Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Majlis Perasmian Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut Dan Penutup Program Kita Rewang Sekampung Negeri Selangor 2022
Akhirnya Program Kita Rewang Sekampung Negeri Selangor bagi tahun 2022 menutup tirainya di destinasi yang terakhir bertempat di daerah Kuala Langat. Acara penutupan program ini telah dimulai dengan majlis perasmian Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Sebelum ketibaan YAB Dato' Menteri Selangor, aku sempat jugalah melihat pertandingan kuih tradisional yang diadakan di khemah bersebelahan khemah utama. Ada dua (2) jenis kuih tradisional yang dipertandingan iaitu kuih lemper dan kuih tuntutan. Kalau korang nak tahu, kuih lemper ni merupakan kuih tradisional yang popular bagi masyarakat Jawa yang biasanya dibuat beramai-ramai semasa aktiviti rewang. Diperbuat daripada inti isi kelapa muda yang dimasak seperti serunding dan dimasukkan ke dalam beras pulut sebelum dipadatkan dan dibungkus dengan daun pisang. First time aku makan kuih ni, memang sangat sedap. Kuih tradisional yang kedua iaitu kuih tuntutan ni lebih menyerupai kuih lepat pisang tapi isi dalamnya macam kuih koci. Hahaha.. Aku tak reti nak explain macam mana, tapi memang sedap. (maybe aku dapat merasa kuih-kuih dari pemenang pertandingan..hihi)
Tidak jauh dari pertandingan kuih tradisi, kedengaran sorak - sorai para pengunjung yang menyaksikan pertandingan futsal di situ. Tapi mata aku lebih tertarik untuk melihat deretan perahu layar yang disusun sebelum YAB Dato' Menteri Besar membuat lawatan sekitar di situ nanti. Aku sempatla bertanya dengan jurulatih bagi sukan perahu layar ni yang mana pemain paling muda berusia enam (6) tahun dan yang paling matang berusia 21 tahun. Latihan secara insentif diadakan sepanjang cuti persekolahan. Beruntung sungguh orang Kampung Pantai Batu Laut ni yea.
Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Selangor diiringi penuh adat Melayu oleh Kumpulan Kesenian PADAT. Acara diteruskan dengan persembahan tarian selamat datang selepas nyanyian lagu Negaraku dan Selangor dinyanyikan beramai-ramai dengan penuh semangat patriotik.
Upacara perasmian penutup program dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor selepas ucapan kata aluan disampaikan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, selaku Pengerusi Jawatankusa tetap Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan merangkap ADUN Kawasan Tanjung Sepat. Kemuncak perasmian ialah apabila YAB Dato' Menteri Selangor menandatangani plak perasmian Medan Selera MPKL, Pantai Batu Laut, Kuala Langat, Selangor.
Selepas itu, upacara penyampaian hadiah juga telah diadakan di sepanjang program ini berlangsung bagi meraikan pencapaian cemerlang bagi setiap peserta. Kalau korang nak tahu, medan selera Kuala Langat bagi kategori A di sini telah memenangi peringkat negeri Selangor yang membawa wang tunai sebanyak RM1,000 tunai. Seterusnya mewakili negeri Selangor bagi peringkat kebangsaan dan sekaligus memenangi sebagai johan yang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Wah, bukan calang - calang medan selera di sini. Korang kena cuba datang di sini dan mencuba menu mee udang di sini tau.
Antara penyampian hadiah adalah kepada:
- Insentif peniaga Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut
- Insentif Kecemerlangan SUKMA 2022
- Pertandingan Masakan Tradisi
- Pertandingan Memancing
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua para pemenang. Anda memang terbaik!!!
xo
2 comments
eceh, XO kat bawah tu BBNU sungguh
ReplyDeletehahaha..sekali sekali nak mudo
ReplyDelete