Assalamualaikum dan salam ceria..
Kali ni aku shared cerita
berkaitan my journey dalam mencari vitamin D dan sea.
Hahaha..Episod perjalanan ini bermula selepas empat (4) hari aku berkelana ke
Lingga, Riau baru² ini. Trip kali ini sebenarnya adalah untuk
meraikan hari ulang tahun my bff since kat Mozac. Plan dah
lama, kononnya ala² a little gathering for our batch (girls) sebenarnya.
Tapi macam biasalah, masing² ada komitmen sendiri yang tidak dapat dielakkan.
Perjalanan diteruskan dengan kami bertiga
iaitu aku, Izan dan Ajoy dengan menjamu nasi lemak homemade.
Aku masak dengan penuh kasih sayang sebab ni adalah minggu ke-2 aku tak bersama
keluarga. Hahaha, ada rasa bersalah kat situ.
Alhamdulillah, our journey smooth
and selepas check in di bilik hotel, kami decided untuk
mengambil angin laut di pantai Papan bersebelahan dengan Jeti Mersing.
Beruntung sungguh orang Mersing ni sebab taman rekreasi hanya bersebelahan
pantai. Best betul. Kami sempat juga mengambil gambar berlatarbelakang view hampir
seluruh bandar Mersing di Masjid Jamek Mersing. Masjid ini memang berkedudukan
nun di atas bukit.
Aku sebenarnya rasa terkejut melihat
bandar Mersing yang sangat bersih. Memang hats off to them. Serius
takde satu sampah pun kelihatan. Selang 4 buah kedai, mesti ada tong sampah
yang disusun dan terletak elok sahaja. Tahniah kepada orang² Mersing. Saya
bangga dengan kebersihan bandar ini.
Hari kedua
Trip kami bermula dengan berkumpul di Jeti
Mersing. Sepatutnya jam 9 am kami dah bertolak, tapi terpaksa menunggu empat
(4) orang lagi yang masih belum kelihatan. Adehhhhh...Akhirnya, hampir jam 10
am baru kami bergerak menuju ke destinasi. Yahuuu....
Our first stop kat Pulau Seri Buat. Disebabkan
terlalu teruja, aku and the geng terus turun untuk mengambil
gambar. Posing tak ingat dunia betulla. Selepas tu baru
perasan, perut kelaparan and yang kelakarnya, aku tak dengar langsung
pengumuman yang adik boatman ni habaq. Patut turun kita breakfast dulu then baru
bolehlah bergambar . Hahaha...Yang lawak, tak sampai 5 minit aku makan nasi
dagang ni, depa ajak daki puncak pulau ni. Fuhhhh, mula la aku nak jampi
serapah..Perut kenyang lagi dah kena hiking mencanak 45 darjah
dengan beban keberatan badan plus badan tak fit.
Aku orang ketiga yang naik, so nak tak nak, kena kuatkan semangat. Kalau
aku slow, cian pada orang kat belakang aku. Hahaha.. kalau aku plak
yang jadi sweeper, kompem aku rasa mau dekat 45 minit kemudian baru
aku sampai. Well, tak sampai 20 minit, berkat aku kesiankan orang
belakang aku.. aku sampai jugaklah. Hahahaha..minta nyawa..minta nyawa.
Tapi, pemandangan tu, sangat cantik. Ada satu port tu, ala²
macam di Kelinking Beach. Hahaha. Dari puncak, kita boleh nampak Pulau Tioman
yang tak seberapa jauh pun dari sini.
Our trip diteruskan dengan
menyinggah di hutan paya bakau. Airnya yang jernih kehijauan sampai boleh
nampak di dasar. Sempatla kami posing as usual dan bergambar
secara berkumpulan di boat. Perjalanan diteruskan dengan menyinggah
lagi di sand bank. Putih, tulus mulus dengan air yang kebiruan.
Pada mulanya, aku je malas nak turun. Hahaha, poyo je . Lagi 5 minit nak
bergerak ke next destination, barulah aku terhegeh² nak turun.
Ingatkan dalam, tapi tak.
Lebih kurang lima (5) pulau yang akan kami
lalu sahaja iaitu antaranya adalah Pulau Harimau, Pulau Rawa, Pulau Mensirip,
Pulau Goal. Sepatutnya, ada satu pulau yang boleh kami cliff jump tapi
disebabkan arus deras, adalah sangat tidak digalakkan. Kang hanyut ( macam aku
hanyut kat Phuket..ehh). Baru nak padan dengan muka.
