Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Baru-baru ini aku telah mendapat surat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengatakan aku telah disahkan hilang layak untuk terus dikekalkan dalam daftar pemilih di bawah kategori pengundi tidak hadir (PTH). Mahu tak mahu, aku kenalah mengemaskini maklumat kawasan pendaftaran berdasarkan alamat mastautin sekarang dengan membuat permohonan pertukaran bahagian pilihan raya /status.
Ok, terdapat tiga (3) cara untuk membuat permohonan pertukaran bahagian pilihan raya atau status iaitu:
1. Secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
2. Pejabat Pos berhampiran; atau
3. Pejabat pilihan Raya Negeri.
Sejujurnya, aku akan pilih cara satu (1) iaitu secara dalam talian kerana lebih mudah dan jimat masa.
Cara daftar pemilih online
Oleh kerana namaku berada dalam status PTH, maka aku kena mendaftar baharu bagi mendapatkan status sebagai pengundi. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti :
- Layari portal http://www.spr.gov.my.
- Tekan pada butang MYSPR DAFTAR.
- Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU.
- Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
- MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
- Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
- Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
- Klik menu STATUS SAYA.
- Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
- Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
- Setelah selesai, tekan butang HANTAR.
- Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
- Skrin Borang A (Pertukaran Alamat) akan dipaparkan.
- Kemaskini / isikan alamat yang ingin ditukar.
- Buat pengesahan dan tekan butang HANTAR/CETAK BORANG A.
Selepas itu, tunggu pengesahan status untuk lulus di email yang telah didaftarkan sebelum ini.
Ok, selamat mengundi. Undi adalah rahsia (heh?).
good info. esok boleh tukar dah. jauh pulak mengundi kat penang tu haha
ReplyDeletehaaa...senang nak mengundi kalo dekat dgn tmpt tinggal....
ReplyDelete