moon punya pasal

By kin - August 26, 2015



 Sarah Hughes GLOBE


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Gara-gara sharing maring di Geng Jahit di page facebook, aku terjebak nak tengok best sangat ke offer yang diberikan oleh Kak Moon kita melalui blognya. Yelah dolu² memang aku rajin ke Globe ikut ibu aku pi beli baju ke kain ke. Ingat lagi siap ade akak² penjaga lif berskirt biru gelap dan berbaju pink pekat dengan senyum manis menyambut kedatangan kami dolu². Sekarang takdelah kan....

Aku pun searched la blog kak Moon ni, so menarik and why not kan kalau tak cuba datang lihat sendiri. So, aku pun bagitau la en somi. As usual, dia memang tahu perangai aku yang giler sangat kain lawa² ni. Kebetulan en. somi suruh aku menjahit alas sofa sebab sofa lama dah tinggal kayu. So, nak letak atas sofa untuk mengalas. Sebab selepas dia tengok aku jahitkan sebab orang ordered, terus mintak aku buatkan untuk rumah.



Plan nak pi hari Ahad, tapi tetiba ad hoc en. somi ajak pi hari Sabtu berdua dengan menaiki lrt. Cantiks la ada tukang angkat beg plastik nanti...Kui Kui Kui

Sesampai sana, sengaja nak naik tangga..Boleh singgah di setiap floor. Wakakakaka.... Akhirnya sampai jugak di level 7. Sesampai je, memang banyak kain langsir dan sofa yang lawa² gituh. Dan sememangnya, aku tunjukkan bukti dari blog kak Moon. Terus bagi diskaun ko...Even kat price tag tu dah diskaun, tapi kak Moon punya pasal.....Dapat lagi diskaun..Berbaloi².......

Bukan aku sememangnya dah rambang mata, en. somi also. Hahahahaha....Bajet sejam je nak kat sini tapi makan masa dekat 2 jam lebih sebab dah janji dengan kawan untuk berjumpa di Putrajaya jam 4 petang. Kuwang-kuwang.....

Antara kain² yang berkenan di hati...Yang berkenan opkos berharga mahal yang lari daripada bajet..hahahahaha


Gambar atas ni, akhirnya aku pilih kain hijau di sebelah kanan ni. Konon² nak buat bantal lantai yang besau atau nak buat bean bag aje. Dapat la RM10/m. Kain tebal tau....




Warna merun corak flora ni, en. somi berkenan sangat² untuk dijadikan kain langsir di bilik tidur kami. Tapi terpaksa melupakan hasrat setelah 6 7 kali belek dan belek dan belek. Awatla en. somi......


Kain ni harga asal dalam RM125/m....Tebal dan memang tebal la. Nak buat sofa memang cantik la. Tapi kalau aku jahit sendiri pakai mesin portable aku, mau rosak mesin jahit aku. Mampu tengok ajelah. Tapi Sarah Hughes GLOBE dah bagi diskaun menjadikan RM45/m tau. Tapi kan, kalau cakap kita dijemput oleh Kak Moon...leh dapat RM25/m tau!!!! Terkujat aku...Maklumlah, orang pestime kena jemput (padahal menjemput diri sendiri....hahahahahaha)


Setelah membeli, memang puas hati la. Ada yang kain dibuat sofa tu orang buat langsir rumah, pun cantik gaks. Dalam selang membeli  - belah tu, sempat la jugak kami menjamu juadah yang disediakan oleh pihak Kak Moon dan Sarah Hughes Globe ni. Maklumlah masih di dalam bulan Syawal lagi kan....


Hati gumbira dan harap² akan mendapat jemputan lagi daripada Kak Moon. Tenkiu kak!!!!!




Leh rujuk di : Moon punyer blog


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. tq sebab sudi dtg .

    Ni ada lagi sale 3 hari 23 , 24, dan 25 oct 2015. kalau free jemput la dtg ...ni mmg menjemput betol ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, kita bz ngan persiapan konvo..mebi nx time :) tengs for sharing

      Delete