Kemudian, kami semua singgah di Pulau Babi
Hujung atau sekarang lebih dikenali sebagai Pulau Hujung setelah singgah
sebentar di Pulau Rawa untuk adik boatman kami mengambil
bekalan makanan (lunch box). Di sini, kami akan berehat dalam dua (2)
jam, untuk snorkeling, makan, solat dan aktiviti bebas. Aku seperti
biasa akan mencari port² menarik untuk mengambil gambar. Serius,
pulau ni selawa seperti dalam gambar. Macam mana korang tengok dapam gambar,
macam tu la kejadiannya. Subhanallah. Serius cantik!!! Aku tak berapa
minat nak snorkeling, lebih kepada untuk chill². Air
laut yang sejuk walaupun terik dimamah matahari, dengan hembusan ombak yang
mendamaikan. Legam tu perkara kedua, yang penting..You feel it, nikmati
dengan sepenuh jiwa raga atas kurniaan tuhan terhadap keindahan yang
dikurniakan.
Tapi kan, alang-alang boleh snorkeling, aku snorkeling la juga untuk beberapa minit. Sempat la juga aku paw sorang ni sedikit roti untuk bagi
makanan kepada ikan-ikan di situ. Ala, padahal ada je bekalan roti aku tapi ada
kat boat. Selepas tu, kami menuju ke
satu lagi tempat snorkelling. Tapi
tak sure pula nama tempat tu. Masa tu
ramai dah terjun kat port snorkelling tu tapi ramai dok mengaduh sakit-sakit.
Terus tak jadi terjun. Dan aku ingatkan budak-budak ni sengaja je buat havoc,
tapi selepas beberapa pengunjung lain dari another boat pun mengalami masalah
yang sama, memang kompem la aku takmo turun. Selepas bertanya dengan adik
boatman, berkemungkinan ada sejenis agas laut yang menyerang. Kulit akan
menjadi sakit-sakit dek gigitan dan gatal-gatal. Siap ada yang berdarah kerana
luka gigitan. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk tidak snorkelling ke
situ tapi terus menuju ke Pulau Besar.
Di Pulau Besar, kami akan berehat dan
membuat aktiviti bebas untuk selama dua (2) jam. Masa ni kami cuma chill-chill sahaja sambal berehat. Konon
nak alas perut makan kat pulau ni eventhough
memang tahu kompem tempat ni mahal, tapi memang dah takde rezeki, semuanya
kehabisan. Berhuhuhu ajelah lapar. Hahahhahaha….Dengan persinggahan kami di
Pulau Besar ni, maka berakhirlah pengembaraan kami islands hopping di Kepulauan Mersing. Satu pengembaraan yang sangat
bernilai. Siapa sangka, pantai kepulauan Mersing ni setanding dengan
pulau-pulau yang terkenal di dunia.
Hari Ketiga
Kami beransur pulang dari bandar yang bersih ini. Sempat juga kami singgah untuk makan malam seafood di Restoren Brother Joe Ikan Bakar dan Seafood. Walaupun ramai pengunjung, servis makan di sini sangat efisien. Pantas dan cepat dengan harga yang berpatutan. Saya bagi lima (5) bintang! Selain itu, kami sempat jugalah singgah makan durian kampung di tepi jalan di Muadzzam Shah. Fuhhh, aku sebenarnya lama dah tak makan durian. Asyik lalu je gambar durian kat wall facebook aku. Dapat belasah makan dua (2) biji pun jadilah. Perjalanan kami diteruskan dengan makan tengah hari itik salai di tepi jalan Kuala Pilah. Ok done for food hunting. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam 4.00 petang. Nak ootd kat Muzium Melawati, selagi masih belum dibuka lagi kerana masih lagi dalam pembaikpulih.
Ok guys, untuk sedikit maklumat trip ke Kepuluan Mersing ni :
1. Kepulauan Mersing ditutup dari pertengahan Oktober - Pertengahan Mac setiap tahun bagi memberi laluan kepada angin monsun. (kan kita dah pernah belajar subjek Geografi..huhuhu). Jangan pula korang book nak ke sini masa cuti akhir tahun!
2. Kebanyakan pakej ke Kepulauan Mersing ini adalah day trip sahaja. Tapi kalau korang nak bermalam di Pulau Rawa ke, Pulau Tinggi ke or Pulau Besar, ada je penginapan di sana. Cuma sediakan duit lebih skit yea.
3. Kalau korang nak book pakej ni, jangan segan-segan whatsaap kat kin
Ok, itu sahaja perkongsian buat kali ini.
0 comments