Fraser Hill ~The Malaysia's Little England ~ Day Two

By kin - May 14, 2015


Assalamualaikum & Salam Ceria....

Kisah hari kedua ...Padahal cerita dah banyak backdated....Selain ada penyakit huruf M, kesibukan masa adalah sangat tidak mengizinkan...huhuhuhu...alasan semata....

Hari Kedua

Celik-celik mata je, kita brekpas dulu. Ibu dah siap² masak dan panaskan lauk semalam je. Heaven! Pastu plan samada nak terus check out atau round dulu then patah balik ke apartment. pk punye pk, disebabkan apartment ni nun jauh naik ke atas, kitaorang plan terus check outla ..Sonang!

Sebelum tu, amik feel udara pagi!!!! Syiuk ehhhh

Fraser Hill, #holiday, Allan's Water


Allan's Water

Our first stop for the second day was Allan's Water. Tapi sebelum tu, kami singgah di Taman Flora Bukit Fraser yang  berdekatan dengan Allan's Water. Ibu dan mama sempat membeli beberapa buah pasu bunga dan buah-buahan di situ. Tapi kami sibuk mempulun ambil gambar² je di situ...


Then, kami singgah pula di Allan’s Water yang sebuah tasik kecil yang telah ditransformasikan kepada sebuah tempat tarikan pelancong dengan aktiviti rekreasi “paddle boating”.  Selain itu, antara aktiviti yang disukai oleh budak² ialah memberi ikan makan.. ada beratus-ratus ekor ikan dalam tasik ni, baik yang kecil, sederhana, atau besar.. Sepeket makanan ikan boleh dibeli dengan harga RM1.00 dari gerai berdekatan.  Memang seronok sangat bagi makan kat ikan² ni. 

Fraser Hill, #holiday, Allan's Water
 Di Allan's Water, terdapat aktiviti yang menyeronokkan selain memberi makan ikan² ni. Kami pun mencuba untuk menaiki boat. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM8.00 untuk 15 minit. So, aku naik bersama anak dara aku ajelah...Even 15 minit pun, rasa agak lama la jugak (sebab aku yang banyak kena kayuh).
Fraser Hill, #holiday, Allan's Water

Air Terjun Jeriau

Selepas puas mengayuh, kami plan nak ke air terjun Jeriau. Pada masa yang sama, my parents dan mama&papa hendak balik ku Kuala Lumpur lebih awal daripada kami. Sebenarnya tak plan pun nak mandi di air terjun tersebut. Cuma dah standby baju mandi untuk budak² je. 

Sepanjang pemanduan ke air terjun Jeriau ni mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan kelajuan normal. Untuk ke lokasi air terjun ni, kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 10 minit. Nasib baik my parents tak ikut, kalau tidak...jenuh juga nak berjalan jauh tuh.

Fraser Hill, #holiday, air terjun Jeriau

 Perjalanan yang selama 10 minit ni menuruni hinggalah kami jumpa tangga dan wahh!!! Memang sangat cantik air terjun tu. Dari jauh macam kecik je air terjun tu tapi sebenarnya tinggi jugak. Disebabkan aku tak plan nak mandi, tengok ajelah dari kejauhan. Tup-tup laki aku plak join mandi sesama. Sabar ajelah kan......Suasana memang sangat mendamaikan sebab tak ramai yang datang ke sini. Hanya kami sahaja!

Fraser Hill, #holiday, air terjun Jeriau
Masa nak menapak balik....Ya Allah...jenuhla hai nak naik tangga ni... Apa² pun percutian keluarga memang sangat seronok.....

Fraser Hill, #holiday
Selamat tinggal Fraser Hill....In sha Allah, ada kelapangan bolehlah kami datang lagi. Bagi yang cintakan ketenangan dan kedamaian, silalah ke Fraser Hill... 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments