Kisah Kembara di Utara Vietnam -The Journey To Viet's Beauty (part 3)

By kin - October 02, 2023

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



Berkunjung ke 'atap' Indochina


Pagi-pagi aku bangun, perkara pertama aku target ialah terus nak tengok pemandangan di luar tingkap. Sobs sobs. Bak kata Wani, macam dinding sekolah. Putih semuanya. Pelan-pelan hati kena redha, sebabnya kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Antara sebab utama kenapa aku pilih homestay ni sebab view yang superb boleh nampak dari tingkap ni. Tapi apakan daya, dah tengok (orang punyalah) cuma tak dapat nak merasai. (baca: nak suh mai lagi laaa ni).



Ok, dengan berbaki secebis harapan, masih mengharapkan keajaiban berlaku semasa kitaorang nak naik ke Fansipan nanti. Ikut itinerary, petang nanti kitaorang akan bertolak menaiki keretapi menuju ke Ninh Binh. Dan plan sehari suntuk untuk hari ni memang kitaorang fokus untuk ke Fansipan sahaja. Kitaorang takut terlambat balik memandangkan check out nanti jam 12.00 tengah hari, jadinya kitaorang packed sesiap, sarapan dan letak beg kitaorang kat office homestay ni. 

Fansipan Legend


Masa kitaorang sampai di Sun World Fansipan Plaza, tetiba rasa teruja sebab tak berkabus seperti semalam. Apalagi, bergambar sakan sebentar. Masa ni malu tolak tepi sat, sebab kita dok sibuk posing, orang lain dah pandang-pandang. Dah kata pelancong kan? Hahaha. Masa masuk ke Sun World Fansipan Plaza ni, memang agak ramai pengunjung, maklumlah hujung minggu kan. Tu lah, siapa suruh mai pada hari minggu. Dengan pelancong asing dan orang tempatan lagi. Nasib badan. Tapi sebab kitaorang memang dah beli tiket awal-awal, jadinya takde masalah nak beratur untuk beli tiket. Sebenarnya ada pro and cons jugalah kalau beli awal or beli lambat ni. Tapi, kitaorang tawakal ajelah.


Fansipan Legend


Dari Sun World Fansipan Plaza, kitaorang naik monorail dalam lebih kurang 15 minit  untuk Stesen Cable Car. Kat area cable car ni dah macam resort dengan bunga-bunga yang cantik, ada clock tower dan siap ada pagoda lagi. Masa ni, kitaorang akan singgah masa nak balik nanti untuk OOTD. 

Sepanjang perjalanan menaiki cable car ni, ehmmm.....Dinding putih lagi. Hahaha...Agak besar juga cable car ni, macam boleh muat sampai 30 orang kalau tak silap aku. Sebab takde view untuk dilihat, kitaorang krik-krik ajelah. Hahahaha.... Kalau ada view, akan nampak pemandangan sawah padi dan bukit-bukau sepanjang merentasi banjaran Hoang Lien Son ni.


Kalau ikut plan asal si Wani, dia ajak aku hiking ok ke Gunung Fansipan. Aku pun study la sikit-sikit then aku cakap kat dia. Aku sanggup bayar naik cable car daripada hiking. Hahahahahaha... (baca: seriuslah, masa ni aku tak prefer nak hiking sebab nak chill-chill je...tapi maybe akan consider untuk next trip..chewahhh)



Fansipan Legend


Sebaik sahaja keluar dari cable car ni, kitaorang melalui satu dataran yang agak besar yang sememangnya menempatkan tempat ibadat ajaran Buddha. Masa ni muka kitaorang dah happy sedikit sebab dah nampak pancaran cahaya sang suria tau!


Cuaca yang tidak menentu




Dengan cuaca yang agak dingin (baca: macam duduk dalam bilik ber aircon) dan sang suria pula malu-malu nak keluar. Sekejap ada sekejap takde. Tapi masa ni kitaorang tak kira, memang sakan bergambar la. Dapat pula menikmati view banjaran saujana mata memandang.

Fansipan Legend


Kitaorang pula malas nak ambil risiko menaiki tangga sebab nak simpan tenaga (baca: haha..ni poyo) Jadinya kitaorang memang dah beli sesiap tiket Funicular ke puncak Fansipan. 


Fansipan Legend


Fansipan Legend




Macam biasa, kenalah beratur dahulu untuk menaiki Funicilar ni untuk menuju ke puncak Fansipan. Tak lama mana pun dalam tujuh (7) minit dah sampai atas. Hahaha. Tudiaa, punyalah ramai manusia walaupun kitaorang datang agak pagilah juga. Itulah, kalau memilih hujung minggu sebagai hari untuk menikmati percutian. Berebutlah korang dengan manusia-manusia di atas nun. (baca : padan muka ko Kin..hahaha).



Fansipan Legend


Jadinya, kenalah bertabah dan sabar tu kena bawa banyak-banyak kalau nak bergambar di atas ni. Tapi aku ambil ajelah gambar, esok-esok nanti aku editla buang semua orang kat situ. Hahaha. Kebetulan semasa kitaorang sampai puncak, langit tetiba bertukar menjadi hamparan biru, satu awan ke atau kabus pun takde untuk menutupi sekitarnya. Memang rezeki kitaorang la masa ni. Pulun jangan tak pulun untuk bergambar. 

Fansipan Legend


Masa aku sibuk nak bergambar kat tugu segitiga tu, sambil memegang bendera Malaysia, ada la beberapa orang menegur aku. Laa, rupanya orang Malaysia juga. Seronok juga berjumpa beramai-ramai walaupun aku kira hanya aku dan Wani sahaja yang Melayu kat situ. Hihihi.


Fansipan Legend

Dah puas bergambar di puncak, masa nilah Wani bagitahu aku yang cafe aku nak sangat pergi semalam tu ada di sini. Hahahaha. Punyalah sibuk tengok kat Google Maps, rupanya cafe coffee yang aku nak sangat datang ni berada di puncak Fansipan. Lol, patutlah dalam maps kata tiada jalan ditemui (baca: naik motor macam mana nak sampai oii..hahaha). Kalau nak tahu, nama cafe ni ialah Du Soleil Cafe. Serius lawa pemandangan kat sini sambil menghirup panas-panas kopi kat sini. Namun begitu, kitaorang datang sekadar bergambar sahaja kat sini. Tak beli pun malahan tak minum pun kopi kat sini. Aku pun tak tahu kenapa erk masa tu. Mungkin masa tu dah tak terasa nak mengopi kut. Dapat ambil gambar cun-cun dah rasa memadai. Hihihi.



Turun naik tangga - kena scammed

Fansipan Legend
Dah puas bergambar di puncak, kitaorang pun plan turun tangga, kali ni memang tak naik Funicular sebab nak merasai sendiri. Ala, lagipun menuruni tangga kan, jadi apalah sangat (baca: poyo sangat ni sebab lutut tak kuat..haha) Masa ni kabus pun dah tebal menutupi puncak dan juga di bahagian bawah, memang sesuailah untuk kitaorang pun turun sambil mengambil gambar-gambar yang kitaorang rasa sesuai la. Chill-chill sahaja kami di sini sebab udara pun terasa segar dan nyaman. Tak berpeluh langsung. Hahhaa. Lepas tu kan, Wani bagitau aku cenggini...

 "Kak, macam mana kita nak ke patung Buddha yang besar tu?"

Masalahnya, aku pun tak tahu. Sebab aku tengok ada orang turun naik dari hujung simpang bawah nun. So, korang nak tahu apa yang kitaorang buat? (baca: hahaha ..ingat-ingat balik, macam sengal aje kitaorang ni...hahahah) Kitaorang naik balik wehhh! Naik balik sampai atas, tengok dari atas macam mana nak ke patung besar tu. Sebab dari atas, patung besar tu berada di sebelah kiri, tangga yang kami yang kami turun tu di sebelah kanan. Kitaorang siap bertanya tau kat pekerja booth kat situ. Dah la bahasa menjadi kekangan, angguk-angguk, geleng-geleng ajelah. Hahahaha.

Fansipan Legend


Jadinya, turunlah kami kembali. Berhuhu ajelah sebab masa ni kitaorang memang betul-betul confused. Map ada tapi tak tengok, suh researched tapi tengok gitu-gitu aje dan tahap confident setinggi Fansipan; padan muka aku.




Then, walla.....Rupa-rupanya yang tangga kitaorang nampak simpang itulah jalan menuju ke bawah dan ke patung Buddha yang besar tu. Hahahaha. Sebab masa tu, aku ingatkan kena naik atas untuk patah balik kalau nak ke patung besar tu. Rupanya yang aku nampak orang naik semput-semput dan tercungap-cungap tu rupanya mereka tak naik Funicular. Lol.

Fansipan Legend


Bila kena sergah

Fansipan Legend


Masa ni memang kabus agak tebal. Dah tak nampak apa sangat di depan dan di belakang. Semasa berjalan di menuju ke arah patung besar tu, aku dah agak ketinggalan sebab sibuk mengambil gambarlah, videolah..Maklumlah tengah betul-betul menikmati. Masa ni kelibat Wani dah tak nampak di depan aku, hanya kabus putih di depan dan di belakang aku.  Tengah ralit mengambil gambar, tetiba aku terdengar satu suara garau di sebelah kiri aku seraya menyergah Hoi! kat aku. Masa tu, aku terus jadi blanked. Dan pada ketika itulah juga dengan secara tiba-tiba kabus menghilang di kawasan tu. Apa yang aku nampak ialah, deretan patung-patung Buddha di situ dengan pelbagai memek muka. The best part ialah, dengan rasa bengongnya, aku boleh pula pergi tenung satu persatu patung-patung kat situ sambil figure out siapalah yang menyergah aku tadi. Iskkkkkkkk....Selepas tu barulah tersedar dan apalagi, cepat-cepat aku cabut lari mengejar si Wani. 

Fansipan Legend



Masa ni Wani dah duduk kat bangku sambil mengajak aku lunch. Memang kebetulan bawa bekal pek kembara dan masa ni lah tetiba rasa lapar la pula, lagipun dah hampir tengah hari walaupun cuaca agak sejuk. Kejadian kena sergah tu memang aku tak berceritalah pada Wani, lebih baik kitaorang menikmati makanan panas-panas di tempat yang sejuk. Hihi. Elok-elok tengah makan, tetiba kabus belakang Wani menghilang dan masa itulah aku nampak, mak aiiihh besarnya patung Buddha ni. Kabus kali ni takde diskaun sangat; hanya bagi beberapa saat kejap ada kejap takde. Dah habis makan, sampaikan hajat si Wani nak tengok patung besar tu, memang besar weh. Dah siap bergambar sakan, kitaorang decided untuk terus turun ke bawah. 

Fansipan Legend



Akhirnya tiada dinding sekolah


Semasa kitaorang naik cable car ni, dah tak bersesak sangat macam pagi tadi. Kali ni kami berempat (4) sahaja; aku dan Wani dan couple dari Europe. Konon-konon nak berduaan sahaja dengan Wani tapi entah macam mana couple ni joined sekali. Hahahha. Semasa cable car menuruni barulah aku nampak dengan sejelas-jelasnya pemandangan sepanjang laluan cable car merentasi banjaran Hoang Lien Son ni. Teruja? Mestilah, sebab pagi tadi dah berhuhu masing-masing. Hahaha. Masya Allah, pemandangan itu memang sangat cantik dan mengujakan. Masa ni aku fikir, kalau datang pada musim padi menguning or menghijau mesti lagi lawa kan. Tapi takpelah, mana tau ada rezeki lagi aku datang lagi kan...? Kan? Hihihi.
Fansipan Legend

Bila dah sampai bawah, konon-konon nak OOTD kat area situ sebelum turun naik monorail. Tapi sebab keadaan macam berkabus dan macam tak berapa lawa, kitaorang decided untuk terus turun. (baca: kepenatan barangkali masa ni..hihihi)
Fansipan Legend



Shopping lagi ka?

Fansipan Legend


Ehm, selepas selamat sampai di bawah, kami ambil peluang sekejap bergambar sebentar di Dataran Sapa. Sebabnya hari semalam tu ada event apa ntah kat situ, memang jem dengan manusia. Malas nak singgah masa tu. Dan konon-kononnya penat tapi sebenarnya kitaorang kill our time dengan shopping lagi! Ok, kali ni last shopping di Sapa! Hahaha. Sambil-sambil tu melihat kawasan sekitar sebelum kami menuju ke destinasi seterusnya. Lebih kurang jam 4 petang, kami balik ke homestay dan buatlah apa patut. Macam biasa, lepas solat jamak kitaorang makan lagi. Huhuhu. Kali ni kitaorang masak mee sup la plak. Isi perut sebelum kitaorang naik keretapi di Lao Chai. Masa ni kitaorang dah deal dengan owner homestay untuk mengambil transportation dari Sapa ke Lao Chai pada jam 6 petang memandangkan jadual keretapi kitaorang pun malam. Ok, jalan menuju ke Lao Chai dari Sapa memang macam ular kena palu. Kalau rasa tak selesa dengan jalan berlingkar-lingkar, eloklah makan ubat mabuk sesiap. Macam aku, aku layankan aje. Hihihi.

