Bukit Maragang - Keindahan diselimuti kabus angin negeri di bawah bayu

By kin - March 26, 2020


Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Salah satu daya tarikan baru di sekitar Ranau adalah trek pendakian ke Bukit Maragang yang merupakan salah satu produk eko-pelancongan bagi para penduduk di Kampung Mesilou, Ranau, Sabah. Trek ini telah dibuka pada 16 September 2017 yang diurus selia oleh Pejabat Pengurusan Mesilou Volunteer Club (MEVOC). Pendakian ini perlu berdaftar samada secara walk in ataupun menempah sekurang-kurangnya tiga (3) hari terlebih dahulu. Orang awam tidak dibenarkan menaiki trek ini tanpa guide atau malim. 

Untuk pengetahuan umum, Maragang bermaksud monyet merah yang hanya boleh didapati di kawasan Kepulauan Borneo. Jika bertuah, dapatlah berjumpa dengan Maragang ini yang mempunyai sifat tidak mesra alam dengan persekitarannya. 

Sebenarnya, kami tiada plan sebetul-betulnya untuk mendaki di sini. Namun, kami decided last minute sebab plan asal adalah untuk snorkelling di Pulau Mantanani. Plan snorkelling terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Soobs sobs…




Walau bagaimana pun, akhirnya tercapai hajat untuk mendaki Bukit Maragang ni. Terima kasih kepada our guide, Bro Aflie..steady jak layan kami yang nda fit...Walaupun cuaca sangat berkabus dan hujan sepanjang perjalanan pulang..Ada yang jatuh beberapa kali (hahaha) namun begitu kami semua enjoy! Akinabalu pun tak nampak, hanya berkabus je.. (nak suh datang lagi la ni...tapi kena ambil pakej sunrise la gini...)







Pendakian kami dimulakan seawal jam 6.00 pagi dengan menaiki 4wd yang menjemput kami di Rocky Lodge dalam tempoh perjalanan masa hampir 15 minit. Setelah sampai di Starting Point, kami telah diberi taklimat ringkas oleh Bro Aflie dan pendakian pun bermula. (..dah turun dari Bukit Maragang ni baru perasan yang kami semua tidak membuat sebarang senaman ringkas, nasib baik tiada kecederaan seperti kekejangan otot…huhuhu).



Pendakian ini sebenarnya tidak terlalu susah atau senang, kira berada di tengah-tengah la. Namun begitu, Sara dah merasai perubahan altitude apabila mula menunjukkan symptom seperti sakit kepala, sesak nafas dan muntah. Masa tu baru 15 minit pendakian dan Bro Aflie mencadangkan untuk membawa Sara turun ke pejabat Movic. Biasalah kalau keras kepala tu tak menurun ke anak, Sara bertegas juga untuk mendaki.


Sejujurnya, aku ingat aku akan pewai seperti mana aku mendaki di Bohey Dulang. Namun begitu, nampaknya aku pula yang terlebih-lebih naik ke atas meninggalkan semuanya. Ya ampun...Mama terlalu excited sebenarnya. Pendakian kami lebih kurang selama sejam 40 minit (tambah tolak berhenti rehat, mengambil gambar/video), bertembung di akhir pendakian dengan segerombolan pendaki yang mengambil pakej Sunrise. Anak-anakku sudah bising, bila mau sampai puncak? (terpaksala tipu sunat dengan mengatakan lagi 10 minit je, padahal makan masa hampir setengah jam lagi...hahhaha, ayat biasa untuk memotivasikan).





Sesampai di puncak Bukit Maragang ni, memang keindahan alam sekelilingnya diselimuti kabus. Hanya putih dan putih. Hahahaha... Memang tak akan view berlatarbelakangkan Akinabalu or view banjaran Crooker or Kundasang. Kebetulan hujan pun mengiringi kami di atas dan sememangnya hanya kami sekeluarga sahaja di atas. Boleh mengambil gambar sepuas hati, berehat sebentar sambil mengalas perut. So, nak view yang marvelous, sila la ambil pakej Sunrise or Sunset. Mudahan jika memang itu rezekinya, dapatlah view yang diidamkan. Sebab kalau tak mengambil pakej Sunrise pun, jika memang dah rezeki mendapat view Akinabalu, itu semua rezeki daripada Allah. Sebab, aku sempat berbual sebentar dengan pendaki yang mengambil pakej Sunrise, menurutnya...Akinabalu hanya kelihatan malu-malu. Ikutla jikalau sempat, memang akan dapat view. Tak mengapalah, kita boleh mendaki lagi jika diizinkanNya. 




Kami menuruni Bukit Maragang diiringi hujan lebat sepanjang penurunan kami dengan seribu kenangan manis (jatuh berkali-kali (sudah tentu bukan aku, hihihi) dengan muka bumi yang licin). Our bonding time with family. In Sha Allah, jika ada kesempatan lagi, akan ku ulangi pendakian ini lagi. Betul-betul menghilangkan rasa gian aku untuk hiking. (lama woo tak hiking, rasanya dah berpuluh tahun tak lakukan hobi ni).






Ok, ini ada sedikit info jika ada yang berminat untuk mendaki ke Bukit Maragang :


BAGAIMANA CARA HIKING KE BUKIT MARAGANG?

1) Buat tempahan terlebih dahulu (Call/Whatsapp) nombor yang diberi dalam Facebook Maragang HILL

2) Pergi ke Pejabat Pengurusan MEVOC ketika hari pendakian 

3) Yuran: Bergantung kepada pakej yang anda pilih ketika membuat tempahan.  Max seorang guide lima (5) orang pendaki. 

4) Tidak perlu pandu kereta sendiri untuk ke Starting Point Pendakian Bukit Maragang. Pihak Pengurusan akan menyediakan kenderaan (sudah termasuk dalam pakej yuran)

5) Joms kita mendaki!!!



MARAGANG HILL, KG MESILOU, KUNDASANG ,RANAU,SABAH.

Rate baru bermula bulan Nov 2018
Maragang Hill Pakej

Normal trail 4km [ 3 - 4 jam ]
Naik dan turun di laluan yang sama

Bayaran untuk setiap pendaki :


1. Yuran konservasi
    RM10.00 seorang


2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
    RM70.00


    contoh:
    Bahagi 5 orang
    RM14.00 seorang


3. Bayaran  pengangkutan
    RM30.00 


    contoh:
    bahagi 5 orang
    RM6.00 seorang. 


4.Bayaran untuk setiap pendaki
   10 +14 + 6 = RM30.00 seorang


Loop trail 4.3km [ 4 - 5 jam ]
Naik di laluan normal turun di laluan lain

1. Yuran konservasi
    RM10.00 seorang


2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
    RM100.00


    contoh:
    Bahagi 5 orang
    RM20.00 seorang


3. Bayaran pengangkutan
    RM 40.00


    contoh:
    bahagi 5 orang
    RM8.00 seorang



4. Bayaran untuk setiap pendaki adalah
    10 + 20 + 8 = RM38.00



Maklumat lain : 


1. Sijil RM5 seorang

2. Pengangkutan

    * Kenderaan dari pejabat MEVOC KG Mesilou ke starting point dan ambil balik semula            dari ending point ke pejabat MEVOC.
    * Kenderaan pendaki boleh  diparkir di kawasan pendaftaran.
    * Kenderaan pendaki tidak disarankan dibawa ke starting point atas sebab keselamatan..


Perbezaan Normal trail dan Looptrail
Normal trail 4km - Naik dan turun di laluan yang sama
Loop trail  4.3km  - Naik di laluan normal dan turun 


Bagi yang berminat untuk mendaki boleh hubungi:

Admin Mesilou Volunteers Club (MEVOC)
Encik Ikhwan : +6016-280 0959



Have fun!..dari seorang pendaki yang telah pancit








  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. menarik gak ni. boleh masuk list. boehy dulang tu tinggi 600m tak memang semput pacak all the way haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bohey Dulang tu ikutkan takdelah tggi sangat tapi dia punya mencanak tu....masuk-masuk je terus mencanak daki..org x fit macam akak mmg akan semputla..hahaha ..tp jalan baru ke sana landai skit tp jauh sedikit la.....and bertangga..tak mcm sblm ni........kalo ada rezeki, mmg nak repeat Bohey Dulang tu, tp tgklah macam mana MCO ni...

      Delete