6 Tips Mendaki Gunung Kinabalu

By kin - October 09, 2022

 

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

 

Tips mendaki Gunung Kinabalu, Akinabalu, tips, hikers,hiking

 
hiking, Mount Kinabalu, Gunung Kinabalu, Akinabalu

hiking, Mount Kinabalu, Gunung Kinabalu, Akinabalu

Kali ni aku nak kongsi tips untuk mendaki Gunung Kinabalu mengikut perseptif pengalaman aku yang tak boleh nak gelarkan diri sendiri sebagai seorang hiker. Aku sebenarnya more to fun/social hiker aje. Kalau diikutkan, banyak aje tip-tip orang shared pasal mendaki Kinabalu ni. Kalau ikutkan, nak mendaki Kinabalu ni tak sesusah mana, (baca: padahal aku sampai Laban Rata je), maksud aku not too technical kalau nak bandingkan gunung-gunung G7 yang lain. Kalau betul-betul fit, sebenarnya nak mendaki Gunung Kinabalu ni senang je. Lagi-lagi sudah banyak tangga. Hahahaha...

 

 #1 - Kena fit mental dan fizikal

Paling utama, ni kena betul-betul fit for both. Kalau fit mental tapi fizikal tak fit, tak boleh juga atau fizikal fit tapi mental tak fit memang hancus la. Kalau dedua tak fit, paham - paham ajelah, baik tarik selimut tidur lagi sedap.


#2 - Kelengkapan Mendaki

Bagi kelengkaan mendaki, ada dua (2) yang perlu dibawa.  Satu (1) adalah bagpack yang dibawa semasa pendakian dan satu (1) backpack lagi ialah kelengkapan untuk semalaman.

Untuk bagpack yang dibawa bersama, biasanya lebih baik bawa saiz yang sederhana dan paling penting adalah kalis air. Kalau takde beg kalis air pun takpe, boleh beli cover beg sahaja. Atau pun guna cara dulu-dulu, kita pakai plastik sampah hitam tu aje. Hihi.

Untuk dalam bag ni, aku cuma bawa a few things sahaja seperti:

  • botol air mineral dan air isotonik (masing-masing 500ml) - air isotonik ni aku prefer air gatorade berbanding 100plus. Tak tahulah kalau tekak aku takleh nak terima 100plus ni kalau kepenatan. Terlekat-lekat rasanya di lelangit, memang kena bilas minum air kosong balik.
gatorade



  • baju hujan atau payung - disebabkan masa aku naik tu hujan lebat takde diskaun, pakai baju hujan ke or payung, tetap kebasahan. Nak betul-betul tak kuyup, pakai baju hujan yang 2 pieces tu. Memang boleh cover bahagian atas dan bawah.

Gunung Kinabalu, Akinabalu, hiking



  • coklat/energy bar & gula-gula himalaya salt - yang ini, aku prefer bawa cloud 9 or choki-choki. Tapi kalau berkemampuan, aku sarankan beli energy gel. Sebab apa, mudah sangat. Buka dan terus picit. Kalau choki-choki tu memang kompem keras kejur dah..Sama macam cloud 9 tu haa..Nak kunyah time-time kepenatan tu, aduyai...So, jangan jadi macam aku la. Tapi kan, yang lebih mudah dan murah ialah, kau bawa telur rebus je. (baca: tapi jangan pula sepanjang pendakian, kau melepaskan angin pula, naya orang belakang kau...hahaha)
energy gel, hiking, Akinabalu



  • First Aid Kit - ni paling penting untuk dibawa; ubat seperti anti mabuk, panadol dan spray krem kaki sangat membantu. Spray kaki krem tu pilih yang panas, jangan pilih yang sejuk. Lagi sejuk kejur kaki kang!
  • Windproof Jacket - yang ni aku bawa yang nipis je, manalah tau bila dah sampai KM5 dan Laban Rata tu dah rasa sejuk.
  • Power bank - ni penting sebab tenaga elektrik hanya ada bermula pada jam 6 petang sehingga 6 pagi sahaja.

 

Untuk beg yang aku nak bagi pada malim gunung, aku isi yang ini pula. Awal-awal declared yang aku memang malas nak bawa sendiri, bayar sahajalah dalam RM13/kg. 

  • 1 (satu) set persalinan baju iaitu, t-shirt, baju thermal, seluar hiking, stokin, baju sejuk, head lamp, mask/mafla, glove waterproof, sunglasses dan snow cap.
  • sandal hiking (untuk aku turun nanti)
  • air mineral 1.5liter, kopi 3in1 sachet dan meggi cup serta tumbler panas
  • cover cadar dan bantal (all in one)
 
 

#3 - Semasa pendakian naik dan turun

Oleh kerana aku sampai Laban Rata je, aku shared pengalaman sampai takat tu ajelah. Nak tulis lebih-lebih nanti, eh budak ni. Poyo.. Memang sepanjang pendakian, kalau tak jumpa tangga tu tak sah. Hahaha. Rasa macam nak marah pun ada kalau alamak, tangga lagi. Pelan-pelan mendaki tangga, ikut pace sendiri. Memang 3km pertama tu, banyak sangat tangga nak daki. Tapi selepas 3km tu pula, laluan natural bertangga pula menanti, jadi perlu berhati - hati terutamanya mendaki ketika hujan lebat. Laluan menjadi agak licin.


