Kisah Kembara di Utara Vietnam -The Journey To Viet's Beauty (part 1)

By kin - July 23, 2023

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Sebenarnya dah lama aku menyimpan hasrat untuk ke Fansipan Peak dan Ha Long Bay. Memula plan asal nak repeat ke Da Lat la, then Phu Choc, tup-tup aku dah ke  Utara Vietnam. Hahaha. Kebiasaannya begitulah, plan itu ini tapi selagi tak beli tiket kapal terbang, memang plan la. Bila Wani ajak je nak ke Utara Vietnam, terus aku cakap, jom kita beli tiket flight. Riki-riki memang kebetulan macam agak murah sedikit (walaupun hakikatnya harga memang dah naik kalau nak dibandingkan sebelum wabak covid). Long story short, tada..... Tiket dah beli bersama luggage.


Ikutkan plan asal memang nak lima (5) hari je, tu memang standard kitaorang nya style travel. Tapi aku bagitahu Wani yang aku teringin nak ke Ha Long Bay, alang-alang tu tambahlah satu (1) hari lagi. Jadikan kepada enam (6) hari lima (5) malam. Lagi sebulan nak berlepas, macam biasa lah terhengeh-hengeh baru nak buat itinerary dan research sana sini sikit untuk masukkan dalam itinerary. Masa tengah buat itinerary, aku macam eh...macam terlebih satu (1) hari la pula. Double checked dengan tiket flight, arghh sudah...Memang terlebih satu (1) hari...Kui kui kui. Rupanya si Wani pun tak checked sangat, menurut je beli tiket flight. Masa ni, kene rombak balik itinerary sebab dah terlebih sehari. Hahaha..  Hamik ko...

The best part is, lepas buat itinerary dan segala pembelian secara online untuk pengangkutan dan makanan aku serahkan bulat-bulat pada Wani meanwhile aku uruskan penginapan. Dan masa travel tu, barulah tinggi langit pada kitaorang sebab tak study betul-betul dan bergantung harap pada itinerary yang kebiasaannya sebagai guide sahaja. (baca:padan muka)


Hanoi
Kitaorang berlepas pada jam 6.10 pagi dan kebetulan waktu subuh pula lewat dalam tara-tara tu juga lebih kurang. Ambil wudhuk sesiap dan kitaorang solat Subuh dalam kapal. Sarapan dah beli sesiap kat Famima. Telan la apa yang dibeli tu sebab kali ni aku tak purchased adds on meal. Masa kapal nak landing, aku masa ni sempat la juga bertanya pada Wani, kita ni kat area mana? Dia cakap takkan kita masih kat atas laut pula? Sebab kapten kapal dah bagi arahan semua crew standby untuk landing. Apa yang aku tengok kat luar ialah putih je. Satu apa tak nampak hatta apa yang ada kat bawah. Hahahahaha. Ok, aku bersangka baik yang Utara Vitnam ni ialah tempat yang mempunyai kabus yang tebal.

North Vietnam

North Vietnam


Turun je daripada airport, kitaorang terus cari bas bernombor 86 dan berwarna oren. Kira keluar sahaja daripada airport, terus belok ke kiri. Nah! Memang ada bas yang sedang menunggu. Kitaorang terus wefie sekejap dengan driver bus (Baca: poyo kan?) dan memberitahu beliau bahawa kitaorang nak berhenti di O Quan Trang Gate. Kalau ikutkan arahan daripada pihak hostel, walking distance daripada tempat kitaorang turun tu nak ke hostel hanya makan masa dalam lima (5) minit je. Tapi aku bagi je bulat-bulat pada Wani untuk cari hostel tu kat mana. Nearly half an hour la juga kitaorang merayap dengan backpacks tu mencari hostel. Bila dah sampai, alamak....Salah hostel. Rupernya memang salah aku lupa nak amended nama hostel dalam itinerary. So, kitaorang dah pergi ke another hostel nun jauh ke tengah dan nak sampai ke area Old Quarter dah. Hahahha. Nak tak nak kenalah patah balik. Rupanya memang dekat je hostel kitaorang lepas turun bas tu. Hahahahah..Saja nak bagi senaman angkut bag keliling bandar. Hahahahaha. (baca: tak padan dengan sakit bahu aku ni pun....)

North Vietnam

North Vietnam


Sampai je kat hostel, kitaorang letak beg kat luggage room selepas buat payment. Kali ni memang semua hostel ke homestay ke hotel ke, aku pilih yang bayar bila dah tiba. Kang dibuatnya tetiba AA buat gila nak reschedule flight ke , masak kitaorang nanti. First stop lepas letak beg ialah, kitaorang nak cari makanan. Dah lapar! Padahal baru jam sebelas (11) lebih. Hahahahaha.



Misi mencari makanan

Masjid Al Noor


So, kitaorang mula la mencari lokasi Masjid Al Noor untuk cari restoran Zaynab. Agak berpusing-pusing juga la, sebab masjid dah jumpa tapi restoran tak jumpa even dalam maps kata dah sampai. Arghh sudah. Tengah kalut mencari tu, sempatla kitaorang ditegur oleh pasangan suami isteri yang telah berkelana hampir sebulan di bumi Vietnam. Sempatla kami bergambar dan bertukar-tukar maklumat. (baca: orang Malaysia kalau jumpa another Malaysian jangan sombong ok). Akhirnya selepas ulang alik depan masjid, rupanya betul-betul di pintu kecil sebelah kiri (kalau korang mengadap masjid) barulah nampak restoran tu. (itu pun lepas kitaorang masuk ke dalam masjid dan nampak nama papan tanda kedai tapi tak tahu nak masuk ikut tang mana...hahahahah)


Restoran ni agak kecil tapi oklah, dah lapar punya pasal. Aku ordered nasi goreng daging meanwhile Wani ordered ayam cheese. Sudahnya dia tak habis makan sebab rasa dah muak tapi aku punya licin sebab sedap weh. Hahahaha. Dalam restoran tu semuanya orang Malaysia (groups lelaki la ramai), kitaorang jer berdua perempuan. Then, berjumpa kembali pasangan suami isteri ni untuk depa menjamu selera. 


Jalan-jalan sekitar Old Quarter

Mural Street


Selepas makan, kitaorang cadang nak pi tengok mural street, itupun selepas pasangan suami isteri suggestedkan kepada kitaorang. Tak jauh pun dari masjid, dalam 200 meter je jaraknya. Ambillah a few photos (baca: banyak ok) sampai gelagat kitaorang pun ditegur oleh seorang gadis Vietnam ni. Dia offered untuk ambil gambar kami dan suggestedkan which mural yang lawa kalau untuk outfit of the day (OOTD). Aku tak tahu kaitan bergambar di tempat-tempat yang viral/cantik dengan word OOTD. Hahahha.

Mural Street



Old Quarter

Old Quarter

Old Quarter




Selesai bergambar di mural, kitaorang decided nak cari coffee train. Gigihla jalan ke sana sini, entah ke mana map ni membawa hala tuju. But still, we did enjoyed ourselves. Setiba di lokasi (yang telah ditunjukkan oleh map) coffee train, dah ada pengawal train yang mengawal di situ. Tak bagi masuk sebarangan. So, kena tunggu jemputan oleh 'orang kopi' untuk menjemput. Masa tu alah rembatlah mana-mana yang menjemput. Janji dapat masuk. Ikutkan plan nak tunggu jam 3.30 petang (untuk train lalu) tapi kitaorang dah sampai awal tengah hari. So, layanlah view. Takdelah special mana pun tapi menda viral kenalah follow. Hahahahaha.

Coffee Train

Coffee Train


Kopi pun biasa-biasa yang macam kopi 3 in 1. Minum ajelah sebab dah bayar 30k Dong untuk secawan secoet kopi. Hahahahha. Then, kitaorang decided untuk blah dari situ dan jalan-jalan sekitar Old Quarter. Sambil-sambil menyelusuri sekitar kedai-kedai di tepi jalan, kitaorang tershopping la pula. Maklumlah malam tu nak ke Sa Pa, kekonon nak cari windbreaker la. Memang sakan juga la shopping dan cuci-cuci mata. Lepas tu kitaorang singgah la sebentar masuk ke Dong Xuan. Haha.. Ada orang tu macam nak shopping ke situ tapi bila masuk ke dalam tu, memang banyak jual pakaian harian. Dari bawah sampai ke atas kitaorang masuk setiap pelusuk. Saja nak ambil feels. Then, kitaorang decided balik hostel untuk check in, nak solat, mandi dan berehat sebentar. 


