Buat
julung-julung kalinya, pada tahun ini Gugusan Kepulauan Abang telah mencipta
sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi salah satu tempat pilihan para
pelayar bertaraf dunia untuk berlabuh. Dengan cogankata “Wonderful Sail to Indonesia”, Gugusan
Kepulauan Abang telah menyambut seramai 51 orang pelayar antarabangsa yang
membawa 51 buah kapal layar bermula pada 1- 4 November 2019.
Kumpulan ini terdiri dari
pelayar-pelayar dari negara Australia, New Zealand, Jerman, Sweden, United
Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan
Netherlands telah memulakan pelayaran mereka di Gugusan Kepulauan Abang di Lingga dan seterusnya ke Tanjungpinang dan bergerak
mengakhiri perjalanan ke Bintan sebagai tiga (3) daripada 20 mandotory anchorage points WS2I.
Selain memperkenalkan Batam sebagai destinasi pelayaran yang mampu menarik kedatangan pelayar-pelayar
dari seluruh dunia, ia juga secara tidak langsung mempromosikan Batam sebagai salah satu hab kapal
layar serta destinasi pelancongan. Sejajar dengan Batam Bahari Festival 2019,
yang merupakan anjuran serta koloborasi oleh Batam
Tourism Promotion Board (BTPB) dan Kepri Coral dalam mempromosikan Batam
yang disokong sepenuhnya oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Batam.
Ketibaan para pelayar
disambut dengan penuh kemeriahan dan diringi dengan paluan kompang yang diikuti
dengan acara pertunjukan pencak silat oleh penduduk setempat yang datang
dari perkampungan Pulau Abang Kecil. Bunga dikalungkan kepada tiga (3)
orang pelayar sebagai tanda penghargaan dan simbolik selamat
datang kepada para tetamu.
Para tetamu diraikan dengan tarian tradisional “Persembahan” yang dipersembahkan oleh kumpulan Sanggar Melati Abang Island dan tarian diakhiri dengan pemberian sirih kepada Pak DR Marsetio, Advisor of Ministry of Tourism dan beberapa orang tetamu pelayar sebagai satu bentuk penghormatan kepada tetamu yang hadir.
Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pak Harmanto Ahak, pemilik Kepri Coral dan diikuti dengan ucapan kata aluan oleh Pak DR Marsetio serta wakil daripada peserta pelayar. Seusai ucapan aluan dan pembukaan, dua (2) wakil pelayar telah dipakaikan tanjak/destar yang masing-masing dipakaikan sendiri oleh Pak Harmanto Ahak dan Pak DR Maesetio. Pemakaian tanjak/destar ini merupakan simbolik adat dan budaya bagi masyarakat di Indonesia khususnya masyarakat Melayu - Riau. Sebelum itu, Pak DR Maesetio juga telah memberikan empat (4) keping syiling kepada empat (4) orang pelayar (dari Sweeden, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom) sebagai tanda orang maritim berjumpa dengan kawan baharu dengan harapan dapat bertemu lagi pada masa akan datang.
Para tetamu disajikan
dengan tarian oleh kanak-kanak cilik dengan iringi lagu tradisional bertajuk ‘Nirmala’
dan diteruskan dengan tarian Bujang Terlajak
yang penuh meriah oleh kaum wanita dari Perkampungan Pulau Abang
Kecil. Tarian Bujang Terlajak ini disertai dengan penglibatan para pelayar
untuk mencuba tarian masyarakat di sini.
Seterusnya, Pak Edi Sutrisno
selaku pengacara majlis telah memanggil tiga (3) wakil daripada pelayar
(Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom) untuk berkongsi dan
bertukar-tukar pendapat tentang sepanjang keberadaan mereka di Gugusan Kepulauan Abang.
Acara ini berhenti
sebentar dengan memberi laluan kepada para tetamu untuk menikmati hidangan makanan
tengah hari yang sangat lazat. Sebelum program diteruskan, satu sesi sidang
akhbar secara ringkas bersama pihak media (Malaysia) telah diadakan. Menurut
Pak DR Maesetio, pada mulanya pendekatan perairan yang diamalkan selama ini merupakan
satu pendekatan secara keselamatan namun begitu mulai tahun 2015, pihak
Indonesia telah mengubah manifesto pendekatan itu kepada wisata/mesra
pelancongan dengan melaksanakan digital wisata bagi navigasi laluan kapal layar.
Selain itu, pemberian visa mulai tahun 2016 telah menarik minat para pelancong
luar sebanyak 169 negara juga dapat membantu era pelancongan di Indonesia
khususnya di Batam jika dibandingkan hanya pemegang visa sebanyak 14 sahaja
dikeluarkan sebelum ini. Menurutnya lagi, adalah menjadi satu harapan yang
besar buat pihak Indonesia khususnya di Batam untuk meraih lambakan pelancong
seramai 60 -70 ribu mulai tahun depan dan menjadikan Batam sebuah destinasi
wisata yang wajib dikunjungi di Indonesia.
Majlis diteruskan lagi
dengan pertunjukan fesyen Batik Batik oleh Duta Wisata Batam dalam
mempromosikan batik Batam kepada para tetamu. Pertunjukan ini juga telah
disertai oleh tiga (3) pelayar perempuan dengan memakai batik Batam yang
pastinya meninggalkan kenangan manis buat mereka.
Kemeriahan majlis ini
disambut dengan sorakan oleh para tetamu apabila kanak-kanak cilik bertanding
dalam pertandingan Engrang dalam melestarikan permainan tradisional yang tidak
asing lagi di Indonesia. Engrang merupakan satu alat permainan tradisional yang
diperbuat daripada dua (2) batang kayu yang menguji daya ketahanan keseimbangan
badan. Antara nama lain bagi Engrang adalah Tengkak-tengkak, Ingkau,
Jangkungan, Batungkau ataupun lebih dikenali dengan Terompah Pancung. Pihak
media juga dapat merasai sendiri permainan ini yang dilihat sebagai sangat
mudah namun begitu hakikatnya adalah sukar jika tidak mengetahui teknik yang
betul.
Majlis diteruskan lagi
dengan pertandingan Gasing yang juga merupakan salah satu permainan tradisional
popular semenjak zaman Kesultanan Lingga yang telah diwartakan sebagai Warisan
Budaya Tak Benda (WBTB) Indonesia pada tahun 2019. Wakil media juga tidak ketinggalan untuk
bertanding sesama sendiri dengan dibantu oleh kanak-kanak cilik ini.
Kemeriahan majlis
diteruskan dengan pertandingan kanu oleh wakil media dan para pelayar. Mereka harus
bertanding dengan bantuan orang tempatan yang akan berkayuh terlebih dahulu
sebelum bertukar pedal kanu untuk kembali ke pantai. Sementara pertandingan
kanu ini berlangsung, para tetamu juga dibawa ke gerai jualan batik Batam. Para
tetamu juga merenggangkan otot-otot dengan menyertai tarian zumba yang sangat mengujakan. Acara diakhiri dengan
aktiviti bebas pada sebelah petangnya dengan aktiviti snorkeling, menyelusuri pantai dan berkanu di pantai.
Pada sebelah malamnya,
para tetamu disajikan dengan makanan makan malam seafood yang sangat lazat dengan iringi persembahan live band daripada kumpulan The Groove Syndicate yang merupakan
salah satu kumpulan yang terkenal di Batam.
Sekalung tahniah dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Batam
Tourism Promotion Board (BTPB) dan Kepri Coral dalam penajaan famtrip
Wonderful Sail to Abang Island 2019 dengan penuh dedikasi dan komitmen yang
tinggi. Anda semua sangat luar biasa!
#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland
Nota : Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang gambar terutamanya kepada Mr. Alfie, jurugambar dari Singapura.
0 comments