Gunung Kinabalu, hiking, Akinabalu


Paling penting, pilih kawan yang satu (1) pace dengan kita. Boleh sahaja, kalau nak mendaki sorang-sorang. Ini terpulang pada setiap individu. Tapi bagi aku, aku prefer ada seorang kawan untuk aku mendaki. Selain borak-borak, boleh juga sebagai pemangkin semangat meneruskan perjuangan pendakian. Sebab, pendakian Akinabalu ni long distance. Mental kena kuat tapi tak tahulah kenapa masa aku daki tu, aduh koyak terus mentalku. 

Mount Kinabalu, Gunung Kinabalu, Akinabalu, hiking


Kalau join dalam group yang besar, contohnya dalam 1 (satu) group ada 30 orang, kebiasaannya akan diberi 6 (enam) orang malim gunung. Kalau aku, aku prefer untuk mendapatkan malim gunung untuk group aku sendiri. Kira macam group kecil-kecil digabungkan menjadi 1 (satu) group besar. (haa tu yang sampai 30 orang tu). Ini semua tertakluk kepada operator masing-masing, kalau sendiri-sendiri memang takde masalah sebegini.  Sebab apa, sekurang-kurangnya aku kenal rapat siapa malim gunung aku dan dia akan follow kita rapat-rapat (baca: just incase kawan yang konon 1 (satu) pace dengan kau tu dah blah tinggalkan kau) Lepas ni kalau aku naik naik, kalau aku berdua sahaja dalam group, aku sanggup untuk ambil 1 (satu) malim gunung untuk khas jaga group aku sahaja. 1 (satu) group 5 (lima) orang bersamaan seorang guide (RM230/5orang).


Untuk pendakian turun, mesti kompem la turun macam ketam berjalan. Hahaha. Masa nak turun, aku prefer pakai sandal hiking sebab nak jaga jari kaki. Tapi boleh sahaja pakai kasut hiking, terpulang kepada diri masing-masing.

 

#4 - Latihan Kecergasan

Ni tips paling penting kalau nak mendaki Gunung Kinabalu sebab gunung ni bersifat long distance. Memangla kalau ikutkan hanya 8km sahaja tapi jangan tertipu ya. 1km tu umpama 10km malahan bertangga-tangga pula. Hahaha.

mossy, Mount Kinabalu, Gunung Kinabalu, Akinabalu, hiking


Antara latihan kecergasan yang perlu dilakukan ialah latihan squat. Latihan ini bukan sahaja menguatkan kaki malahan pinggul kita. Selain tu, boleh juga jogging atau naik turun tangga dengan sekerap mungkin lebih-lebih lagi sekiranya lagi 3 (tiga) bulan kita nak mendaki. Latihan ketinggian juga penting untuk kita melatih kawalan pernafasan kita ketika berada di tempat yang tinggi.


#5 - Ambil gambar dan video banyak-banyak

Kadang-kadang ni, hukum alam kita tak boleh nak jangka. Boleh jadi tetiba hujan lebat then tetiba panas. Tapi masa tengah hujan lebat macam aku kena, aku tak sempatla nak ambil gambar dan video banyak-banyak. Dengan pewai tak ingat dunia. Hahaha..Unless kalau bawa cover waterproof tu boleh la juga. Ada sekali tu, masa mendaki selepas 5km di laluan berbatu mossy tu, aku ternampakla mossy berwarna merah. Memang cantik sangat, tapi masa tu aku cakap, nanti masa turun aku nak ambil gambar. Sudahnya, aku tak ketemu la di mana. Hahaha. 

mossy, Mount Kinabalu, Gunung Kinabalu, hiking, Akinabalu

mossy, Mount Kinabalu, Gunung Kinabalu, hiking, Akinabalu


#6 - Redha dan bertawakal

Part ini yang paling penting, kau dah usaha macam-macam tapi kalau Allah tak mengizinkan kau sampai ke puncak, kenalah redha. Berdoalah semoga sepanjang pendakian menuju ke puncak,  sentiasa dilindungi dan keselamatan terjamin. Aku bukan nak cakap apa, dua (2) kali aku kena 'usha' semasa mendaki iaitu di antara 2km dan 3km. Hai..Kali ke-2 tu baru aku perasan, yang aku macam dipermainkan. Cehhh.. (baca: kadang-kadang aku boleh nampak, dengar dan rasa, mohon dijauhkan)

Gunung Kinabalu, hiking, Akinabalu, Mount Kinabalu


Kesimpulannya, usaha dan tawakal itu sangat penting. Paling utama, kena sentiasa berfikiran positif dan tolonglah cukup rehat sebelum nak mendaki. Jangan jadi macam aku, mental koyak dan tak cukup rehat (baca: kurang tidur untuk 3 (tiga) malam berturut-turut). Apa pun, tak lari gunung dikejar. In Sha Allah, ada kesempatan lagi, akan aku cuba menawan si Akinabalu lagi. Tunggu saya ya!!!

hiking, Mount Kinabalu, Gunung Kinabalu, Akinabalu


xo

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments