Review Buku : Cip

By kin - March 22, 2020

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.






Kali ni, aku nak review sebuah buku. Agak lama aku tak review buku. Yelah, sejak ada facebook ni, dah makin jarang aku membaca secara fizikal. Eh, nak salahkan facebook pula yea..huhuhu


Ok, buku ni sebenarnya bukan aku punya walaupun aku yang beli, hahaha. Kepunyaan anak aku. Oklah, aku cuba membacanya demi mengisi masa lapang. Buku ni sebenarnya mempunyai tiga (3) orang penulis yang membawa aliran cerita berlandasan tema ini iaitu CIP

Review ni adalah pendapat peribadi aku. Sejujurnya ya.

Penulis pertama

Kita mulakan dengan penulis pertama, iaitu Fitri Hussin. Secara keseluruhannya, pembawaan cerita oleh Fitri ini seolah² aku menonton cerita ala² James Bond. Bolehla penceritaannya even aku ni macam jenis..ehmm..ok..bolehla...Jadi, aku meneruskan pembacaan sambil memikirkan bahawa penulis ini benar-benar die hard fan cerita ala-ala James Bond or cerita perisikan yang biasa kita tonton di pawagam. 

Penulis kedua

Penulis kedua pula iaitu Arifful Baqi pula membawa pembaca ke alam cerita ala-ala Terminator lakonan oleh Anodsusahnakejaa. (hahaha). Berkisarkan cip yang ditanam di dalam pangkal kepala yang akan/boleh membawa kepada kemusnahan manusia sejagat. Plot cerita yang dibawakan oleh Arifful ini ada sedikit twist di dalam jalan cerita. Berjaya membuatkan aku bersalah sangka pada watak yang dibawa di dalam cerita ini.

Penulis ketiga

Ditulis oleh Sufi Abqari yang membawa jalan cerita yang sangat bersahaja. Maksud aku, memang gaya penceritaan beliau tanpa mengikut mana-mana gaya jalan cerita movie blockbuster. Thumb up. Namun begitu, cerita yang disampaikan terlalu sedikit dan ringkas. 


Kesimpulan

Aku rasa penerbit buku ini perlu menyemak beberapa kali kerana aku perasan terdapat beberapa kesalahan format di dalam buku ini. Ada banyak juga terutamanya di dalam kandungan cerita penulis pertama. Penulis ketiga pula mempunyai nama yang salah. Maksud aku, errkk macam mana nak cerita yea... Plot nama si A, tetapi ada beberapa kali nama si B yang dipetik. Jadinya, aku terpaksa membaca banyak kali di beberapa perenggan untuk memastikan supaya aku betul-betul tak tersalah baca. 

Secara keseluruhan, aku sebenarnya suka penceritaan yang dibawa oleh penulis kedua. Memang lekat dalam kepala cerita itu. Tahniah diucapkan.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments