The unplanned .......
Memang tidak dirancang ke Taman Botani Negara Shah Alam atau nama lama/glamernya dulu adalah Taman Bukit Cahaya Cerakah kalau tak silap aku.....Plan asal nak tengok Dilwale ngan kawan aku tapi tak jadi pulak....So, dapat idea nak ke sini sebab sebelum² ni memang dah berjanji dengan anak² nak ke rumah salji tu sebab nak bawa ke luar negara main salji memang sangat tak mampu la kan... Hatta nak main salji ke I-City or Genting Highlands pun aku fikir 3 4 ratus kali.....Hahahaha...
Time nak pi pun dah dekat tengahari...Yang best, tetiba kata masa kat kaunter tiket; hari ni kalau nak masuk rumah 4 musim percuma..Percuma ok? Aku siap bertanya kenapa hari ni percuma.....(banyak tanya la plak kan......) Seusai beli tiket, kami menunggu bas untuk dibawa menerokai Taman Botani Negara Shah Alam ni.... Mak aihh luasnya....Last jejak kaki ke sini adalah masa aku bersekolah rendah......
Sesampai di rumah 4 musim, then baru aku tahu kenapa dapat percuma hari ni...Kuwang kuwang kuwang.....Hanya dapat tengok di pintu kaca sahaja sebab alasan pekerja tersebut sebab ais cair. So, tak dapatlah nak masuk ke dalam....Hamizan dah tarik muka..Cian ko nak,....Ada rezeki, kita mai lagi yea.......
Untuk ubati kesedihan Hamizan ni, kami tunggu bas lagi untuk ke Taman Haiwan. Terubat jugalah specially bila dia dapat memberikan makan kepada rusa-rusa di sana. Boleh pulak cabut rumput dan bagi makan...Aduyai....
Sebelum nak balik, Hamizan requested nak naik basikal 2 orang tu. Penat dan jenuhla nak melayan... Kali ni tarik muka panjang skit. Selepas mengusha di sawah padi, en somi pun tunaikanlah hajat. Memula naik dengan akaknya, tapi akaknya malas nak melayan sangat. Sudahnya nasik dengan en somi la....Sementara menunggu depa naik basikal..(lagipun dah nak tutup pun), baik aku duduk² bersama Syasya dan Sara sambil menghilangkan dahaga.
Seusai solat di Masjid Salahhudin Abdul Aziz, kami berhenti makan di cafe di tepi tasik. Servis memang lambat even view cantik. Kitaorang dapat tempat duduk bersila dengan dinding kaca. Pastu, mula la pulak Hamizan requested again nak naik boat yang ada paddle tu. Huhuhuhu....Next time la yea adik sebab masa pun dah nak masuk maghrib. In sha allah, boleh pi lagi. Banyak tempat rekreasi yang menarik di Shah Alam ni sebenarnya even nak sukan ekstrem skit bolehlah cuba Skytrex. Ok, sekian........hihihihihi..........
0 comments