Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu cara - cara untuk mencuci sayur atau buah dengan betul. Kalau korang perasan, terutamanya selepas makan buah anggur, mesti kadang-kadang akan rasa gatal tekak atau lebih teruk lagi trigger batuk. Ini mungkin sebab kita tak mencuci buah anggur tersebut dengan betul. Kebanyakkan sayuran dan buahan yang kita beli ni, mengandungi insecticide dan bahan kimia kecuali sayuran dan buahan tersebut merupakan tanaman organik.
Terdapat pelbagai cara dan tips untuk mencuci sayur dan buah dengan betul. Antaranya adalah menggunakan kaedah:
#1 - Air garam
Mencuci menggunakan air garam mampu membuang kebanyakkan pestisid hanya pada permukaan sahaja.
#2 - Lemon dan serbuk penaik
Cara ini agak popular juga digunakan oleh kebanyakan orang. Dengan menggunakan satu (1) cawan jus lemon dan dua (2) sudu besar serbuk penaik ke dalam botol semburan, kemudian bolehlah korang spray pada permukaan sayur ataupun buah.
#3- Cuka putih
Penggunaan cuka putih sebenarnya adalah agak senang dan murah. Ini kerana dengan hanya merendam selama 30 minit dengan satu (1) bahagian cuka dan 10 bahagian air mampu membunuh kuman dan menanggalkan pestisid.
Selain tiga (3) kaedah di atas, korang juga boleh mencuba dengan membersihkan dan menggosok sayuran atau buah di bawah aliran air yang mengalir. Boleh juga menggunakan berus khas untuk menggosok permukaan lapisan perlindungan (wax) pada contohnya buah epal. Tapi kalau tanya aku, biasanya aku akan kupas kulit epal je.
Kalau sayur berpasir seperti bayam, biasanya aku akan rendam sekejap dan akan buat kaedah rendam - tos berkali - kali bagi memastikan tiada pasir yang terlekat pada sayur bayam. Kalau culas bab sayur bayam ni, memang nanti korang makan sayur berpasir la gamaknya.
Kalau tanya aku, aku akan pakai kaedah #4 iaitu aku basuh menggunakan pencuci sayur dan buah. Hahaha. Make it simple. Boleh sahaja menggunakan kaedah #1, #2 dan #3 tapi kalau tidak dibuat dengan betul, kemungkinan penggunaan portion yang tidak tepat membuatkan ianya tidak efektif.
Ada banyak pilihan di pasaran, tapi aku pakai jenis ni sahaja (baca: ini sahaja yang dijual di pasaraya rumah aku). Pakai sedikit sahaja dah mencukupi dan tahan lama. Caranya senang sahaja, rendam dalam tempoh lebih kurang 10 minit, gosok- gosok manja sedikit dan basuh bersih - bersih.
Buah anggur sebelum dibasuh. Penampakan putih tu yang buat geram jer.
Biasanya aku rendam dalam 10 minit
Selepas rendam dan tos |
Sayur pun aku kaedah yang sama
Ok, jika sebelum ni kita basuh buah dan sayur dengan melalukan di air yang mengalir sahaja, sekarang masa untuk berubah dan tak boleh culas lagi dah kalau nak basuh sayur dan buah. Ini kerana racun yang disembur pada sayur dan buah adalah antara pembunuh senyap sistem immune tubuh manusia yang boleh menyebabkan long term cancer, masalah neurological, masalah buah pinggang dan masalah kulit. Semoga kita semua terlindung daripada segala bahaya dan kemudaratan.
Xo,
0 comments