Selamat Hari Kebangsan Malaysiaku Yang Ke-65!

By kin - August 30, 2022


Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



 

#logo #malaysia #merdeka2022 #tema

Setelah dua (2) tahun sambutan secara besar-besaran tidak dapat diadakan susulan COVID-19, sambutan tahun ini dijangka mampu memperingatkan masyarakat mengenai peristiwa sejarah dalam mencapai kemerdekaan walaupun dunia belum bebas sepenuhnya daripada wabak berkenaanCabaran yang dialami masyarakat terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat dapat memberi penghayatan lebih baik tentang erti kemerdekaan kepada masyarakat. Semasa era penjajahan juga kita tidak bebas, banyak kesusahan dialami rakyat dan apabila kita imbas kembali, ada perkara berkaitan COVID-19 ini mengingatkan kita pada sejarah lalu, antaranya bagaimana masyarakat bersatu dan membantu mereka yang terkesan. Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos ini bakal disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka selepas dua (2) tahun diraikan secara sederhana bagi mengurangkan perhimpunan ramai susulan COVID-19 dan kali terakhir ia diraikan  pada tahun  2017.

 

#merdeka2022 #harikebangsaan #merdeka #keluargaMalaysia

Namun begitu, keterujaan masyarakat dalam berkongsi erti kemerdekaan dapat dilihat dengan pelbagai pertandingan yang diadakan oleh kebanyakkan pihak. Antara yang popular adalah pertandingan busana kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan untuk digayakan oleh anak-anak ke sekolah. Walau bagaimana pun, harus kita ingat bahawa pemakaian bendera Malaysia haruslah dihormati dengan cara - cara seperti berikut:

DIBENARKAN

TIDAK DIBENARKAN

Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja

 

Bendera tidak boleh disambung pada kedudukan menegak dalam kuantiti yang banyak (flagline)

Jika disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline), kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga

Bendera segitiga tidak boleh disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline)

 

Bendera boleh disambung pada kedudukan melintang dalam kuantiti yang banyak

Banner Malaysia tidak boleh dikibarkan secara melintang

 

Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia bermula dengan jalur bewarna merah dan diakhiri dengan jalur bewarna putih

 

Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sampin, pakaian dan sebagainya adalah tidak dibenarkan

Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah,putih, biru dan kuning) sahaja dibenarkan

Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera adalah tidak dibenarkan

Banner Malaysia harus mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjangnya

 

Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan tidak dibenarkan

 

Penggunaan bendera dalam penghasilan logo tidak dibenarkan

 

Penggunaan bendera dalam infografik tidak dibenarkan bertindih di antara teks dan bendera



#merdeka2022 #harikebangsaan #merdeka #keluargaMalaysia

#merdeka2022 #harikebangsaan #merdeka #keluargaMalaysia

#merdeka2022 #harikebangsaan #merdeka #keluargaMalaysia

#merdeka2022 #harikebangsaan #merdeka #keluargaMalaysia

Adalah menjadi harapan kepada kita semua agar dapat menghormati Jalur Gemilang dan bersama kita mempraktikkan cara penggunaan Jalur Gemilang dengan betul! 


Sumber infografik : Merdeka360



  • Share:

You Might Also Like

2 comments