Ga Lao Chai

Fansipan Legend


Perjalanan menuju ke bandar Lao Chai mengambil masa lebih kurang sejam dari Sapa. Jadinya untuk menunggu kitaorang punya keretapi, encik driver tu hantar terus kami ke satu kedai makan ni. Rupanya dah jadi macam satu tempat one stopla untuk pelancong menunggu di sini, sambil-sambil tu boleh order makan dan minum. Tapi kitaorang tak makan lah sebab memang dah makan sesiap dan sememangnya tak halal, order minuman ajelah sebagai menghormati kitaorang lepak kat kedai tu lama-lama. Duduk-duduk sambil borak-borak dengan Wani, tetiba datang sorang mamat Europe ni ke meja kitaorang. Padahal sebelum ni aku dah nampak dia datang bercouple. Masa ni aku layankanlah semua pertanyaan dia. Dah borak-borak rupanya dia datang dengan isterinya dan sebenarnya mereka muslim macam kitaorang juga. Dia cakap dia tertarik nak borak dengan kitaorang sebab nampak kitaorang berhijab dan perempuan berduaan. Bila kitaorang cakap kitaorang masing-masing dah berkahwin, dia macam sangat terkejut. Aku pun macam, eh eh mamat ni, dah kenapa la kan? Aku sebenarnya dah boleh agak apa soalan dia tapi aku layankan juga. Wani memang banyak berdiam aje, sesekali aje mencelah sebab aku tau perangai introvert Wani ni macam mana. Hahaha. Mamat ni cakap, macam mana suami kitaorang boleh bagi kebenaran untuk travel? Sebab dia cakap, kalau dia memang dia tak benarkan seraya memandang isterinya di belakang meja kitaorang. Aku macam biasalah, bagi jawapan paling selamat. We have to trust each others. Hihi. (baca: aku pun tak tahu nak bagi jawapan apa, kang aku bagitau laki aku tak minat kang, lagi panjang cerita aku dengan dia ni..hahahaha). Selepas tu, kitaorang banyak borak pasal Islam di Malaysia la. Haa yang ni aku kena hati-hati skit, kang tersalah cakap, dia paham lain aku paham lain, naya...Hahaha.. Masing-masing dah la English bukan mother tongue.


Tata Sapa! Gonna missed you...

Lebih kurang 9 lebih tu, kitaorang bergerak menuju ke stesen keretapi. Ikutkan, boleh aje kalau nak lepak duduk je kat situ tapi entahla. Tetiba bau hancing menangkap ke lubang hidung kitaorang sebaik sahaja nak duduk sebentar di bangku. So, ada elokla juga kitaorang lepak kat kedai makan tu. Hahaha.
Ga Lao Chai


Semasa nak mencari kitaorang punya coach tu, agak kelakar la juga. Macam kelam kabut sebab masalah bahasa, takut macam kena tinggal pun iya. Haha. Bila dah dapat nombor coach kitaorang, masalah plak nak cari bilik kitaorang. Oh yea, keretapi kat sini berbilik, kitaorang ambil yang satu bilik ada empat (4) katil.  Both of us dapat katil bawah. Masa ni aku dah menuju ke depan melihat nombor bilik tapi tak jumpa, masa ni aku dah fikir maybe dah salah masuk coach kut. Tup-tup Wani kata tengok kat sini, sambil menunding jari ke pintu. Maknanya aku ni salah tengok nombor. Iskkk, ntah apa-apa ntah aku ni. Hahaha. Seriusla macam bilik hotel wooo. Selesa dan rasa selamat sebab boleh tutup pintu. Apalagi, terus baringla aku. Sambil-sambil tu aku round kejap nak tengok toiletnya di mana, so far toilet memang agak besar dan aku agak puas hati la. 

Maka, bermulalah perjalanan kami menuju ke Ninh Binh. Keretapi ni memakan masa hampir lapan (8) jam kalau tak silap. Kalau kitaorang terbabas tidur, boleh straight sampai Ho Chi Minh. Tapi kitaorang dah pesan sesiap kat konduktor keretapi untuk kejutkan kitaorang kalau dah sampai Hanoi. Naya weh kalau tetiba tidur terbabas tup-tup dah sampai Saigon. Kah kah kah. Nanti dari Hanoi, kitaorang kena tukar lagi satu keretapi untuk menuju ke Ninh Binh pada keesokan harinya. (baca: dah ready untuk berlari??? hahaha)

Ninh Binh, tunggu kitaorang sampai!




xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments