Hotel Trinidad Suites Puteri Habour ~ Hotel Mesra Keluarga Yang Perlu Anda Tempah Jika Berada Di Johor Bahru

By kin - July 31, 2022

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

 

 

Bagi orang di Johor Bahru, nama Puteri Habour bukanlah satu nama yang asing bagi mereka. Kalau anda nak tahu, di sinilah tempat baharu untuk mereka yang gemar mengambil gambar untuk OOTD (outfit of the day). Di sini, menjanjikan satu pemandangan yang indah dan menarik kerana Puteri Habour ini merupakan satu kawasan strategik untuk orang ramai berkunjung serta beriadah di sini terutamanya pada waktu petang di hujung minggu dan pada cuti umum.

 

#hotelpool #luxuryhotels #4starhotel #hotelstyle #hoteliers #hotelstay #besthotel #hotelroom #hotellife #hotels #puterihabour #johorbahru #hoteltrinidadsuites

Kedudukan hotel yang strategik di Puteri Habour memberikan satu kelebihan untuk anda memilih hotel ini. Selain berada tidak jauh dari Taman Tema Legoland dan Johor Premium Outlet (JPO) ,  hotel ini juga berdekatan dengan terminal feri Puteri Habour. Dengan jarak yang dekat dengan terminal, ini agak mudah bagi anda jika ingin berkunjung ke  Singapura dan Indonesia khasnya di Batam dengan menggunakan perkhidmatan feri. Kedudukan hotel ini dikelilingi banyak kedai-kedai makan serta restauran cafe yang hanya boleh berjalan kaki saja. Menjelang waktu petang, anda sekeluarga boleh juga mengambil angin di tepi tasik berdekatan dengan tempat pelabuhan kapal-kapal mewah di sekitar Marina Walk Puteri Habour.

 

#hotelpool #luxuryhotels #4starhotel #hotelstyle #hoteliers #hotelstay #besthotel #hotelroom #hotellife #hotels #puterihabour #johorbahru #hoteltrinidadsuites

Hotel ini merupakan sebuah hotel penginapan bertaraf 4 (empat) bintang yang mempunyai sebanyak 202 bilik merangkumi  seperti berikut:

 

Studio Executive (Twin)

Studio Premier (King)

One Bedroom Deluxe 

One Bedroom Executive

One Bedroom Duplex

Two Bedroom Deluxe

Two Bedroom Executive

Two Bedroom Premier

Three Bedroom Premier

 

Kemudahan yang disediakan

 

#hotelpool #luxuryhotels #4starhotel #hotelstyle #hoteliers #hotelstay #besthotel #hotelroom #hotellife #hotels #puterihabour #johorbahru #hoteltrinidadsuites

Hotel ini mempunyai satu kelebihan besar iaitu mempunyai kolam infiniti yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan luar biasa. Kolam infiniti ini mempunyai kolam untuk dewasa serta kanak- kanak. Pemandangan yang mengadap deretan kapal-kapal mewah serta negara Singapura nun jauh di sana memberikan satu pengalaman yang indah untuk bermandi - manda di sini sambil mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan.

 

Bagi mereka yang bercuti bersama keluarga yang besar serta mempunyai anak kecil, kadang -  kala banyak pakaian yang dibawa perlu dicuci atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari kedai dobi di sekitar sini. Ini kerana hotel ini menyediakan ruang untuk perkhidmatan dobi layan diri. Anda boleh membasuh baju tanpa perlu keluar dari hotel. Mudah bukan?

 

#hotelpool #luxuryhotels #4starhotel #hotelstyle #hoteliers #hotelstay #besthotel #hotelroom #hotellife #hotels #puterihabour #johorbahru #hoteltrinidadsuites

Selain itu, hotel ini mempunyai gimnasium bagi mereka yang sememangnya sentiasa menjaga kesihatan badan. Ruang yang disediakan adalah sangat selesa dan dibuka seawal 6 pagi sehingga 10 malam.