Cho Don Xuan

Old Quarter

Old Quarter


Hanoi Central Backpakers


Hostel ni jenis dorm with enam (6) katil. Dapat check in, apalagi boleh baring luruskan tulang temulang la. Mandi dan solat baru rasa segar sedikit. Lepak-lepak kat bahagian paling atas ambil pemandangan sekitar hostel. Then dalam jam 7 malam kitaorang decided nak ke Office Bus ke Sa Pa. Tapi masa lepak atas hostel, dah nampak jalan raya kat situ dah bersusun semua kenderaan tak bergerak-gerak. Sebab memang plan nak naik pakai grab aje. Huhuhu. Bincang punya bincang kitaorang pun decided nak jalan kaki je. Nah, memang betul. Jalan kaki lagi laju daripada naik grab. Hahahha. Sebab heavy traffic  masa tu. Dah letak beg kat situ, kitaorang disarankan untuk berada di situ kembali pada jam 9 malam. Jadi, kitaorang masih ada tempoh dua (2) jam untuk berjalan-jalan sekitar bandar. 

Hanoi Central Backpakers

O Quan Trang Gate



Kemeriahan bandar Hanoi pada waktu malam


Tasik Hoan Kiem

Tasik Hoan Kiem

Red Bridge


Masa ni kitaorang nak mencuba egg coffee. Aku lah tu, mentang-mentang suka minum kopi so why not kalau tak mencuba kan? So, kitaorang mencari la kat Cafe The Note Coffee. Tapi alang-alang dah berjalan di tepi Tasik Hoan Kiem, kitaorang bergambar sebentar. Fuh memang lawa dengan jambatan merah yang disinari lampu di tengah-tengah tasik dan dikelilingi oleh bangunan yang diinspirasikan gaya Perancis. Sekitar tasik ni, memang banyak pokok Weeping Willow yang seolah-olah melambai ke arah kitaorang sebagai tanda selamat datang.

The Note Coffee

The Note Coffee


Ok, tibalah masa nak mencuba egg coffee. AKu punyalah excited nak mencuba tapi itulah...Hahahahhaha....Adoi, terasa macam minum bancuhan telur kastard yang mentah. Mujur cawan tak seberapa besar. Adoiii.. Dan mujur juga kitaorang ordered another kopi masing - masing. Dan sejujurnya, mujur sangat-sangat aku pilih air americano ais. Bolehla bilas lidah aku ni. Hahaha. Kebetulan pula Wani pilih coffee bersusu, so dia campurkan ke dalam egg coffee ni then, barulah rasa sedap dengan tekak aku ni. Sambil-sambil minum kopi kat cafe ni, kitaorang melayan open view dan menulis nota. So, inilah keistimewaan cafe ni. Korang boleh tinggalkan nota dan tampal di mana-mana. Ada yang siap tampal di siling lagi. Hahahhaa.

Coffee


Selepas lepak kat cafe ni, kitaorang plan nak pergi pula pasar malam di bandar Hanoi yang hanya dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jadi, kitaorang pun menyelusuri sambil cuci-cuci mata. Then kitaorang stop kat satu kedai menjual pelbagai kopi. Aku memang takde niat nak shopping kopi, so aku hanya lepak-lepak sambil temankan si Wani pilih-pilih kopi untuk dibawa balik. Sempatlah aku borak-borak dengan seorang pekerja kat sini. So friendly, cerdik dan cantik pula tu. Budak universiti kerja part time di situ. 

Coffee

Night walk


Selepas puas berjalan-jalan sekitar pasar malam, kitaorang balik ke office bus untuk ke Sa Pa. Kitaorang decided naik sleeper bus dan aku berharap sangat bas kali ni selesa. Tapi apakan daya, bertabahla aku bila aku rasa alamak kecil dan kaki aku kena bengkok sikit-skit. Dan aku rasa menyesal pula tidur kat tingkat atas. Hahahaha. Sebab nak naik bas ni free seating, ikut nasib la dapat mana. Tapi masa tu aku dah nampak ada katil kosong kat bawah, tapi sebab aku dah bersusah payah nak naik atas, malas la nak turun. Hahahahaha. Aku gayat. Walaupun hampir tiga (3) kali bas ni berhenti kat rnr depa, aku memang malas nak turun dan layan tidur lagi best. Tapi masa dah nak dekat-dekat sampai Sa Pa, aku dah macam tak boleh nak tidur sebab rasa seriau cara pemanduan bas ni. Adeh....

Sapa Dragon


Sleeper Bus Vietnam


Ngam-ngam jam 7 pagi kitaorang sampai di Sapa. Masa ni semua dah terang namun berkabus tebal. Putih di mana-mana dan sejuk pun macam ala-ala macam pakai aircorn.

Oklah, kisah kat Sa Pa nanti aku tulis kat next entry pula. 




xo,

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Terima kasih tau sudi baca.... Tapi kalau dapat repeat ke Hanoi, memang Kin nak repeat lagi....vibes sana lain....

      Delete