Macam mana nak simpan gambar travel banyak-banyak ni?

By kin - April 04, 2020

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



Sebenarnya, aku memang mengalami masalah lambakan gambar-gambar dalam simpanan. Nak print secara fizikal @ photobook (masa 3-4 tahun je rajin) tapi lama kelamaan dah malas sampai satu tahap, simpanan dalam komputer@external hard disk dah tak mencukupi. Isskkkk....Aku sebenarnya dah ada rasanya lebih kurang tiga (3) external hard disks. Semuanya mengandungi koleksi gambar peribadi dan movies

Jadinya, aku terpaksalah mencari another alternatif cara nak simpan lambakan gambar-gambar aku ni. Itula, suka sangat ambil gambar, lepas tu tak reti nak susun dan simpan betul-betul (padan muka aku). 

Disebabkan MCO (Movement Command Order) dah masuk fasa ke-dua, aku pun dah jadi tak berapa betul sampai hari apa..Tarikh apa pun aku dah tak dapat nak pastikan...Hahaha, kronik betul aku ni. Pending drafts blog ni sahaja dah melebihi sepuluh (10). Banyak tapi itulah, sampai sekarang aku tak jumpa ubat untuk penyakit aku ni iaitu M = MALAS + kurang idea nak menulis walaupun isi ada. Senang cerita, memang malas. (my bad...)

Cari punya cari, akhirnya dapatla jumpa beberapa tips untuk simpanan dalam clouds. Antara yang popular dan pernah aku gunakan ialah Dropbox, OneDrive, Google Drive dan Flicker. Jadinya, aku nak try application cloud yang baru iaitu Mega.nz yang menawarkan secara percuma 50GB. Banyak juga tu walaupun suku daripada simpanan aku. Oklah, siapa nak bagi kan. Boleh masuk ke website tersebut di sini.



Kalau tak mahu yang free sebanyak 50gb tu, korang bolehla ambil yang berbayar seperti gambar di atas. Kalau rasa berbalaoi-baloi, apa salahnya kan.....




Selepas daftar dan muat turun di komputer, pastikan korang ingat betul-betul kata lalaun sebabnya, kalau lupa kata laluan, hilanglah semua data di cloud. Huhuhu...lagi haru biru. Oklah, rasanya kapasiti storage dalam komputer ni dapat dikurangkan selepas aku memindahkan a few folder di cloud storage.

Selamat mencuba....

  • Share:

You Might Also Like

0 comments