Day 1 : Ada apa dengan Lingga?

By kin - July 26, 2019

Assalamualaikum wbt, rasanya sangat lama aku tak update blog ni. Baiklah mengaku siap-siap bahawasanya aku mengalami masalah penyakit M yang sangat serius.


Semasa masih dalam mode recovery daripada demam denggi, aku berkesempatan untuk mengunjungi  Pulau Lingga yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia pada 26-28 June 2019. Jangan salah paham pula , bukan Lingga di Sarawak yea.

#lingga #famtrip #wisata #kepri #kinseven #kintravelous #wonderfulindonesia

Perjalanan bermula di Terminal Bas Bersepadu (TBS) pada jam 12 tengah malam. Walaupun masih ada saki baki demam tak kebah-kebah ni, aku gagahi juga sebab rasa keterujaan tu melebihi untuk mengenali ada apa di Lingga sebenarnya? Setelah hampir 5 jam perjalanan, perjalananku diteruskan dengan menaiki feri dari Stulang Laut menuju ke Batam Centre. Sebelum itu, ketibaan aku di Larkin dan terutamanya di Johor Bahru benar-benar menggamit kenangan dan nostalgia. Orang kata, KLMJ gitu. (Kenangan Lalu Mengusik Jiwa). Huhuhu.

Ketibaan Geng KL/Malaysia disambut mesra oleh Pak Edi yang gemar memakai berbaju putih (ampun pak Edi). Setelah semua team berkumpul kesemuanya, kami bergerak menuju ke Pelabuhan Domestik Telaga Punggur untuk menaiki feri menuju ke Dabo Singkep selama 4 jam perjalanan. Sementara menunggu ketibaan feri, aku mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan beberapa ahli kumpulan serta mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan. 

#lingga #famtrip #wisata #kepri #kinseven #kintravelous #wonderfulindonesia


Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami tiba di Pelabuhan Jagoh dan ketika menjejaki kaki di sini, rombongan kami disambut dengan begitu mesra oleh tuan rumah dengan ditaburi beras kunyit, acara pemakaian tanjak beserta paluan kompang/gendang dan disusuli pencak silat melalui sambutan penuh adat Melayu oleh masayarakat di sana. Kemesraan jelas sekali  terpancar dalam dialek dan adat resam yang sama. 

Wisata Air Panas Dabo Singkep

#lingga #famtrip #wisata #kepri #kinseven #kintravelous #wonderfulindonesia

Rombongan kami seterusnya telah dibawa menuju ke Wisata Air Panas Dabo Singkep. Perjalanan yang berjarak hampir tiga (3) kilometer dengan menaiki dua (2) buah van dan sebuah bas sekolah diiringi oleh polis trafik yang sangat berdedikasi. Ketibaan kami di wisata ini didahului dengan mengambil gambar berkumpulan di hadapan pintu masuk wisata dan telah disambut mesta oleh tuan empunya wisata iaitu Pak Edi Melong. Rombongan kami dihidangkan dengan hidangan minuman/makanan petang yang sangat menyelerakan terutamanya air timun yang sangat menyegarkan. Selepas diberi penerangan yang jelas oleh Pak Edi Melong dan perut pun telah disi dengan hidangan yang sedap, kami mencuba untuk merasai air panas yang terdapat satu-satunya di sini.

#lingga #famtrip #wisata #kepri #kinseven #kintravelous #wonderfulindonesia


Di sini, terdapat tiga (3) buah kolam air panas yang mana suhu pada ketiga-tiga buah kolam ini adalah berbeza-beza. Kawasan ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang dijaga dengan rapi yang menambahkan satu pemandangan yang nyaman dan tenang. Kawasan ini dijaga begitu baik dan bersih. Air panas ini adalah bersumberkan air belerang yang mana boleh menjadi salah satu alternatif untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan kulit. Sejujurnya, air di kolam ini tidak mempunyai bau belerang yang sangat kuat serta kejernihan airnya yang mampu menawan hati para pengunjung. Wisata ini juga mempunyai homestay bagi para pengunjung yang inginkan damaian malam yang sejuk sambil berendam di dalam kolam yang panas.




Berikut adalah details yea :

Harga tiket : Rp3,000 - dewasa
                     Rp1,000 - kanak-kanak

Alamat : Dusun II Desa Berindat, Kecamatan Singkep Pesisir, Kabupaten Lingga

For me, this is a good recreation for local people and also to the tourist to relax with the loved ones.

Perjalanan hari pertama diteruskan dengan merehatkan diri sebentar setelah check in di Hotel One sebelum menghadiri  majlis makan malam yang diadakan dengan penuh kemeriahan. Majlis makan malam kami dimeriahkan dengan iringan kugiran yang mendendangkan lagu-lagu asli seperti dondang sayang.

#lingga #famtrip #wisata #kepri #kinseven #kintravelous #wonderfulindonesia


#lingga #famtrip #wisata #kepri #kinseven #kintravelous #wonderfulindonesia

Last but not least, sebelum kami melabuhkan tirai, kami pergi mengopi dulu di hadapan hotel. Sebagai tambahan sesi ice breaking bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Ada yang mengajak ke pantai, tapi bagi aku, kegelapan je..Lebih baik aku mengopi sebelum tidur. Hihihi.

#lingga #famtrip #wisata #kepri #kinseven #kintravelous #wonderfulindonesia
Pelapik & penutup gelas serta bekas tisu


Nota: Oh yea, aku tertarik dengan hasil kraftangan penduduk di sini. Sangat cantik dengan kekemasan yang memukau. Aku memang suka bab-bab keras tangan ni.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments