduyaiii...
Akhirnya..
Alhamdulillah, akhirnya lebih kurang jam 8.15pm, aku sampai di Erick Base Camp. Masa sebelum sampai tu, dari kejauhan aku dah dengar gelak tawa di situ. Kuat weh, tapi masa tu masih berbaki macam 100m lebih. Sesampai aku disambut oleh salah seorang staf Dewan Bandaran Kota Kinbalu (DBKK) oleh bro Seran. Geng depa ni nak naik Gunung Sinsing pagi nanti. Borak-borak sekejap dengan geng depa ni (kuat ketawa rupernya derang ni) then aku terus pi ke dapur untuk makan malam. Alas la perut apa patut. Sedap wo JC masak. Aku plak sejenis makan tanpa banyak songeh orang kata. Hahahaha. Lepas tu, boleh plak aku requested sama JC aku nak kupi. Hahahaha. Demand betulla. Sampai Jamal dan abg Wan asyik teringat-ingat sama kupi JC. hihihi
Ok, aku antara yang masuk tidur agak lewat, pi borak² , tukar² cerita dengan group DBKK. And surprisingly, malam tu boleh la tidur skit sebab angin sejuk takde. Tapi kan, sebenarnya aku tak boleh nak tidur sangat sebab masa ni la lutut dah start sakit balik. Tetiba pula tak boleh nak luruskan. Padahal sebelum ni tak boleh bengkok. Huhuhu. Tidur dalam menahan kesakitan ajelah.
Hari yang indah
The next morning tu, memang cuaca cantik sekali. Ehmm, paham² ajelah maksudnya. Huhu. Beruntungla siapa yang naik hari sebelum dan selepas kitaorang. Huhuhu. Jeles betul. Ala, sebenarnya takde rezeki. Ikut rezeki masing². Ayat penyedap hati. Hahaha. Selepas mandi, kemas, sarapan, dan buat apa patut, kitaorang pun bergerak turun ke check point 1 pada jam 9.30am selepas mengambil gambar dan video beramai-ramai. Turun sesaing group DBKK juga la sebab depa hanya naik ke Gunung Sinsing untuk sunrise jak. Masa ni aku kena beralah la dengan diri sendiri, bagi beg aku kat porter dan aku turun pakai pole. Makan painkiller dan ehmm..Lemah betul kalau nak turun ni. Sebab kali ni memang 90% turun aje. Adududu. Aku tak dapat bayangkan masa aku boleh naik ke atas sambil bawa load. Huhu. Yang notty² offered nak sikut aku tu, tak apalah, aku masih kuat lagi. Wakaka. Dekat lima (5) jam juga la akhirnya aku sampai. Kali ni bukan pace mak Leha dah, pace nenek Leha aku rasa dah. Hahaha 😅.
Tinggal kenangan
Sesampai di check point 1, kenderaan dah menunggu, jadinya apalagi joms kita pulang ke Base Camp Sinsing Kaingaran via Napukan. Ada yang mengajak untuk mandi kat sungai, bagi muscle rehat² sedikit. Masalahnya aku malas nak basah² baju. Hahhaa. Baik aku mandi je kat tandas.. Buat apa patut, then ambil sijil² then bergambar dan buat content video lagi sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang.
Kitaorang yang geng bas ni singgah ke pekan Tambunan untuk makan tengahari sebelum menuju ke Kota Kinabalu. Terima kasih kepada semua krew Oobah Venture, para guide aka porter dan kawan² hiking seperjuangan. Kenangan terindah bersama² dengan korang. Kita sambung membahan di group WhatsApp. Hihihi. Nanti takde aral, kita reunion pada bulan September. (aku la nak mai KK nanti..hihi)
Last but not least, nak shared gambar² dari geng DBKK yang naik tengok sunrise. Bapak lawa! Rezeki korang la erk.. By the way, thanks sebab sudi kongsi moments sunrise ni. Really appreciated. 👏🏼
Xo
0 comments