Pulau Benan ~ Destinasi 'hidden gem' di Batam

By kin - July 26, 2022


Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

 

 

Indonesia memiliki pulau - pulau dan pantai - pantai tropika yang cantik dalam kuantiti yang banyak. Ini tidak terkecuali pulau - pulau yang terdapat di Batam.

 

#wonderfulindonesia #wisata #batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #benanislandresort #pulaubenan #benanisland #riau #nature  #beach #beautiful #famtrip #indonesia #batam,

Jika anda ingin bercuti ke Batam, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sebuah destinasi 'hidden gem'  iaitu Pulau Benan.  Pulau Benan yang juga dikenali sebagai Bali Kecil ini terletak di Kabupaten Lingga, Provinsi Kepri. Meskipun pulau ini mempunyai keluasan yang kecil, namun pulau ini mampu membuatkan anda terpesona dengan keindahan semulajadinya dengan hamparan pasir yang memutih dengan deretan lambaian pokok -pokok kelapa.

 

Untuk menjejakkan diri ke Pulau Benan, anda perlu menaiki bot selama lebih kurang 25 minit dari Jeti Pulau Labun. Suasana di Pulau Benan ini memang tenang dan santai.  Sangat sesuai untuk anda yang nak layan perasaan atau untuk hilangkan rasa tekanan stress bekerja.

 

Banyak juga aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini. Antaranya yang perlu anda cuba ialah 'snorkeling' ataupun 'dive' di sini. Dikhabarkan pulau ini menjanjikan keindahan batu karang serta kehidupan laut yang menarik. Rugi sekiranya anda tidak bermalam di pulau ini. Masakan tidak, keindahan 'sunrise' dan 'sunset' boleh dinikmati kedua-duanya di sini. Anda juga boleh menginap di Benan Island Resort. 

 

Benan Island Resort

 

#wonderfulindonesia #wisata #batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #benanislandresort #pulaubenan #benanisland #riau #nature  #beach #beautiful #famtrip #indonesia #batam,


#wonderfulindonesia #wisata #batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #benanislandresort #pulaubenan #benanisland #riau #nature  #beach #beautiful #famtrip #indonesia #batam,


Ketika anda memasuki perkarangan Benan Island Resort ini, pastinya anda akan terpaku dengan kekemasan tempat  yang rapi, kemas dan indah di sini dengan hamparan rumput yang menghijau. Benan Island Resort ini menyediakan penginapan yang sangat selesa sesuai dengan mood percutian anda. Anda boleh memilih samada untuk menginap di villa ataupun secara glamping. Nah! Kedua-dua penginapan ini sememangnya menjanjikan pemandangan yang sangat cantik, terus mengadap pemandangan  laut yang kebiruan. Indah sekali bukan? 

 

#wonderfulindonesia #wisata #batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #benanislandresort #pulaubenan #benanisland #riau #nature  #beach #beautiful #famtrip #indonesia #batam,


Di sini, anda boleh berkayak ataupun berbasikal di sekeliling kampung. Jangan risau, para penduduk kampung di sini baik belaka serta peramah dengan senyuman. Jika anda  ingin menghilangkan haus atau mahu sahaja bersantai bermalasan, anda juga boleh ke Coconut Beach Club. Anda boleh menikmati minuman sambil melayan perasaan di sini. Jika anda seorang yang 'happening', boleh juga membuat lontar suara atau menyumbangkan beberapa lagu di sini. 

 

#wonderfulindonesia #wisata #batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #benanislandresort #pulaubenan #benanisland #riau #nature  #beach #beautiful #famtrip #indonesia #batam,

Bagi pencinta alam, terdapat juga jambatan kayu menuju ke hutan paya bakau. Di penghujung jambatan ini, pihak resort juga ada menyediakan 'buaian' untuk anda merasai sendiri pengalaman suasana di sini. Dikhabarkan juga, anda boleh menikmati sajian pemandangan taburan bintang-bintang di langit. 

 



#wonderfulindonesia #wisata #batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #benanislandresort #pulaubenan #benanisland #riau #nature  #beach #beautiful #famtrip #indonesia #batam,

Selain itu, resort ini juga sesuai bagi meraka yang ingin membuat 'team building' ataupun 'family day'. Ini kerana, resort ini mempunyai kawasan yang luas untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Selain mengeratkan perhubungan, anda juga dapat berkongsi kenangan dengan menikmati keindahan di pulau ini.

 

Untuk keterangan lanjut tentang resort ini, anda bolehlah melayari/hubungi :

 

Facebook : https:/www.facebook.com/benanislandresort

 

Instagram : https:/www.instgram.com/benanislandresort

 

Email : benanislandresort@gmail.com

 

Tel : +62 822 115 8899

 

 

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba merasai sendiri pengalaman yang indah di Pulau Benan ini. Pasti anda tidak akan berasa rugi bahkan akan menyimpan kenangan yang terindah.

 

 

 



  • Share:

You Might Also Like

1 comments