Mai Cheq Mai Kedah ~ AMD Resort & Camp Perik

By kin - November 26, 2021

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

 

 

                      Mai Cheq Mai Kedah ~ AMD Resort & Camp Perik

 

#amdresort #kedah #maicheqmai #tourismkedah

 

Jika  inginkan percutian yang tenang sambil layan makan gulai ikan termenung yang super sedap sambil merendam kaki di sungai atau berpesta makan durian,  anda kena cuba menginap di sini dan merasai pengalaman berharga di sini.

 

Pengenalan

AMD Resort & Camp Perik terletak di Kampung Perik, Kuala Nerang, Kedah dan sejauh hampir 376km dari Kuala Lumpur. Nama AMD ini sendiri merupakan initial nama kepada pemilik resort ini  iaitu Dato Ahmad Mad Daud. Sebenarnya tempat ini sudah lebih 20 tahun beroperasi secara berkonsep tapak perkhemahan namun begitu ianya  telah ditukar konsep kepada resort bermula tahun 2019. Semenjak PKP 1.0, tempat ini telah dinaik taraf secara besar-besaran bagi memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk para pengunjung. Selain itu, tempat ini sangat terkenal ketika musim buah-buahan terutamanya bagi peminat buah durian. Jika inginkan suasana kampung dan kenduri makan durian, haaa di sinilah tempatnya.

 

 

Apa yang menarik tentang AMD Resort & Camp Perik ni? 

Untuk merasai satu pengalaman menginap di dalam suasana yang menyegarkan, dikelilingi keindahan alam semula jadi dan jauh dari kesibukkan bandar, apa kata singgah di AMD Resort & Camp Perik ni. Selain menyediakan kemudahan seperti tempat penginapan terdapat juga dewan aktiviti (gelanggang badminton/futsal), padang, aktiviti lasak seperti lemur terbang dan mendaki, cafe, surau, tandas, pondok  dan sudah tentu sungai untuk mandi - manda.  

 

#amdresort #kedah #maicheqmai #tourismkedah

#amdresort #kedah #maicheqmai #tourismkedah

AMD Resort & Camp Perik menyediakan 3 (tiga) jenis penginapan iaitu  rumah Warisan, kabin pelangi dan juga  tapak perkhemahan bagi yang menyukai pengalaman beraktiviti lasak. Bagi mereka yang tidak mempunyai peralatan perkhemahan, jangan risau kerana pihak AMD ada menyediakan sewaan khemah (Igloo tent yang boleh memuatkan sehingga 4 orang) dan tempat membakar (BBQ). Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan tandas yang dilengkapi dengan bilik mandi / persalinan bagi memudahkan para pengunjung luar yang datang untuk bermandi manda dan juga kepada para pengunjung yang berkhemah di situ. 

Selain daripada itu, pihak AMD Resort & Camp Perik juga menyediakan tempahan untuk sambutan hari jadi, majlis perkahwinan serta untuk family gathering/reunion.


 

Penginapan

 

Terdapat tiga (3) jenis penginapan yang disediakan di sini iaitu rumah Warisan, kabin pelangi dan juga  tapak perkhemahan.

 

Rumah Warisan

Merupakan rumah yang berkonsepkan kampung yang mengandungi beberapa jenis bilik untuk didiami yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Rumah ini boleh memuatkan hampir 30 orang sekaligus pada satu-satu masa yang sangat sesuai untuk mereka yang mengadakan family gathering. Haa bagi mereka yang inginkan penginapan rumah kampung, anda boleh membuat pilihan penginapan di sini. Uniknya, tandas bagi rumah Warisan ini adalah di luar rumah. (kata kampung style bukan?)

 

Kabin Pelangi

Merupakan kabin yang sungguh ceria dengan warna pelangi  yang berkonsepkan ala-ala dormitary. Boleh mengimbau kenangan pahit manis ketika duduk di asrama gitu. Di sini, setiap bilik boleh memuatkan enam (6) orang dan terdapat tandas di dalamnya.

 

Tapak perkhemahan

Bagi penggemar aktiviti perkhemahan, pihak AMD Resort & Camp Perik juga menyediakan tapak perkhemahan yang bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan.

 

 

Makanan

 

#amdresort #kedah #maicheqmai #tourismkedah


Selain kenduri makan buah-buahan terutamanya durian, di sini juga terkenal dengan konsep makan dalam sungai. Haa apa tu makan dalam sungai ni? Makan lauk berkonsepkan kampung seperti gulai ikan termenung, talapia goreng dengan sambal belacan berserta ulam-ulaman dan lauk pauk yang lain sambil merendam kaki di sungai. Kalau selepas makan nak terus mandi sungai pun boleh tau.

                      #amdresort #kedah #maicheqmai #tourismkedah

Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati hidangan pagi, tengah hari dan malam di Cafe Warisan yang telah memulakan operasinya secara rasmi beberapa bulan lepas. Terdapat juga pengunjung dari penduduk setempat yang datang untuk menikmati makanan pada waktu malam bersama keluarga dengan bunyi deruan air sungai dan udara yang segar.

 

Aktiviti 

Di sini terdapat juga gelanggang badminton/futsal yang berbumbung untuk mereka yang meminati sukan dan berekreasi bersama-sama rakan. Di sini memang tak sunyi dek gelak tawa mereka yang bermain badminton/futsal pada waktu malam terutamanya pada waktu malam.

 

#kedah #amdresort #maicheqmai #tourismkedah

Bagi penggemar alam sekitar, apa kata cuba mendaki bukit di belakang AMD Resort & Camp Perik. Daki seawal pagi untuk menikmati pemandangan awan karpet yang sungguh indah. Memang tak rugi dan berbaloi untuk mendapatkan pemandangan sebegitu. Kalau tak silap, bukit ini hanya setinggi 250m dari paras laut  sahaja.  Selain itu, terdapat juga aktiviti lemur terbang (flying fox) untuk mereka yang ingin mencuba tahap adrenalin masing-masing.

 

 

#amdresort #kedah #maicheqmai #tourismkedah

Di sekitar AMD Resort & Camp Perik ini, terdapat projek daripada Padang Terap iaitu Projek “My Kampung My Future” yang mengetengahkan produk-produk yang dihasilkan oleh penduduk kampung untuk dikomersialkan di seluruh Kedah mahupun serata negara. Projek Kuih Batang Buruk ini berdekatan iaitu hanya bersebelahan dengan AMD Resort & Camp Perik. Anda mesti cuba kuih ini kerana kuih batang buruk ini mempunyai secret recipenya yang tersendiri. Didatangkan dengan dua (2) jenis iaitu batang buruk original dan batang buruk coklat. Memang tak rugi mencuba selain penghasilan kuih ini adalah ‘fresh from oven’.

 

#amdresort #kedah #maicheqmai #tourismkedah

Selain Projek Kuih Batang Buruk, terdapat juga Projek Ternakan Kelulut. Uniknya ialah ternakan ini hanya dilaksanakan di kawasan rumah yang mempunyai hampir 80 buah sarang kelulut. Selepas merasai madu kelulut ini, ianya sangat sedap dan tidak terlalu masam atau manis. Just nice bak kata orang Kedah. Madu ini memang sangat sedap kerana faktor persekitarannya yang memainkan peranan iaitu lebah kelulut mendapatkan nektar di sekitar hutan yang berhampiran di sini. 


Jadi, jika ada rancangan percutian ala-ala balik kampung, apa kata anda layari Facebook dan search  AMD Resort & Camp atau hubungi di talian  0176883795 / 0105107003 / 0193306528 / 0194443028 untuk tempahan dan  sebarang pertanyaan lanjut. Sebelum melabuh tirai, saksikan pemandangan dari atas dengan mengklik video di bawah ini. 


                                              


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments