Pengalaman Pendakian Yang Lazat ~ Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran : Part 1

By kin - March 15, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah


Sejujurnya, aku dah lama aimed trip S2K (Sinsing² Kaingaran) sejak November 2023 tau. Dengan confidentnya aku beli tiket flight (baca: konon takut beli lambat² nanti mahal gilos), tup-tup dapat tahu date (open date sebenarnya) tu tak available sebab tak cukup line up. Berhuhuhulah aku masa tu...

Tapi aku gigih lagi, scroll lagi Page Oobah Venture (OV) and tanya lagi, bila trip S2K ni lagi. Tengok-tengok ada pada bulan Februari dan sudah ada line up. Apalagi, terus aku booked tiket flight (baca: pejam mata ajelah harga tu). Janji hasrat tercapai. Huhuhu.


Teruja

Seawal pagi aku dah bertolak dan berkumpul di pejabat OV di Jalan Penampang. Ingatkan aku dah lewat sampai tapi ada yang lagi lewat dari aku. So, aku takdelah rasa bersalah sangat. Haha. Aku lupa nak withdraw duit sebenarnya, menggagau nak cari mesin ATM. Jadi, ada dua (2) teams di sini yang mana geng menaiki bas dan geng yang datang menggunakan kenderaan sendiri.

Masa inilah aku mula berjumpa secara bersemuka dengan Cik Steff (selama ni hanya melalui whatssup je). Eh, kitani macam lama kenal ja. Setelah semuanya ada, apalagi kitaorang pun memulakan perjalanan menuju ke Tambunan. Here we go!

Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah

Jadi, di dalam bas yang dipandu oleh Arthur; kitaorang mula saling berkenalan, shared² cerita dan gambar (semuanya pasal hiking, lol). Lepas tu kan, suasana mulai senyap. Haha. Ketiduran di situ. Hihihi. Aku macam biasa, berbual sakan dengan Arthur, bermacam-macam topik yang kitaorang bualkan. Thanks Arthur melayan aku borak-borak. Hahaha. Berhentilah seketika di RNR Tambunan ni. Menurut Arthur, ni kawasan Gunung Alap. Lepas tu kan, memula masuk tandas awam kat sini, eh..eh...Takde pintu ke? Lol! Terkedu aku dan kak Imah. Hahahah. Rupanya kitaorang kena scammed. Pandai erk sembunyi. Masa ni air pun dah sejuk wooo.. Hahha. Remaja gituh kulitku.

Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah


Sebelum sampai ke Tambunan, Arthur memberhentikan kenderaanya di tepi jalan. Nah! Lawa weh view kat sini. Menurutnya, di sini area Gunung Wakid. Sepanjang perjalanan, Arthur bilang waterfalls banyak kat sini. Aku pun, mengiyakanlah. Kalau aku duduk Sabah, mau tiap minggu aku hiking waterfalls ( baca: eleh poyo, kat sini pun ko hanya hunting malls ajer...hahahahaha)


Tambunan

Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



A way decent and tenang town, Tambunan. Itu yang dapat aku gambarkan. Rasanya ini kali ketiga kut aku melalui area Tambunan tapi bukan dari arah Penampang la. Kitaorang semua berkumpul di pejabat OV di Tambunan. Signed dan disclaimer apa patut di borang Pejabat Perhutanan Daerah Keningau/Tambunan then masing-masing mengisi perut la. Lapar weh..Maklumlah, sampai pun dah tengah hari. Aku pesan ayam penyet kat sini, sedap woo.. Dan untuk makan malam, aku sesiap ordered ikan baulu di Nur Atikah Cafe. First time aku dengar menu ikan baulu, aku ingatkan kuih baulu je yang ada. Hahaha.

Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah




Base Camp 1 Sinsing Kaingaran Via Nupakan

Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah


Perjalanan dari Tambunan menuju ke penginapan pertama kitaorang mengambil masa lebih kurang dalam 20 minit. Sesampai di Base Camp 1 Sinsing Kaingaran via Nupakan, wahhhh.... Mataku terus terarah ke sebelah kanan. Yesza, sungai maaa....Macam siuk ni mandi. Tapi kan, aku ni tak baca sangat details pasal itinerary ni sebab busy sangat-sangat, tak perasan kat sini ada sungai. Huhuhu. Bawa baju plak ngam-ngam hooo. Ehm, mujur si Peah racun aku (baca: sesungguhnya racun itu benar) dan siap offered pakaian dia sekali. Amik masa juga la tapi hati mau tapi malu. Hahaha. Last-last aku dan dia ajelah kedebum terjun ke sungai. Sejuk woo dan deras gila. Boleh hanyut ni..Hahaha. Mengensot² nak ke seberang, takut nak berdiri nanti tak stabil pula. Kaki nak kena jaga, sudahnya mengensotlah guna montot aku dan Peah. Hahaha. Lawakla ingat² balik.


Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Pengisian hari pertama memang free and easy ja. Lepas makan malam tatau nak buat apa, masing-masing bercerita sakan. (baca: ni kumpulan aku la, kecoh semacam..hahaha). Masa otw nak ke tandas, eh..eh..Lawa pula langit. Serius lawa dengan kehadiran sang bulan. Masa ni barulah nampak banyaknya bintang-bintang. Kalau kat Kl, ehmm..... Jangan harapla. Tapi, skill mengambil gambar aku ke laut dalam la.. Hahaha..Tak lawa, tengok ajelah, menikmati keindahan alam.

Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Keesokkan harinya, hati dah debar-debar. Cuak plak aku rasa. Malam tadi aku dah tidur awal dalam jam 9 malam, terbangun jam 12 ingatkan dah jam 5 pagi, punyalah deep sleep kau... Lepas tu, tiap dua (2) jam aku asyik terbangun ja. Bunyian mengeroh menjadi halwa telinga di malam yang sunyi. Hahaha.


Hari kedua


Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Selepas bersarapan, sementara menunggu kenderaan ready, bergambarlah dahulu. Fuh, cuaca memang sangat cantik. Masa ni, dengan selamba aku paksa rela semua line up untuk buat video pendek. Hahaha, Nasiblah kan. Kata nak cipta kenangan.


Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah


Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah


Perjalanan menuju ke starting point bermula pada jam 8.40 pagi. Aku dan Peah serta guides dan crews naik powil. Best juga, manakala lelain menaiki jeep. Lebih kurang 35 minit, kitaorang pun sampai di starting point. Briefing sedikit, buang apa patut dahulu dan berdoa sebelum memulakan perjalanan menuju ke Erick Base Camp. 


Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Dalam banyak-banyak line up (baca: perempuan ja tau) hanya aku, kak Imah dan Vera je yang bawa load. Tambah tolak dan 14kg juga aku bawa, Haha...Konon² training load la ni. Sambil-sambil tu, aku mengejar juga guides/porters ni untuk buat content. Hahaha. Malu-malu jak semua ni kecuali si Juan. Sporting habis. (baca: lelain, asal aku tekan rekod je, blurred..Tapi kalau tak rakam, amboi-amboi yea semua).

Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah


So far, memang aku enjoyed la sepanjang perjalanan walaupun trek dia naik, naik dan naik. Mujur seekor pacat pun takmo kat aku. Hahaha. (baca: lega di situ). Sesampai di Bukit Susu, aku mengambil kesempatan untuk naik ke atas. Dengan ketinggian 2000m, the view...Memang ngam habis la. Akhirnya dekat lima (5) jam juga la sampai ke Erick Base Camp. Fuhh... Not badlah tapi taklah terasa sangat lima (5) jam tu sebenarnya. Hahaha. Pace Mak Leha ginilah...


Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah




Erick Base Camp

Selepas memilih 'katil', bermulalah episod kemas, makan dan buatlah apa patut. Aku siap mandi lagi, bapaklah sejuk. Kalau malam, tak tahulah aku macam mana. Sengaja mandi seawal yang mungkin, takmo dengar Si Dew, bilangnya mo mandi jam 10 malam. Hahaha. Petang tu lepak-lepak santai sambil makan meggi cup, kang merajuk Peah bawa tapi takmo makan (baca : eleh macam la Peah yang bawa load, haha). Lepas makan malam, aku dah pakai empat (4) lapisan baju termasuk down jacket, sepasang gloves, dua (2) sleeping bags (satu thermal tapi takde function pun) dengan dua (2) stokin pun, aku tak dapat nak tidur weh. Bila angin dia mai, dia punya sejuk. Fuh.....Menggigil beb! Tido² ayam ajelah. Dahla jam 3 pagi nanti nak bersiap. Huhuhu.


Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah



Sebelum tidur tu, bila tau team sebelum kitaorang sampai camp malam-malam, alamak dah rasa cuak sebenarnya. Eh nanti nasib kitaorang mcam mana agaknya nanti yea.....?


Bersambung di part 2 plak...


xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments