Klinik Aestetik Kecantikan Yang Terbaik Di Malaysia ~ Back To Life ! ~

By kin - December 08, 2022

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. 

 

Pengenalan

 

klinik estetik, kecantikan

Terletak di Bangsar, Klinik Premier merupakan pusat perubatan estetik kecantikan yang menyediakan  perkhidmatan rawatan lengkap dalam bidang perubatan estetik, rawatan penjagaan badan  dan pemulihan rambut. Selain di Bangsar, Klinik Premier juga mempunyai 3 (tiga)  klinik yang terletak di TTDI, IOI Boulevard  Puchong, Mont Kiara, serta di Megan Avenue Kuala Lumpur. Klinik Premier merupakan sebuah klinik estetik yang berjenama dan mendapat kepercayaan dalam rawatan estetik untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa. Diterajui oleh sekumpulan doktor dan kakitangan yang mahir, berlesen  dan terlatih, klinik ini juga mempunyai lessen estetik (LCP) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Back To Life!

Back to life, estetik, kecantikan

coolsculpting, profhilo

 

 Setelah hampir dua (2) tahun dibelenggu oleh pandemik Covid-19, akhirnya buat julung kalinya pada 4 Disember 2022 (Ahad), Klinik Premier mengorak langkah dengan mempromosikan dua(2) produk buat julung kalinya iaitu ‘Coolsculpting’ dan ‘Profhilo’.  Acara ini berlangsung di Klinik Premier yang terdapat di Bangsar yang telah dihadiri oleh pengasas Klinik Premier iaitu Dr. Chen Tai Ho, barisan doktor dan kakitangan terlatih, Dr. Soo Winnci, Mr. Terence serta beberapa orang pengamal media seperti bloggers dan influencer terkenal.

 

Klinik estetik, kecantikan

 

Coolsculpting

 

Coolsculpting merupakan satu  prosedur menghilangkan lemak yang berlebihan di bawah kulit tanpa menggunakan jarum atau pembedahan tanpa meninggalkan kesan parut terhadap kulit. Melalui proses ini, sel-sel lemak yang berada di bawah lapisan kulit akan dibekukan sebelum sel-sel lemak tersebut dihancurkan sehingga lemak tubuh berkurangan. Proses ini mengambil masa di antara 20 - 35 minit bagi setiap sesi dan bergantung kepada berapa banyak lemak yang ingin dikurangkan. Setelah proses coolsculping ini dilakukan, sel-sel lemak akan hilang dalam tubuh sebanyak 27% dalam tempoh 4- 6 bulan.

 

estetik, kecantikan, kurus, weight loss, fat

Prosedur ini merupakan satu alternatif untuk mengurangkan sel-sel lemak yang degil jika dibandingkan dengan cara menurunkan berat badan yang konvensional seperti diet dan bersenam. Namun begitu, prosedur ini adalah lebih tepat untuk mereka yang ingin membentuk tubuh badan yang diinginkan dan bukan bagi mereka yang memfokuskan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana, prosedur ini dapat membantu menyingkirkan sel-sel lemak yang degil pada sesetengah tempat seperti di perut, lengan, love handle, peha ataupun di bawah dagu walaupun setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti pengambilan makanan dengan cara yang betul dan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu. Prosedur ini bersesuaian bagi mereka yang mahu kelihatan cantik dengan menghilangkan lemak pada di area -area yang tertentu.

 

coolsculpting, fat loss

Bagi yang ingin mencuba prosedur ini, terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu diambil kira. Antara kesan sampingannya ialah berkemungkinan akan terdapat sedikit lebam ketika proses ‘penyedutan’ pada kulit tubuh dan juga berasa sedikit sakit ketika proses urutan. Namun begitu, tak perlu risau kerana sepanjang proses coolsculpting dilakukan, anda akan berada di dalam keadaaan yang sangat selesa. Selain itu juga, anda juga perlu sentiasa berada dalam keadaan hydrated dan perlu minum secukupnya sebelum dan selepas proses rawatan ini dilakukan

 

 

Profhilo

 

Profhilo, Dr Soo Winnci, kecantikan

Proses Profhilo merupakan  rawatan pelembab dengan suntikan asid hyaluronik di bawah kulit yang mana akan terurai menjadi kolagen yang membantu untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah serta merawat melewatkan penuaan pada kulit wajah. Rawatan ini akan stimulasikan  reseptor sel kulit bagi membentuk dan memperbaiki keanjalan kulit. Selain melembabkan kulit, rawatan ini mampu mengurangkan garis-garis penuaan dan membantu menghasilkan elastin pada kulit. Antara area rawatan yang paling umum adalah di wajah, bawah leher, lengan dan juga perut. Rawatan ini sangat sesuai tidak kira kepada lelaki mahupun wanita yang mahu kelihatan muda dan cantik.

 

Dengan hanya sukatan 1ml pada setiap area, walaupun sangat sedikit namun memberi impak yang besar supaya kulit kelihatan segar, bermaya dan terhidrat.

 

Profhilo, kecantikan, estetik

Sebelum proses penyuntikan Profhilio ini, muka anda akan disapu dengan krim anesthesia dan dibiarkan selama 30 minit. Wajah akan ditanda dahulu mengikut concern anda dan doktor akan memberikan pendapat berdasarkan concern tersebut. Proses ini tidak mengambil masa yang agak lama, dan yang bagusnya rawatan Profhilio ini tidak mempunyai downtime, mudah dan selamat.

 

klinik estetik, kecantikan, Profhilo, coolsculpting


Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan Coolsculpting dan Prophilo, anda bolehlah menghubungi mereka seperti di bawah:

 

Premier Clinic Bangsar

No 8-10, Ground Floor,

Jalan Telawi 5,

591000 Kuala Lumpur.

 

+6012.662.5552

(Setiap hari dari jam 8.00 pagi - 12.00 tengah malam)

 

contactus@premier-clinic.com

 

www.premier-clinic.com

 

 

Selamat mencuba!


xo,

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments