Kau PergiTu Semporna ~ Day 1

By kin - November 08, 2022



Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.





Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun setengah kena peram, akhirnya kami sampai juga di bumi Semporna. Pakej 5h4m yang bermula dengan RM850/pax menjadi RM995 setelah mengambil kira penambahan hari di Tawau. Semuanya all in package tidak termasuk harga tiket kapal terbang. Plan asal untuk aku sambut birthday Izan tapi bertukar menjadi plan untuk girls Mozac96. Disebabkan banyak kekangan dan konon nak dapat lagi murah, aku target at least 8 orang mesti join percutian ni. Secara totalnya, dapatlah tujuh (7) budak Mozac dan tiga (3) kawan kepada kawan. Hamik ko, sepuluh (10) orang terus!

"The word Semporna means "perfect" in Malay, and there is no other word that can describe these islands accurately.  Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites globally"


Mukadimah

Oleh kerana sudah lama aku plan, bilamana tarikh ke Semporna semakin dekat, haa masa tu la mula la aku menjadi kalut. Mujur aku buat back up untuk whatsapps chat. So boleh baca balik dan ingati balik pakej apa yang aku ambil/buat ni. Hahaha. Mujur dan rezeki kami agaknya bila mendapat tahu yang harga pakej kami masih kekal dan cuma ada penambahan RM40, itupun disebabkan oleh permintaan daripada pengusaha penginapan. Takpelah, kami faham bila hampir dua (2) tahun tiada perniagaan dapat dibuat pada musim Covid 19 melanda dulu. Selaku ketua yang melantik diri sendiri, mula la aku memberitahu itu ini, apa yang perlu dibawa supaya semua plan yang aku rancangkan dapat berjalan dengan lancar dan semua boleh bergembira. Yehaaa..



Day 1

Awal - awal lagi lapan (8) orang daripada kami sudah menempah untuk menginap di hotel Sama-sama. Maklumlah ada di antara mereka yang bertolak dari Melaka. Aku dan Izan macam biasa bergerak seawal jam dua (2) pagi dari rumah dan bertemu mereka di KLIA2 sahaja. Keterujaan jelas terpancar apabila kami berkumpul beramai-ramai dan saling suai kenal. Kecoh bak hang bila kami bertemu. Setelah proses check in bagasi, kami terus menuju untuk menaiki kapal terbang.

"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."


Kami tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 7.55 pagi, awal 20 minit daripada jadual. Mana tak awal, semua proses kemasukan penumpang telah diuruskan dengan begitu efisen oleh anak-anak kapal Air Asia dengan membantu penumpang untuk meletakkan bagasi serta menunjuk arah tempat duduk. Disebabkan kami akan check in pada jam 2.00 petang, kami akan menghabiskan masa untuk mendaki ke Bukit Tengkorak. Bagi aktiviti ini, awal-awal lagi aku dah bagitau bahawa tiada paksaan untuk mendaki ke Bukit Tenggorak dan sesiapa yang decline, harus kena sabar menanti kepada mereka yang memilih untuk mendaki.



Bukit Tengkorak

Dari bawah lagi aku dah nampak nun meninggi anak-anak tangga. Tudiaaa, anda berani? Mujur aku masih belum muntah @ serik dengan tangga walaupun pada minggu lepas aku baru menghabiskan misi Akinabalu. Pelan-pelan naik sebab tak lari bukit dikejar. Panas membahang tu usahla dikata tapi demi berpuluh-puluh (baca: beribu kut, hahah) keping gambar, aku relakan panas memamah kulitku yang tak berapa nak putih ni. Haha.
"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."

Seusai di atas, kami ditegur oleh seorang lelaki yang membahasakan dirinya sebagai Faizal. Masa tu baru nak tarik nafas panjang ekoran anak tangga yang makin meninggi tak bagi peluang langsung. Rupanya Faizal ni umpama tour guide tak terlatih di atas ni. Oklah pada mulanya kami ragu-ragu tapi tengok dengan kesungguhan dia untuk menceritakan sejarah, asal usul dan do and don’ts here, barulah kami yakin sedikit. Dan rasa bersyukur juga bertemu dengannya sebab kalau tak kami tak tahu jalan menuju ke rumput yang tinggi itu selain boleh assign him untuk mengambil gambar kami bertiga.

"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."



Sejarah Bukit Tenggorak ni asalnya adalah merupakan tapak gunung berapi beribu tahun dahulu dan juga penempatan manusia zaman prasejarah dari zaman Pliosen hingga zaman Kuarternanri! Sebelum itu, Bukit Tenggorak ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Bukit Kabongan namun bagi ahli arkeologi, mereka menggelarkan ianya sebagai Hood Hill. Namun begitu, nama bukit ini berubah menjadi nama Bukit Tenggorak apabila ada penemuan dua (2) buah tenggorak dan rangka manusia yang kini disimpan di makmal sains SMK Datu Panglima Abdullah, Semporna.




Lunch di Anjung D’Samudera Cafe - Seafood Restaurant

Oleh kerana penat mendaki ratusan anak-anak tangga dan sebenarnya orang yang menunggu lagi penat, perut mula la minta diisi walaupun dah makan sarapan di atas kapal. Kami mula bergerak menuju ke Bandar Semporna. Walaupun pada bulan Februari aku sudah mengunjungi Semporna, masih terasa Semporna ni menjalani satu perubahan yang agak laju jika dibandingkan dengan mana-mana bandar di sekitar Sabah selain Kota Kinabalu.
 

"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."

Kebetulan kami akan menginap satu (1) malam di Hotel Seafest, kami memberitahu pemandu agar membawa kami ke tempat makan yang berdekatan. Nah! Terus dibawanya kami ke Anjung D’Samudera Cafe. Memang restoran ni berhadapan dengan hotel dan mudah pergerakan bagi kami sebenarnya. Melangkah masuk ke restoran ni, terus kami duduk melepaskan penat sambil melihat-lihat menu yang bakal akan dimasukkan ke dalam perut kami. Hahaha. Suasana di restoran ini benar-benar refreshing dengan pemandangan laut yang kebiruan, angin yang sepoi-sepoi bahasa memaksa kami untuk berlatih sabar menunggu makanan yang kami telah tempah. Macam biasa, di kalangan kami memang ada ajk makanan sejak zaman sekolah (aku naib pengerusi ok..hahah) tapi takkan aku nak bolot semua kan? Dah la lantik diri sendiri sebagai ketua rombongan pastu ada hati nak jadi ajk makanan pula. Jadinya, serahan ajk makanan aku serahkan sahaja kepada si Aishah aka Tot dan Nhatasha aka Tasya.



Hotel Seafest

Setelah semuanya kenyang, mata dah bagi signal kuyu, aku cepat-cepat ke hotel untuk uruskan urusan check in. Kira mohon jasa baik pihak hotel untuk mempercepatkan masa untuk kami check in. Maklumlah, awal sangat kami sampai ke Semporna ni. Hihihi… Alhamdulillah semua dipermudahkan. Jadi, slot petang adalah free and easy. Nak bantai tidur ke or nak jalan-jalan sekitar bandar Semporna ke, terpulang pada masing-masing.
 

"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."

Kalau korang nak tahu, hotel ni betul-betul stategik. Dekat dengan Tealive dan Starbuck (ni depa ni kejap-kejap melantak air starbuck je), ada kedai serbaneka dan tepi laut tau. Memang vibes tu memang rasa benar-benar kali ini kami bercuti. Ameniti pun not bad eventhough bilik kami ni takde view menarik. Huwa huwa huwa. Maklumlah nak bilik murah, dapatlah view mengadap dinding you. Hahahaha.

"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."


Bukit Parapat

Aku ni kalau mood bercuti, mana boleh duduk dalam bilik hotel lama-lama. Lainlah kalau plan hanya nak staycation tu bolehla. Mulala nak plan ke sana ke sini. Tapi kan, aku dah lama berhajat nak ke Bukit Parapat ni tau! Masa bulan Februari lepas tak sempat dek kekangan masa, jadinya kali ni aku memastikan plan kali ni jadi!


"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."

Disebabkan waktu di Sabah ni awal sejam (baca : cepat gelap dari semenanjung) dan hanya aku dan Izan yang berhajat nak hiking kali kedua untuk hari ini. Wah, bagus betul stamina kamu ni Kin! Hahaha. Mujur dapat grab, tapi disebabkan tempat tu boleh tahan jauh, kami plan supaya adik grab tu menunggu kami sepanjang kami di situ dan kami akan bayar lebih pada dia.


Perjalanan ke Bukit Parapat tu agak jauh la dari bandar Semporna dan tidak hairanlah kalau-kalau time nak balik takde grab. Mau menangis di tepi kaki bukit gitu. Mujur adik grab ni setuju untuk menunggu kami walaupun kami pada mulanya berasa agak ragu-ragu (baca : kalau budak ni blah tinggalkan kami ni acaner?)


Bermulalah sesi pendakian yang biasa-biasa sebenarnya tapi dah dicampur dengan penat dan faktor usia, paham-paham ajelah. Hahaha. Walaupun biasa-biasa, hanya 300m, tapi boleh tahan juga la. Pemandangan di atas, aku hanya mampu mengucapkan kalimah Masya Allah berulang-ulang kali. Ya Allah, lawa sungguh ciptaanMu apabila aku melihat dari atas. Tak sesia naik walaupun berasa agak penat sebenarnya. Sesi bergambar tu, usah dicakaplah. Pastu, aku sebenarnya nak naik yang ada rumput tinggi-tinggi tu (baca:lalang).
 
"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."


Puas aku nak cari laluan ke sana sambil-sambil tanya orang-orang kat sana. Sebab, bila nampak macam laluan, macam seram pun iya. Betul ke ni jalannya? Sebab dah rumput tinggi, kesan pijakan takde. Tapi dari bawah tu dah nampak orang-orang menaiki tapi dari sebelah bukit. Nak tak nak, aku dan Izan cuba juga la. Bukan apa, aku risau kang ada tetiba binatang keluar menampakkan diri ke. Mujur takde.

Aku dan Izan plan hanya sejam, tapi boleh tahan juga terlajak. Layan pemandangan sunset yang sangat cantik dari Bukit Perapat ni. Oh yea, sebenarnya aku ni memang pencinta sunset sangat-sangat. Tapi tak boleh berada lama sangat di atas, sebelum gelap kami harus turun. Mujur sampai di bawah, adik grab masih menunggu. Syukur sangat-sangat. Then, adik grab cadangkan kami ke Tanjung Perapat untuk bergambar yang merupakan kawasan penempatan kaum Bajau di sana.



Ikan Bakar Semporna (Medan Selera)

Pada sebelah malamnya, kami dibawa untuk makan malam di Restoran Ikan Bakar Semporna. Aku macam biasa memang suka buat kejutan dengan aku sekali terkejut tau. Hahaha. Kalau korang datang sini, memang tak rasa menyesal. Sebab apa? Selain makanan yang sedap dan segar, memang korang tak perlulah nak diet-diet ni. Pilihan makanan yang pelbagai dan sedap sambil tutup-tutup mata tau! Kena pula dengan selera sampai kami semua tersandar kekenyangan siap tapau bawa balik sebab tak larat nak makan. Bayangkan kami yang sepuluh (10) orang ni sampai tak larat nak habiskan lauk-lauk yang sedap dan banyak tu. 

"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."

Oh yea, kejutan yang aku buat ialah aku buat delivery kek birthday untuk kami semua la. Cuma yang kebetulan jatuh birthday dekat-dekat date trip ni memang kami celebrated terus. Jadinya, kami celebrated birthday Eka dan Anem. Happy Birthday Girls!!! Kek tu memang sangat-sangat sedap tapi kan..kan..Dah la lawa (baca:hasil tengok dalam kiriman gambar) tapi bila buka, aduyai…Kelam kelibut aku tengok kek tu. Hahahha. Rupanya budak delivery tu bawa macam mana la gamaknya. Kek ..kek..Tapi memang sedap gila, memang aku rekomen la kalau sesiapa nak order sekitar Semporna.

"Blessed with turquoise waters, sandy beaches, and some of the most beautiful dive sites in the world, Semporna is arguably just as breathtaking as The Maldives."


Balik ke hotel, semua layan mata, zzzzzzzz dengan penuh kepenatan dan kekenyangan. Alhamdulillah, selesai sudah untuk hari pertama di bumi Semporna ini.


(dah siap nanti baru ada link)

Link ke Day 2

Link ke Day 3

Link ke Day 4

Link ke Day 5



xo


  • Share:

You Might Also Like

0 comments