Hampa, jemput maghi ke Weng Valley!

By kin - January 30, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Hye hampa semua!

Baru-baru ni aku berpeluang untuk maghi ke Weng Valley ni. Kalau hampa nak tahu, Weng Valley ni merupakan sebuah pusat rekreasi yang terletak di Felcra Gugusan Weng, Baling yang menawarkan konsep bandar di dalam kampung. Jadi, hampa semua kalau nak merasai pusat rekreasi tak perlu pi jauh-jauh, pakat-pakat maghi sini.

Weng Valley menawarkan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga termasuk taman tema air, ATV, aktiviti kayak, lawatan ke rumah warisan, lawatan ke ternakan lebah madu kelulut dan tanaman fertigasi.


Weng Valley


Ketibaan rombongan kami disambut mesra dengan ucapan alu-aluan oleh En. Khlik @ Khalid bin Mustafa, Pengerusi Koperasi Felcra Weng beserta penduduk kampung yang lain. Menurutnya, pembangunan projek ini telah  bermula sejak tahun 2023 dan berharap agar projek bandar dalam kampung ini akan mendapat sambutan yang meluas dari penduduk Baling dan juga dari luar Baling.


Masakan Tradisional

Sambutan kami juga diiringi dengan demo masakan tradisional yang terkenal di Baling. Antara yang menarik perhatian aku adalah kuih bingka sawit. Menurut pemilik resepi ini, biji sawit akan direbus sehingga lembut dan hasil air rebusan tersebut akan dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan sebagai kuih bingka sawit. Memang sedap! Sangat rare dan unik.

Weng Valley, bingka sawit, semelit


Selain itu, aku juga sempat mencuba satu (1) lagi kuih yang dipanggil sebagai kuih semelit. Haaaa....Tang ni kena sebut betul-betul jangan sampai dipanggil sebagai sembelit. Kena tukar huruf B kepada M tau! Asal kuih ini merupakan kuih tradisional yang tidak terdapat di mana-mana, hanya di Baling tau. Bahan utamanya ialah daun semelit, kalau takde daun tu, maka tak jadilah kuih semelit. Di sini juga ada disediakan cucur jawa, pek nga dan roti arab. Memang semua masakan sedap-sedap belaka.

Weng Valley, semelit, bingka sawit



Ternakan Lebah Madu Kelulut


Weng Valley, madu kelulut

Weng Valley, madu kelulut


Ternakan lebah madu kelulut Weng valley ini merupakan produk yang diusahakan oleh para peserta Felcra Berhad Kawasan Weng. Hampa maghi sini boleh melihat sendiri ladang ternakan ini dengan lebih dekat lagi. Selain itu, hampa boleh boleh membeli madu di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Antara khasiat madu kelulut ini adalah kandungan antioksida yang tinggi, sebagai anti-inflammatory (anti radang), pelindung sebagai jantung, anti kanser, anti diabetes, anti mutasi, dan memiliki ciri-ciri antibiotik. Hampa juga perlu tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat juga.


Tanaman Fertigasi

Weng Valley, fertigasi, timun


Kami juga berpeluang untuk menaiki ATV dan keretapi mini untuk meronda-ronda di kawasan kampung. Kami menyelusuri merentasi tepi tasik dan terus menuju ke tanaman fertigasi yang diusahakan oleh anak muda yang berusia 20 tahun. Menurutnya, tanaman timun yang diusahakan ini dijual di kawasan sekitar Baling dan Bukit Mertajam. Menurut beliau lagi, tanaman ini telah diusahakan sejak tahun 2020 dan menggunakan serkam padi sebagai medium utama bagi tanaman timun ini.



Rumah Warisan

Weng Valley, Rumah Warisan


Kami pula beransur mengelilingi kawasan kampung dan menuju ke rumah warisan yang merupakan rumah asal yang telah dibina pada permulaan Felcra dibuka di sini. Rumah ini dijaga dan dipelihara dengan mengekalkan ciri-ciri asal dan setiap ruangan yang terdapat di sini dijaga dengan baik dan bersih.


Produk Kitar Semula

Weng Valley, kitar semula, recycled



Kami juga sempat singgah di rumah Pak Harun yang begitu berinovasi dalam menghasilkan pelbagai produk melalui hasil kitar semula. Kalau hampa maghi ke rumah Pak Harun ni, hampa akan melihat di setiap ruang dan sudut hasil-hasil kraftangan Pak Harun yang begitu berseni. Antara yang mendapat sambutan ialah model motorsikal yang menggunakan tayar yang dikitar semula yang dijual bermula RM200 untuk sebuah motorsikal bergantung mengikut saiz.


Aktiviti Rekreasi

Kalau hampa maghi sini tanpa masuk ke taman tema air kat sini memang rugilah. Dengan harga yang sangat berpatutan dan kemudahan yang disediakan seperti tandas, bilik mandi serta kiosk yang menjual makanan, minuman serta cenderamata. Hampa juga boleh mencuba aktiviti kayak di tasik yang terletak bersebelahan di kolam taman tema air ini.

Weng Valley, Pool

Weng Valley, Pool



Bagi hampa yang sukakan cabaran lebih ekstrim, hampa boleh mencuba menaiki ATV untuk memasuki ke ladang kelapa sawit sambil menuruni, menaiki bukit-bukau serta dengan percikan lopak-lopak air. Namun begitu, kalau hampa hanya mahu menaiki ATV tanpa mengotorkan baju hampa, hampa boleh menaiki ATV dengan mengelilingi kampung sambil melihat keindahan perkampungan di sini. Bagi hampa yang membawa kanak-kanak pula, hampa juga boleh mencuba menaiki keretapi mini untuk mengelilingi kawasan kampung ini juga.

Weng Valley, kayak

Weng Valley, keretapi mini, atv

Weng Valley, keretapi mini, atv



Jadi, hampa kalu maghi ke Baling, bolehlah masukkan Weng Valley ini sebagai salah satu destinasi percutian hampa sekeluarga. Di sini, aku lampirkan bayaran masuk yang dikenakan sekiranya hampa maghi ke sini dan juga details socmed untuk info lanjut.



Kayak (15 minit)
Single RM5.00
Double RM10.00

Kolam
Dewasa RM5.00
Kanak-kanak RM3.00


ATV
Ronda Kampung RM15 (15 minit)
Ekstrim RM20.00 (20 minit)


Keretapi Mini
RM5.00/seorang






Socmed


Facebook : Weng Valley

Instagram : weng.valley
Weng Valley, Kembarojak, QTTravelsgroups

Weng Valley, Kembarojak, QTTravelsgroups

Weng Valley, Kembarojak, QTTravelsgroups


Famtrip ini dianjurkan oleh QTT Group Pit dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan pasukan sokongan KembaRojak. Terima kasih kepada semua penaja, Majlis Wilayah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Haah..memang best tau kat sini....Lain daripada yang lain

    ReplyDelete
  2. Baling sebenarnya memang sejuk dengan pemandangan menghijau. Pernah ke sana dulu memang tenang. Tapi LeYa belum sampai ke Weng Valley ni. InsyaAllah suatu hari nanti akan turut jejak ke sini.

    ReplyDelete