Assalamualaikum & salam mesra. Ok, mood menulis kembali lagi. (banyak pending drafts, siap yang bertahun-tahun pun ada..Teruk benar penyakit M ni 😆 )
hilang terus dietku ke lautan dalam...(eh diet ke?) |
Kita mulakan ada apa dengan Lingga untuk hari kedua. Selepas sarapan nasi goreng yang sangat sedap beserta kopi, aku decided nak berjalan-jalan sebentar menuju ke pantai. Maklumlah malam tadi masa geng mengajak aku tak mahu pergi sebab gelap. Jadinya, sementara nak menunggu ahli kumpulan yang lain bersiap dan bersarapan, aku berjalan kaki menuju ke pantai (Pelabuhan Dabo Singkep) dengan beberapa dengan rakan. (sebenarnya aku bersiap awal sebab lupa yang masa di sini adalah cepat 1 jam daripada Malaysia, hahaha)
Perjalanan yang hanya memakan masa hampir 10 minit menyelusuri jalan-jalan kecil di sini memang mengujakan. Sebab apa? Walaupun jalan melalui satu kawasan kilang yang hampir terbiar, namun pemandangan di sini agak menarik. Sesampai di Pelabuhan Dabo Singkep ni, ada satu gambaran ketenangan yang boleh dikecapi di sini.
Perjalanan kami diteruskan dengan melawati Muzium Timah Singkep yang bersebelahan dengan Pagoda Dabo Singkep. Terdapat banyak koleksi yang terdiri daripada koleksi peribadi yang kini telah disumbangkan oleh masyarakat di sini sebagai salah satu sumber maklumat di dalam perkongsian ilmu pengetahuan, sejarah dan kebudayaan. Usaha penyimpanan koleksi-koleksi ini adalah sebagai salah satu jalan bagi menyelamatkan sejarah Singkep ketika zaman era kegemilangan di dalam perusahaan bijih timah. Ini kerana, pulau ini dikenali sebagai pulau penghasil timah selama hampir dua (2) abad iaitu dari tahun 1812 sehingga tahun 1992.
Bersebelahan Muzium Timah Singkep pula, tersergam indah dengan keunikannya iaitu Pagoda Dabo Singkep. Ini merupakan tempat rekreasi dan santai bagi penduduk setempat di sini. Tempat ini dijadikan sebagai tempat pertunjukan seni, pameran lukisan serta pameran dan penjualan hasil kraftangan penduduk di sini. Tempat ini dikelilingi kolam dengan jambatan yang menghubungkan taman dengan pagoda di tengahnya.
Pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Marquez |
Perjalanan kami diteruskan dengan aktiviti
pelepasan tukik (anak penyu) sirip di Pantai Marquez yang terletak di Tg.
Sawang, Desa Lanjut - Singkep Pesisir Kepulauan Riau. Di sini kita boleh
melihat beberapa ekor penyu dewasa dan anak penyu yang dipelihara di sini
selain menjadikan tempat ini sebagai tempat pemeliharaan penyu. Aku dan
rakan-rakan berpeluang untuk mengambil seekor penyu untuk dilepaskan secara
serentak ke laut. All the best tukik! Kehidupan baru beserta
semangat baru!
PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA
Seterusnya, kami dibawa menuju ke Pulau Daik. Masa ni terasa belajar sejarah secara live. Rupanya memang wujud Gunung Daik dan Pulau Pandan. Aku ingatkan Pulau Pandan di Kota Belud. Eh, itu Pulau Pandan-pandan yang aku pergi suatu ketika dulu. Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki speed boat yang dilambung ombak sekali sekala. Seronok pula sebab teringat naik speed boat ke Labuan-Menumbok. Kedengaran rakan-rakan yang lain menjerit-jerit. Hahaha, mungkin mereka tidak biasa, fikirku. (kalau ikutkan hati tisu, memang seram tapi entahla masa tu aku hanya gelakkan je).
Kami kena menapak dari jeti yang agak panjang. Aku anggarkan dalam lingkungan 300m. Perkhidmatan gojek disediakan dengan upah 2000 rupiah kalau tak silap aku. Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki bas sekolah lagi. Hahahaha. Maklumlah budak sekolah veteran ni. Riuh betul kami di dalam bas. Semuanya ceria belaka.
Kami dibawa menuju ke Istana Danmah yang terletak di dalam hutan belantara yang ada di kampung Damnah, Kabupaten Lingga, Provinsi Kepulauan Riau. Istana ini mengandungi nilai sejarahnya yang tersendiri. Kami diberi kehormatan dengan bersantap di sini dengan makanan yang sangat sedap. Aku tertarik cara hidangan yang sangat unik dan teko berwarna emas. Terasa benar-benar berada di istana!
Mengikut sejarahnya, istana asal hanyalah tinggallan sebahagian tangga dan pagar batu sahaja. Tempat yang kami singgah ini merupakan replika yang menyamai Istana Danmah sahaja. Mengikut sejarahnya, istana ini dahulu dibangunkan oleh Raja Muhammad Yusul Al – Ahmadi, Yang Dipertuan Muda Riau X pada tahun 1857 hingga 1899 M. Beliautelah mendirikan istana ini pada tahun 1860 M yang diperuntukkan sebagai kediaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II yang pada sebelumnya tinggal di Istana Kota Baru. Nama istana ini sendiri berasal dari nama kampung Damnah yang sekaligus menjadi tempat dibangunnya istana yang bersejarah ini. Sehingga lahirlah istana dengan nama yang sama, iaitu Damnah sebagai tempat kediaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II di masa lalu.
Setelah itu, kami dibawa untuk berehat sebentar di Hotel Lingga Pesona bagi memberi kemudahan kepada pihak lelaki menunaikan solat Jumaat manakala kami berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan kami. Sebenarnya tak adalah rehat macam mana, sebab dapat liputan wifi yang agak laju di hotel ni. Masa ni la ambil kesempatan nak on semua socmed dengan bertalu-talu notifications. Maklumlah hampir dua (2) hari hilang tanpa kesan. Hahaha....
Setelah itu, kami dibawa untuk berehat sebentar di Hotel Lingga Pesona bagi memberi kemudahan kepada pihak lelaki menunaikan solat Jumaat manakala kami berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan kami. Sebenarnya tak adalah rehat macam mana, sebab dapat liputan wifi yang agak laju di hotel ni. Masa ni la ambil kesempatan nak on semua socmed dengan bertalu-talu notifications. Maklumlah hampir dua (2) hari hilang tanpa kesan. Hahaha....
Kami dibawa ke Rumah Tekat Tudung Manto Halimah untuk mengenalpasti dengan lebih dekat warisan seni kraftangan dan budaya masyarakat di sini. Rumah ini dinamakan Halimah kerana bersempena nama isteri Datok Bandar yang telah menghibahkan tanah ini untuk dijadikan rumah tekad Manto. Harga tudung Manto adalah berdasarkan saiz dan juga seni tekad yang terdapat pada keunikan coraknya.
Manto membawa maksud tudung atau tutup kepala yang merupakan salah satu warisan seni tekad khasnya bagi penduduk Lingga. Bagi masyarakat di sini, pemakaian manto adalah sebagai penutup kepala bagi wanita yang sudah bersuami yang biasanya dipakai bagi upacara tertentu seperti acara perkahwinan, acara peradatan serta budaya. Pemakaian ini juga tidak terhad kepada yang hidup malahan diletakkan di atas keranda (pada bahagian kepala) di saat kematian. Selain daripada itu, rumah ini bercirikan rumah Melayu Daik yang menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya.
Seterusnya, kami menuju ke Masjid Jamek Sultan Lingga yang merupakan tinggalan Sultan Mahmud Shah III yang telah dibina pada tahun 1800. Di sini, terdapat makam Sultan Mahmud Ria'ayat Shah III beserta kaum kerabatnya.
Kembara kami diteruskan lagi dengan melawati Muzium Linggam Cahaya dengan susunan tempayan lama yang agak banyak. Muzium ini menempatkan pelbagai barangan sejarah dan budaya warisan Kerajaan Melayu di Lingga. Muzium ini dinamakan sebagai Linggam Cahaya yang membawa maksud batu berwarna merah yang bersinar. (Linggam = batu merah, cahaya = bersinar). Antara pengalaman yang best adalah aku berkesempatan untuk mencuba 'menarik' duit kertas ni. Hanya letakkan sahaja di tapak tangan, lama-kelamaan nanti duit kertas tersebut akan merengkuk/bergulung. Depends on tapak tangan siapa. Ada yang laju dan ada yang lambat. Secara saintifiknya, aku pun tak tahu. Huhuhu....
Waktu beroperasi:
Isnin-Khamis 8 pagi - 4 petang
Jumaat 8 pagi-11.30 pagi
1 - 3 petang WIB
Sabtu & Ahad 8.30 pagi - 4 petang WIB
Perjalanan kami diteruskan dengan mengunjungi Air Terjun Resun yang mana air terjun ini merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Lingga. Kehadiran kami digamit dengan suasana keindahan hutan dan deruman air terjun yang menggamit sesiapa sahaja untuk membasahkan badan di sini. Sebenarnya aku tak bawa persalinan untuk mandi pun, jadinya hanya celup-celup kaki sahaja. Kalau tak, lama dah aku terjun tiruk ni. Hahahaha... Sejuk dan best. Geram je tengok kawan-kawan lain mandi.
Pada sebelah malamnya, seusai kami semua makan malam berlaukkan seafood yang mana siput gondong adalah star pada malam itu, kami dibawa menuju ke bandar untuk memeriahkan lagi majlis perasmian Parade Tari Daik. Persembahan dimulakan dengan tarian pembukaan dan diikuti dengan pertandingan tarian tradisional oleh anak-anak celik yang sangat berbakat dan comel belaka. Kemuncak majlis ini adalah persembahan daripada selebriti terkenal Daik iaitu Robbyn. Sebenarnya jangan tak tahu, Robbny sudah kami ketemu pada malam sebelumnya. Semua pakat terkejut lebih-lebih lagi Pak Deskar. Serius lawak. Memang thumbs up pada Robbyn. Nama sebenarnya aku terlupa. Huhuhu.
Berakhirnya persembahan pada malam itu, maka berakhirlah our journey. Perjalanan pulang kami diteruskan pada keesokkan harinya. Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Raja, Pak Edi serta rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengembara dan bersukaria menjelajah serta menyelusuri sejarah Lingga. Sebenarnya, aku terasa kembali belajar sejarah secara live. (sejarah is one of my fav subject kat sekolah ok selain add math..hahaha). In sha Allah, jika dikurniakan rezeki, akanku kunjungi lagi.
the most beautiful sunrise |
0 comments