 

#hotelpool #luxuryhotels #4starhotel #hotelstyle #hoteliers #hotelstay #besthotel #hotelroom #hotellife #hotels #puterihabour #johorbahru #hoteltrinidadsuites

Jika anda ingin bersarapan, anda boleh datang ke Kembali Kitchen yang merupakan ruang makan dengan menyediakan pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian makanan yang disajikan adalah sesuai untuk semua peringkat umur.

 

Jika anda ingin menginap di sini dan mempunyai rancangan untuk mengadakan ‘event’ yang memerlukan ruang yang luas, di sini terdapat ruang acara samada berbumbung atau tidak bagi mengadakan apa-apa acara seperti berzumba secara berkumpulan,  membuat majlis BBQ bersama keluarga ataupun apa-apa acara yang bersesuaian.

 

Review Bilik :  One Bedroom Deluxe 

 

Kedatangan kami ke Hotel Trinidad Suites disambut mesra oleh semua kakitangan yang terlibat. Walaupun masih terasa penat, namun melihat senyuman mesra daripada meraka menghilangkan rasa kepenatan selepas berkelana ke Batam hampir 4 (empat) hari di sana.


Aku dan Bae telah mendapat bilik penginapan berjenis One Bedroom Deluxe. Sejurus memasuki bilik ini, memang wow sebab terasa sangat luas seumpama berada di dalam rumah. Bilik ini memang sangat sesuai untuk mereka yang ingin bercuti berdua. Ruangan dapur dengan meja bar memberikan impak minimalis dan terasa selesa. Di ruang dapur ini juga terdapat peti sejuk, cerek elektrik, microwave serta pembakar roti. Set perkakas dapur seperti kutleri disimpan dengan selamat di dalam ruang almari.

 

Memasuki pintu terus kami nampak ruang tamu yang menyediakan sofa yang selesa untuk duduk dengan set televisyen pelbagai saluran terkini. Di ruang ini mempunyai pintu untuk membahagikan antara ruang tamu dan bilik tidur.

 

#hotelpool #luxuryhotels #4starhotel #hotelstyle #hoteliers #hotelstay #besthotel #hotelroom #hotellife #hotels #puterihabour #johorbahru #hoteltrinidadsuites

Ketika melalui ruang ke bilik tidur, kami akan melalui ruang yang mana di sebelah kanan kami menempatkan almari baju yang sangat luas manakala di sebelah kiri kami pula terdapat bilik mandi yang sangat selesa.

 

Hotel ini mengamalkan konsep ke arah bumi hijau (Go Green) yang mana bagi aku ini adalah salah satu usaha yang sangat murni dan wajar dilaksanakan oleh semua pemilik hotel.

 

#hotelpool #luxuryhotels #4starhotel #hotelstyle #hoteliers #hotelstay #besthotel #hotelroom #hotellife #hotels #puterihabour #johorbahru #hoteltrinidadsuites

Bilik tidur yang kami akan menginap ini memang terasa sangat selesa apabila aku melabuhkan badan di katil. Selain itu, kemudahan dan  peralatan (room amenities) yang turut disediakan ialah :

 

Fridge (mini)

Hob

Microwave

Electric kettle

Cleaning supplies

Free tea bags/instant coffee

Shower

Rainfall shower head

Toilet paper

Towels provided

Soap

Bathrobes

Bidet

Hairdryer

Free toiletries

Slippers

50-inch LED TV with cable service

Air conditioning (2 unit)

 

 

Secara keseluruhan, jika anda ingin bercuti ke Johor Bahru, jadikan hotel ini sebagai pilihan pertama anda untuk mendapatkan tempat penginapan yang sangat selesa bagi anda seisi keluarga. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Hotel Trinidad Suites serta promosi yang sedang berlangsung, anda boleh hubungi :

 

Elyana : 010-889 4089 & Sarimah : 012-705 7115

 

 

 Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor

 

LAMAN WEB : Trinidad Suites Puteri Harbour

FACEBOOK : Trinidad Suites Puteri Harbour

Instagram : Trinidad Suites Puteri Harbour

E-MAIL : reservations@trinidadputeriharbour.com

TELEFON : +6072830488

LINKTREE : Trinidad Suites Puteri Harbour | Linktree

 

 

 

 




  • Share:

You Might Also Like

2 comments