Travelogue I Heart Sabah 3 : Bohey Dulang,Mantabuan, Sibuan, Semporna

By kin - July 18, 2017



Intro :

Pengembaraan ke Pulau Bohey Dulang, Semporna ni sudah lama ku rancang dengan kemas-kemas. Namun disebabkan beberapa faktor keselamatan pada ketika itu sedang meruncing, terpaksa ku tangguhkan selama beberapa tahun sehinggalah tahun lepas. Tahun lepas, aku dah nekad...Nak juga pergi ke pulau idaman ni. Siap gertak en. Syawal...Kalau takmo pi, ai pergi dengan kawan-kawan sahaja. (kih kih kih) Baik punya gertak, akhirnya berjaya juga...Yes!!!


Setelah berjam-jam mengharungi perjalanan melalui Jalan Sapulut- Kalabakan sejauh 145 km menuju ke Tawau dan seterusnya ke Semporna, kami tiba pada jam lebih kurang 8.00 malam di Dragon Floating  Inn. Setelah selesai semua urusan, aku mengerahkan anak-anakku tidur awal untuk aktiviti esoknya. (sebenarnya, mak yang tak sabar..hahahaha)


Seawal jam 7.00 pagi kami dah bersiap berpakaian untuk hiking. Bersemangat betul. Namun, cuaca kelihatan seakan-akan menangisi bumi....Huhuhu..bertabahlah wahai hati. Memula aku rasa agak terkilan sangat-sangat...Lebih baik aku pi makan dulu. Pi melantak nasi kunyit dulu. Makan kenyang-kenyang sambil tengok hujan semakin lebat, selebat dalam hatiku..huhuhu....

nasi lemak vs nama kunyit
Selepas kekenyangan, hujan masih lagi turun. Dalam hati, aku sudah redha...Mungkin bumi Semporna nak aku mai lagi kut.


sementara menanti bot menjemput kami ni haaaa..



Jam hampir menunjukkan jam 9.30 pagi. Tanda-tanda bot nak menjemput kami tak nampak pun kelibatnya. Hati dah semakin gusar. Kena tipu ke aku ni...Iskkk...Puasku dail no person in charge; menurutnya ada masalah sedikit. Ok, sabar kin..sabar....Ku lihat sekeliling, memang mutiara hujan dah semakin sikit. Ada petanda hari semakin cerah di situ....Akhirnya hampir 10.00 pagi, bot yang ditunggu tiba...Macam bot nelayan je, getus hatiku.....Hahahaha....Rupanya ada sedikit salah paham antara pemandu bot dan PIC. Tapi takpelah, kami menuju ke pasar di sebelah untuk menghantar orang dan barang sebelum kami menuju ke Pulau Bohey Dulang. Yeayyyyyyyy!


Pulau Bohey Dulang

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan. View yang sangat menyegarkan dan dalam hati memang rasa tak sabar-sabar. Hihihi.....Sesampai sahaja, kami menuju ke pejabat untuk mendaftar. So, aku nak shared satu perkara penting iaitu : Sila pakai kasut untuk hiking yea. Kalau tak, kena sewa RM3.00 . Kalau takde saiz, macam mana??? huhuhu....Nasib aku dan En. Syawal memang pakai kasut/sandal ala-ala croc tu. Budak-budaklah...Yang disewakan tu pun, jenis macam buaya juga.....




Selepas mendaftar, bermulalah journey menuju puncak Pulau Bohey Dulang. Naik-naik je dah bertangga dan dah mencanak curam ke atas. Makcik ni takdelah fit mana. Huhuhu... The best part is, hanya kami sekeluarga dan guide sahaja yang naik. Ada hikmah mai lewat sedikit daripada kumpulan-kumpulan yang berlepas awal tadi (masa tengok depa berlepas, sedih je di hati..hahahaha). Sebab ramai betul yang turun semasa kami naik. Syukurlah. Mereka semua di'escort' oleh sekumpulan petugas askar yang bertugas menjaga pulau-pulau dan kebetulan pulak en. Syawal sempat berborak-borak..Maklumlah terjumpa rakan satu skuad dulu. 




Ikutkan hati memang rasa nak mengalah je, 900 meter je beb!!! Tapi dah x fit kan...Tapi masa tu memotivasikan diri dengan menggambarkan gambaran yang sangat cantik. Budak-budak dan guide memang dah jauh tinggalkan aku. En. Syawal memang sengaja berada di belakang aku, katanya takut aku sesat...Cehhhhh...(tq yea en. Syawal..hihi)

Setelah hampir 45 minit, bila dah sampai puncak, subhanallah!!! Hilanglah segala penat bagai dan semuanya. Speechless la beb. Sangat-sangat lawa dan hanya kami sahaja....Memang bestla ambil gambar. Yeayyyyy! Setelah berada hampir setengah jam, kami beransur turun perlahan-lahan. Walaupun pada ketika itu, baru selepas hujan, bahang panas terasa juga. Bayangkanlah kalau pagi tu x hujan...Mak rentung!!!!





Sebelum menuju ke destinasi seterusnya, kami singgah di pusat pembenihan kima gergasi yang betul-betul berada di hadapan pejabat Taman Marin Tun Sakaran. Aku kalau di Tamu Papar, memang aku mencari kima ni, masak sambal kima sedap wooiihhh....hehehehe


Pulau Mantabuan




 Selepas itu, kami menuju ke Pulau Mantabuan untuk meneruskan aktiviti snorkeling. Kami hanya snorkeling selama setengah jam sahaja disebabkan arus kuat. Walaupun tampak sangat tenang  di atas permukaan air. Nak ke Pulau Mantabuan macam tidak berkesempatan dan kami terus menuju ke Pulau Sibuan.


Pulau Sibuan

Antara pulau tercantik juga dengan ribuan dataran pasir putih yang halus. .Masa ni memang panas betul. Nak buka mata pun payah, jadi sepet je. Masa bot landing, kitaorang terus melompat. Hahahaha...Usah tertipu dengan jernihnya laut itu bukan tak dalam yea. Masa berjalan sambil mengambil gambar, en. Syawal dah ikut guide untuk daftar masuk ke pulau tu. Balik-balik dari situ, terus dia panggil dengan sebelahnya ada seorang budak Bajau memegang parang. Rupanya en. Syawal memanggil kami minum air kelapa. Dalam RM4.00 untuk sebiji kelapa. 


En. Syawal kata, tetiba budak Bajau tu approach air kelapa dengan parang. Bila dengar, macam kelakar pun ada. Walaupun ada askar yang berjaga di pulau tersebut, kalau ada kejadian yang tidak diingini, nak buat macam mana. Lagipun, dah rezeki budak Bajau tu menjual kelapa.Panas-panas dapat minum, memang siuk la kan.



Aktiviti seterusnya adalah snorkeling. Rugi woih datang dari jauh tak snorkeling di pulau yang sangat cantik ni. Serius cantik!!!




Kami antara bot yang terakhir bergerak pulang ke jeti. Satu moment yang sangat indah. Ingin ku datang kembali, hatiku berkira-kira. Memang rasa sangat berpuas hati walaupun pada mulanya dah mula rasa tak best. Rupanya percaturan Allah itu sangat adil. Walaupun kami semua dah hitam legam, keseronakan itu penting dapat-dapat lagi bersama-sama ahli keluarga.



Sebelum kami keluar dari bot, kita bergambar beramai-ramai. Budak yang bawa kami ni baru sahaja 17 tahun. Demi kelangsungan hidup mereka, mereka bekerja. Terima kasih yea dik. 




Turun sahaja dari jeti, dah ada yang serbu kami sambil menunjukkan hasil tangkapan mereka. Memang fresh sangat. Yang udang 3 ekor tu, depa jual RM150. Puhhh....mahal..en.Syawal dah ajak balik bilik. Yelah, takut kena tipu je. 

Malam tu, kami makan malam di deretan kedai sebelah penginapan kami. Memang aku pilih seafood sahajalah. Total kami makan sekeluarga RM90.00. Hihihi..Berbaloi-baloi.

Kesimpulannya, memang sangat siuk!!! In sha allah jika ada kelapangan, rezeki, kesihatan dan wang yang lebih, kami akan ke sini lagi.........Aammmminnn..

SABAH BEST BAH!!!



  • Share:

You Might Also Like

0 comments