Tempat Perkelahan Menarik Sekitar Baling

By kin - January 28, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Hye hampa semua!


Dusun Tok Wak Desa

Dusun Tok Wak Desa


Aku nak shared tempat berkelah yang best kat Baling ni. Kalau hampa maghi ke Dusun Tok Wak Desa ni hampa boleh menikmati makanan masakan kampung yang enak dalam air sungai yang sejuk serta jernih. Tempat ni terletak di Kampung Kuala Kedua berhampiran Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang dimiliki oleh Encik Mohd Akhir Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Long.

Dusun Tok Wak Desa

Dusun Tok Wak Desa



Menurut Pak Long, Dusun Tok Wak Desa ni telah diwujudkan sekitar tahun 2006 dan sememangnya telah menjadi salah satu port kegemaran bagi mereka yang cintakan alam semulajadi. Kalau hampa maghi pada musim buah, sememangnya tempat ini menjadi bualan kerana pakej yang ditawarkan di sini sangat berbaloi-baloi. Hampa maghi sini makan sahaja buah secara percuma cuma untuk pakej durian, hampa hanya perlu  membayar sebanyak RM25 seorang sahaja. Haa, masa inilah hampa boleh merasai pengalaman mengait buah-buahan serta mengutip buah durian. Kebiasaannya, Dusun Tok Wak Desa ni akan menjadi bualan dan serbuan bagi peminat durian dari luar kawasan Baling.

Dusun Tok Wak Desa

Dusun Tok Wak Desa



Selain daripada itu, hampa juga boleh merasai pengalaman menikmati hidangan makan tengah hari sambil merendam kaki di dalam sungai yang menyegarkan. Antara masakan yang menjadi killer dish di sini ialah sup kambing herba madu kelulut, gulai batang pisang, daging pekasam, sambal tumis udang galah, serta ulam-ulam kampung. Tapi sebab aku dan rombongan maghi lewat petang, kami semua berpeluang menikmati masakan secara bbq sambil beramah mesra mendengar cerita-cerita dari Pak Long  pada waktu malam.

Dusun Tok Wak Desa



Haa.. Aku sempat merasai banyak kali juga kopi madu kelulut yang kalau hampa mai minum, memang nak lagi. Memang kenala dengan tagline Pak Long, "Pekat, Melekat, Terpikat".  Selain daripada itu, di sini juga ada menyediakan pakej-pakej aktiviti seperti sukaneka yang sesuai dilakukan bersama-sama ahli keluarga ataupun ketika melakukan team building. Yang menarik, hampa boleh mencuba acara tarik tali di dalam sungai. Pasti seronok dan meninggalkan kenangan manis buat hampa semua.

Dusun Tok Wak Desa



Dan yang pastinya, hampa semua boleh berhealing di sini sambil menikmati alam semulajadi di dalam air sungai yang jernih dan bersih. Syok woo...Kalau hampa nak maghi sini, bolehlah usha details kat sini:

Socmed
Facebook : Dusun Tok Wak Desa
Telefon: +60195088258 (Pak Long)





Sebarau Park Campsite


Sebarau Park Campsite


Ok, selain daripada Dusun Tok Wak Desa, hampa juga boleh pakat-pakat maghi ke Sebarau Park. Uniknya tempat ini, hampa boleh pacak khemah betul-betul di tepi sungai dan yang bestnya di tepi kenderaan hampa. Memang nampak cantik view kat situ. Tak perlu pi tempat lain yang jauh dari tempat parkir kenderaan. 

Sebarau Park Campsite

Sebarau Park Campsite


Tapi kalau hampa tak bawa khemah pun takpe, sebab di Sebarau Park ni ada menyediakan 'tapak buluh' bagi hampa yang takmo pacak khemah. Kawasan ni sangat luas meliputi dari zone 1 hingga ke zone 5 dan boleh memuatkan sehingga 200 buah kenderaan untuk satu-satu masa.

Sebarau Park Campsite


Memang seronok pacak khemah kat sini sebab hampa boleh mendengar deruan air sungai yang sangat menenangkan jiwa. Tempat yang sesuai buat penggemar campervan untuk beriadah dan mempunyai fasiliti asas lengkap seperti surau, tandas dan tempat persalinan. Bayaran pula hanya RM10 bagi setiap kenderaan. Untuk info lanjut, hampa boleh layari:

Socmed
Facebook: Sebarau Park Campsite
Telefon : +601164881464 (Pak Long Zikri)




Teratak Simpul

Teratak Simpul


Teratak Simpul

Teratak Simpul


Port ini bagi aku sangat sesuai kalau hampa berkelah bersama-sama keluarga dan sesuai sangat untuk kanak-kanak kerana tempat ini pun diselenggara dengan baik dengan pondok-pondok yang selesa. Terletak dalam 23 kilometer dari bandar Baling dan mudah diakses kerana bersebelahan dengan laluan utama.

Teratak Simpul


Teratak Simpul



Harga pondok untuk disewa boleh didapati bermula dari RM50-RM80 mengikut saiz di sepanjang tepi sungai. Kalau hampa maghi sini, pastikan hampa dah membuat tempahan awal supaya pondok dan tempat parkir adalah mencukupi. Antara kemudahan di sini ialah surau, tandas dan kedai yang menjual makanan, minuman dan snek. Tapi kalau hampa nak makan nasi campur pun ada, boleh buat tempahan makanan dan depa boleh hantar terus ke pondok hampa. Dengan air sungai yang mengalir cetek, hampa juga boleh bermain dengan arus sungai menggunakan pelampung yang boleh disewa pada harga RM7 (kecil) atau RM20 (besar). Untuk info lanjut, hampa boleh layari:

Socmed
Facebook: Teratak Simpul
Instagram: https://www.instagram.com/terataksimpul
Tiktok: @terataksimpul



Haa, kalau maghi Baling, jangan lupa masukkan Dusun Tok Wak Desa, Sebarau Park atau Teratak Simpul di dalam senarai  tempat percutian alam semulajadi hampa. Pasti seronok dan meninggalkan kenangan terindah buat hampa semua.



Famtrip ini dianjurkan oleh QTT Group Pit dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan pasukan sokongan KembaRojak. Terima kasih kepada semua penaja, Majlis Wilayah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments