Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
So Sedap hanya di Saras Delights Bakery and Cafe
Hello gais! Kali ni aku nak kongsikan satu tempat untuk anda mencuba hidangan homemade yang sedap dan miliki keunikan tersendiri dalam pembuatannya. Jika anda berada di sekitar Melaka, lebih spesifik di Ayer Keroh, apa kata anda mencuba merasai sendiri menu yang disediakan di Saras Delight Bakery dan Cafe yang terletak di lokasi di dalam Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka. Walaupun kedai ini terletak di dalam bangunan baru parkir lot hospital, haa tak usah gentar jika mahu ke sini. Eh maksudnya apa ni? Tidak semestinya pesakit ataupun pelawat sahaja yang boleh kunjungi ke sini, malahan jika anda mahu sahaja menyinggah untuk merasai makanan yang disediakan di sini, tiada masalah ya!
Kepelbagaian Menu
Pastri dan Kek
Terdapat empat (4) jenis pastri yang aku cuba makan di sini iaitu Butter Croissant, Cajun Chicken Croissant, Chicken Curry Puff, dan Cajun Chicken Baguette. Ehm..terasa kerangupan di luar dan lembut di dalam bagi setiap gigitan kerak pastri.
Bagi peminat manisan pula, anda boleh mencuba Moist Red Velvet Cake, Chocolate Brownie, dan Coffee Cake. Kek yang dihidangkan di sini, adalah tidak terlalu manis dan sangat sesuai jika anda masih berdiet tetapi craving nak makan kek! Kalau anda ingin cuba, adalah disarankan anda mencuba Chocolate Brownie kerana brownie di sini mempunyai rasa yang lebih ringan dan tidak terlalu padat. Orang Melaka kata, just nice yet delicious!
Western
Kebiasaannya, hidangan pizza sememangnya menjadi kegemaran ramai. Dapat-dapat pula jika pizza buatan sendiri adalah sangat istimewa kerana ia mempunyai sentuhan kasih sayang daripada tukang masak sendiri. Antara pilihan pizza yang terdapat di sini adalah seperti Cheese pizza, Cajun Chicken pizza, Hawaiian pizza dan Vegetarian pizza.
Selain menu western, Saras Delights juga mempunyai pilihan menu bagi penggemar menu Asian Delights. Antara menu yang sering menjadi kesukaan pelanggan di sini adalah Kari Laksa Nyonya.
Kalau nak tahu, Kari Laksa Nyonya di sini mempunyai cetus rasa yang unik dan berbeza kerana menurut Puan Sara, semua makanan yang dibuat adalah menggunakan bahan-bahan yang segar dan jika terdapat lebihan bahan, ianya tidak akan digunakan. Dengan satu (1) suapan sahaja, anda boleh merasai kepekatan kuahnya yang sedap dan makan sambil tutup mata la orang Melaka kata! Kalau datang ke sini, jangan lupa untuk mencuba menu ni tau!
Selain itu, terdapat juga menu seperti bakso, mee siam dan nasi ayam teriyaki. Kalau menu Asian Delights ni, aku akan undi Kari Laksa Nyonya dan Mee Siam. Kalau makan mee siam ni, anda boleh cakap Thai terus! Tak percaya, lepas anda mencuba mee siam confirm anda akan cakap ‘Aroy!!!’
Nasi
Apabila musim perayaan, masakan rendang samada daging atau ayam adalah antara menu yang wajib ada di rumah rumah dan juga majlis rumah terbuka. Rasa tak lengkap tanpa rendang yang dicicah dengan ketupat atau rendang. Namun begitu, anda tak perlu untuk menunggu pada musim perayaan, di Saras Delights anda boleh mencuba Nasi Rendang Ayam yang merupakan masakan resepi rendang Peranakan Melaka.
Minuman
Antara minuman yang menjadi kesukaan di sini ialah Premium Iced Chocolate dan Air Lemon yang sedap. Jika anda ingin mencuba air lemon, air yang dihasilkan adalah secara buatan tangan yang mana buah lemon perlu diperah dan gula disukat dengan betul agar rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu masam.
Ayuh jika berkunjung ke Melaka, jangan lupa untuk penuhi selera anda di sini. Semua masakan yang dihidangkan adalah menggunakan pes buatan sendiri dan dijamin segar.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh kunjungi di :
Laman Sesawang :
Intagram: sarasdelights_bakery dan Facebook: @Saras Delights.
Alamat :
Lot 1 & 2, GF Block D, Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka.
Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat - 7am hingga 7pm
Sabtu - 7am hingga 5pm
Tutup pada hari Ahad & Cuti Umum
2 comments
menarik ye cafe dalam hospital. nampal makanan pun sedap2
ReplyDeletekan....tak payah pi jejauh untuk cari makanan yg sedap
Delete