Kisah Kembara di Utara Vietnam - The Journey To Viet's Beauty (Tips & Overall)
By kin - March 24, 2023
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Pengenalan
Vietnam Utara ni pada asalnya merupakan sebuah negara yang telah diterajui oleh Ho Chi Minh yang telah mendapat pengiktirafan oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet. Selepas berlaku beberapa peperangan, akhirnya Vietnam Utara dan Vietnam Selatan telah bersatu untuk membentuk sebuah negara sebagai Republik Sosialis Vietnam atau lebih dikenali sebagai Vietnam pada tahun 1976.
Pembuka tirai tahun 2023 kali ni, aku berpeluang untuk menjelajahi ke Vietnam Utara selama seminggu. Pada mulanya plan hanya untuk lima (5) hari sahaja, tapi sebab takut kalut sangat aku nak tambah lagi sehari sebab masa tu kepingin nak ke Ha Long Bay. Sedar-sedar masa nak buat itinerary, alamak...Betul ke ni tujuh (7) hari enam (6) malam? Haaa, hamik ko. Kui kui kui.
Pengangkutan
Trip kali ni memang mostly kitaorang dah beli sesiap secara online. Sebab lebih memudahkan urusan sebab maklumlah, first time nak ke sini (hahaha, memang semua tempat first time). Sebenarnya, bila dah beli tiket awal, lebih mudah nak merancang dan tak perlu nak bawa berjuta-juta dong. Trip takkan menjadi kalau sekadar plan sahaja kan? (mcam tak biasa je..)
Tiket Kapal Terbang
Jadinya, buka website Air Asia terus grab tiket flight. Dah beli tiket flight, barulah plan menjadi. Kalau tak, memang tinggal plan ajelah. So, dapat grab tiket flight dari Kuala Lumpur ke Hanoi (return) dalam RM572. Tapi disebabkan aku ada masalah kesihatan (sebab kononnya nak bawa beg tarik, fuh..mujur tak bawa tapi telinga kena tahan kena kutuk la sebab bawa bagpack...hihihi), so aku beli baggage return 20kg dalam RM182.60. Secara totalnya dalam RM754.60. Tapi masa AA buat sales, harga tiket still higher than aku dapat dalam RM572 termasuklah harga baggage. Huhuhu. Mujur rembat cepat-cepat. Aku beli tiket tiga (3) bulan awal daripada tarikh trip.
Bas
Dari airport ke hostel kitaorang ambil bas no 86 berwarna oren. Bas ni memang akan melalui sekitar bandar Hanoi dan kitaorang bagitahu driver nama hostel dan dia akan turunkan kami. Harga tiket bas dalam 45k seorang.
Sleeper Bas (Hanoi - Sa Pa)
Kami naik sleeper bus (Sapa Dragon Bus) dan beli sesiap kat Klook dengan harga 430k/2pax.
Sewa Motorsikal
Sa Pa & Ninh Binh : 240k/ 2 hari & petrol 40k/2 hari (ini pun banyak lebihnya even isi separuh tank)
Duit parking motor
Hang Mua : 10k
Bich Dong Pagoda : 10k
Trang An Complex : 15k
Teksi/Grab
Sa Pa: 100k/teksi untuk 2km dari bus stop ke homestay
Sa pa ke Lao Chai : 80k/pax
Ninh Binh : 300k/kereta. Dekat sini malas nak fikir, minta owner homestay jemput dan hantar kitaorang dari stesyen keretapi -homestay - stesyen keretapi.
Hanoi : 36k/2pax. Naik grab untuk ke hotel dari Ga Ha Noi.
Noi Bai Airport : 320k/kereta. Memula plan asal nak naik je bas oyen tu, tapi macam tak mahu ambil risiko sebab yelah bas tu brenti-brenti amik penumpang dan keadaan jalan trafik tak menentu (takut jem)
Train
Sleeper Train (softbed) Lao Chai - Hanoi : 320k/pax
Soft Seat (AC) Hanoi - Ninh Binh : 107k/pax
Soft Seat (AC) Ninh Binh - Hanoi : 112k/pax
Penginapan
Kitaorang stay a few places. Maklumlah seminggu kan. Hahahaha
Central Backpackers Hostel: 300k/2pax
Valley View Cafe & Stay : 700k/2pax
Tam Coc Minh Hung Homestay : 400k/2pax
Hanoi Blue Sky Hotel : 1.3 juta /2pax
Pakej & Entrance Fees
Fansipan - train to Cable Car, Cable Car (return), Train to Fansipan Peak (1 way) : 1.1juta/pax
Hang Mua View Point : 100k/pax
Trang An Boat Tour : 250k/pax
Ha Long Bay Tour : 800k/pax . Beli kat Klook sesiap nanti agent akan pick up kitaorang kat hotel dan hantar di hotel juga selepas tour.
Cat Cat Village : 150k/pax
Makanan & minuman
Pek Kembara : RM162
Restoran Zaynab : 100k/pax
The Note Coffee : 140k/3 cups of coffee
Train Coffee: 30k/cup
Ngon Vegan Restaurant : 563k/2pax/2 days
Himalaya Halal Food (ambil 2 muttons briyani dan 2 cups of coffee/tea): 415k/2pax
ETC
Sewa costume Puak Hmong : 100k/pax
Shopping : pssttt..rahsia..hahahaha
Kesimpulan
Secara totalnya, memang terasa jugalah kenaikan harga dari pelbagai sudut. Nak buat macam mana, memang harga naik selepas wabak covid melanda. Bertabahlah. Kalau korang tanya, nak repeat lagi tak? Mesti aku akan jawab, nak! Nak repeat Sa Pa dan nak try cruising boat ride kat area Tam Coc pula. Hihi...
xo
0 comments