Bersantai di Teluk Usukan ~ Sabah's hidden treasure

By kin - August 24, 2016


Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog

Semasa percutian di Sabah tahun 2015, awal² lagi aku dah set nak ke Teluk Usukan selepas menonton rancangan Check In Check Out. Haaaa amik ko...Dalam hati, eh macam best je tempat ni...Dengan pantas merujuk kepada pak gugel, gigih gugel tempat penginapan di Check In Check Out menginap ni. Akhirnya dapat jugak membooking di Usukan Cove Lodge. Teluk Usukan ni terletak di Kampung Kuala Abai, Kota Belud. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam daripada Kota Kinabalu sangat mengujakan. Maklumlah tak sabar nak lihat sendiri keindahan di Teluk Usukan.



Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog


Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog
Selepas mendaftar masuk, secara automatik line bar telefon terutamanya line mobile data zero ok. Aikkk...Untuk makluman, hanya di lobi Usukan Cove Lodge sahaja menawarkan wifi percuma. Dalam bilik dapat jua wifi tapi segan² ma. Ujar pekerja di sana, kami mahu tetamu berehat sepenuhnya. Hahahaha...padan muka aku. 


Plan nak terjun laut tapi staf menegah sebab ujarnya baru beberapa hari sebelum tu ada orang kena sengat dengan obor². Tetiba teringat kisah kena sengat obor² di Pulau Kapas. (tapi aku sorang je tak kena). Jadinya, kami menyelusuri sahajalah tepian pantai sambil menikmati pemandangan. Anak² teruja nak mencuba buaian tidur, aku panggil tu sebab tak tahu namanya..adoiiila.
Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog

Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog

Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog
Hari kedua, selepas kami diberi taklimat oleh staf di sana, kami bertolak untuk snorkeling di Pulau Pandan-pandan. Perjalanan memakan masa hampir 15 minit ( kalau tak silap), dengan pemandangan lautan biru..Tersergam indah bayangan Gunung Kinabalu nun jauh di sana. 
Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog
Apalagi kalau sudah sampai di sana, kami pun mula la terjun untuk snorkeling. Trip yang hanya dihadiri oleh kami sekeluarga serta pasangan daripada Korea. Memang terbaikla! Cuma berkemungkinan nasib kami kurang baik, air agak bergodak..Mungkin disebabkan faktor cuaca (rasanya nak best pi pada bulan Mac- Julai). 
Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog
Selepas puas snorkeling di Pulau Pandan-pandan, kami dibawa pula di sebuah pulau yang tidak seberapa jauh daripada situ. Pasir yang sangat putih. Nampak macam tak dalam sebab nampak keputihan tapi sebenarnya agak dalam dan arus pun boleh tahan kuat. Masakan aku tak mabuk ketika snorkeling. Itu memang lawak....Time tengah siuk snorkeling, aku boleh mabuk.....
Usukan Cove Lodge, Teluk Usukan, Sabah, travelog
Apa² pun, percutian kali ini memang terbaik! Walaupun agak jauh dari kesibukan kota, tiada liputan internet....Sememangnya menjanjikan satu percutian yang betul² cuti tanpa gangguan dan tempat ni memang sangat privacy.....Sabah memang siuk!


  • Share:

You Might Also Like

0 comments