Sunday, September 18, 2022

Acara Paling Unik Untuk Sambut Hari Malaysia!





Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.








Bertemakan retro, salah satu acara unik iaitu Keretapi Sarong yang sememangnya 'havoc' telah kembali bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
 









Berkumpul seawal 8.30 pagi di stesten pilihan, para peserta begitu teruja dengan mengenakan busana retro (ilham dari tahun 60an, 70an dan 80an) terbaik mereka bersama-sama kain sarong mengikut kreativiti masing-masing.











Sepanjang perjalanan menuju ke ke lokasi rahsia iaitu ke Pavilion Kuala Lumpur, semua peserta kelihatan sungguh girang sambil menyanyi beramai-ramai di dalam keretapi seperti lagu Rasa Sayang, Saya Anak Malaysia, Warisan, dan beberapa lagi buah lagu yang menjadi pilihan ramai.







Hampir lima (5) ribu peserta telah mengambil bahagian pada acara ini yang sememangnya meninggalkan kenangan terindah dan 'rare'. Ayuh! Marilah beramai-ramai mengambil bahagian untuk tahun depan pula! Kena rasai sendiri 'the feels' macam lagu kumpulan Twice.









Terima kasih LOCCO sebagai pengajur acara yang hebat, serta para kolaborasi seperti Tourism Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Prasarana, MRT Corporation, KLIA Transit, KTM, Malaysia Airport, Air Asia, Teva, Wardah, Emina, Kahf, Belhams, Nur Afifi Mohamed Taib, Batik Boutique, Buletin Fm, dan Tudung People dalam menjayakan acara dengan penuh warna - warni dan meninggalkan kemanisan dalam kenangan !!!












Btw, semua kelihatan seronok. Tapi seronok-seronok pun masih kena beringat juga sebab Covid-19 masih ada. Stay safe everyone . Selamat Hari Malaysia!!!



xoxo

2 comments:

  1. macam best je event ni. hope next year dapat join

    ReplyDelete
  2. hihi...ajoomsss! syok tau...lagipun beramai-ramai takdelah rasa segan skit bila pakai rare ni..hihihihihihi

    ReplyDelete