Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang ke-59, Tourism Malaysia telah menyambut penubuhannya yang ke-50 bersama Program Keretapi Sarong baru-baru ini dengan dihadiri oleh kira-kira 50 wakil media (Malaysia, Indonesia, dan Filipina) dan LOCCO. Sambutan ini telah diadakan di KLCG Confectionery & Bakery yang juga simbolik bagi sambutan jubli emas ulang tahun ke-50 Tourism Malaysia (1972-2022).
Majlis yang berlangsung sempena Program Keretapi Sarong 2022 yang kembali menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang lalu dengan tema "Retro Kuala Lumpur" selepas dua (2) tahun tergendala disebabkan wabak Covid-19.
Kami semua telah dibawa dengan menaiki bas 'KL Hop-On-Hop-Off' di sekitar ibu negara dan tiba di Dataran Merdeka sebelum meneruskan lawatan ke Kuala Lumpur City Gallery (KLCG) Confectionery & Bakery. Sepanjang perjalanan menuju ke KLCG, kami semua menyanyi beramai-ramai diringi lagu-lagu retro yang diputarkan di bas seperti lagu Mat Disko, Chow Kit Road, 31 Ogos, Adikku Pandai Menari, dan lagu-lagu retro yang menggamit kenangan lalu. Dengan kesempatan ini, aku memilih untuk berada di ruang Open Deck dan berpeluang untuk melambai bersama-sama ke arah semua peserta Keretapi Sarong. Masa ni terasa diri seperti artis dan pelancong VIP ( baca : poyo kan?). Hahaha...
Ketibaan kami di Dataran Merdeka telah disambut dengan meriah dan satu (1) sesi bergambar beramai-ramai juga diadakan di papan tanda I Love KL yang merupakan tempat yang terbaik untuk bergambar terutamanya bagi para pelancong.
Kalau korang nak tahu, KLCG merupakan salah satu muzium yang mempromosikan budaya dan warisan negara melalui pameran gambar serta pameran model berskala.
Kami kemudiannya dibawa untuk menonton video promosi Tourism Malaysia yang bertajuk Amazing. Kalau korang nak tahu, video ini telah memenangi Anugerah Destinasi Asia 2020 di Bangkok. Tapi kan, aku perasan video ni sebenarnya banyak ditayangkan di ruang jualan televisyen di pasaraya-pasaraya besar. Serius, memang mantap dan padu video ni. Patutla dapat anugerah! Syabas Tourism Malaysia!
Acara kemuncak ini dengan acara pemotongan kek sempena Ulang Tahun yang ke-50 buat Tourism Malaysia. Selamat menyambut jubli emas Tourism Malaysia!
Kalau korang nak tahu, sajian makanan di KLCG Confectionery & Bakery ni, perghh..Sedap betul. Aku tak tipu tau. Korang boleh mencuba Black Forest Croissant (baca: sedap wehhh) dan mana-mana Signature Cronuts di sini seperti Seasonal Cronut dan Lotus Biscoff Cronut. Pilihan air pula aku memilih Jasmine Citrus dan Kopi Hainan. Memang terangkat sedapnya.
Sekalung terima kasih buat Tourism Malaysia serta KLCG dan selamat menyambut jubli emas buat Tourism Malaysia! Semoga pelancongan di Malaysia semakin mantap dalam mempromosikan Malaysia dan menjadikan Malaysia salah satu destinasi pelancongan yang terbaik bagi pelancong domestik serta pelancong luar negara.
No comments:
Post a Comment