Sakit Tumit

By kin - December 14, 2015



Sejak akhir² ni aku mengalami sakit tumit terutamanya di kaki kanan. Bukan jenis yang bangun dari tidur, nak pijak sakit tu. Sakit tumit aku ni yang sentiasa sakit je…Non-stop sakitnya…Rasanya dah berbulan² sakit tumit sampai nak berlari fun run pun terpaksa berjalan laju ajelah aku ni.

So, ini antara artikel yang aku dapat kongsikan untuk diri aku dan semua:

Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?

Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana mencegahnya ?

Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai

Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur

Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?

Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Bagaimana merawat dan mencegahnya ?

  • o    Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • o    Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • o    Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • o    Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • o    Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • o    Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • o    Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics


Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?

Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
– balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
– bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?

* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar
Sumber : https://imfcare.wordpress.com/2012/05/03/sakit-tapak-kaki-dan-tumit-bagaimana-mencegahnya/

Artikel kedua ; Sakit Tumit : Punca dan Penyelesaian

Kebiasaannya, sakit tumit ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

-paling sakit apabila bangun dari tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama
-sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk sakit tidak hilang)
-tiada bengkak atau tanda merah pada tumit
-tiada trauma yang berlaku pada tumit
-Sakit tumit boleh didefinisi dengan pelbagai punca. Namun begitu punca yang paling biasa ialah 'Calcaneal Spurr'. Kebiasannya, apabila berjumpa dengan pesakit yang mengadu sakit tumit dengan simptom-simptom di atas, saya tidak akan melakukan x-ray (untuk melindungi pesakit dari radiasi tidak perlu). Jikapun xray dilakukan, apa yang kita nampak ialah tulang kecil yang tumbuh di tulang tumit kita.

Apa itu Calcaneal Spurr?



  
Calcaneal spurr ialah tulang kecil (bony spurr) yang tumbuh pada tulang tumit (tulang calcaneum) kita. Pertumbuhan spurr ini berlaku secara fisiologi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneum dan tisu serat sekitarnya. Ini akan merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikut 'allignment' tulang asal. Spurr akan tumbuh umpama duri di dahan, menekan tisu serat dan otot di tapak kaki (tumit) kita.

Semasa tidur atau duduk dan berdiri lama, spurr akan menekan tapak kaki kita disatu titik yang sama. Ini akan mengakibatkan kawan berkenaan tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan menimbulkan kesakitan. Dengan pergerakan, spurr tadi tidak lagi duduk di titik tetap, kawasan tersebut mula mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan kesakitan akan mula hilang.

Apakah cara merawat Calcaneal Spurr?

Dikebanyakan masa, doktor tidak akan membedah buang spurr yang tumbuh tadi melainkan ia terlalu besar dan signifikan sehingga menyakitkan tumit sepanjang masa. Ini kerana kesan pembedahan itu sendiri akan menimbulkan pelbagai gejala kesakitan yang lain. Jadi apa yang kita lakukan ialah:

1)Membekalkan ubat tahan sakit
2)Merujuk pesakit pada Jabatan Fisioterapi (untuk mengurangkan kesakitan)
3)Memberi sedikit petua untuk pesakit apabila dirumah

Petua untuk pesakit:

-apabila bangun dari tidur, jangan terus bangun untuk menapak, tetapi mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini, bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spurr tadi.
-begitu juga apabila mahu memulakan pergerakan dari duduk dan berdiri yang lama
-mulakan menapak dengan hujung kaki (bukan tumit) dengan perlahan dan berjalan seperti biasa
-rendam kaki dengan air suam (terpulang jika mahu merendam dengan air suam campuran herba dan sebagainya)


Semua diatas banyak membantu dalam mengurangkan kesakitan spurr.



Sumber : http://akudoktormuslim.blogspot.my/2014/11/sakit-tumit-punca-dan-penyelesaian.html?m=1


  • Share:

You Might Also Like

0 comments