Di kalangan wanita yang mengalami fibroid, memelihara cara pemakanan
yang betul memainkan peranan yang besar terhadap rawatan fibroid di
peringkat awal. Cara pemakanan yang betul akan membantut pertumbuhan
fibroid.
3 Prinsip Utama perlu dikendalikan:
Pertama: Pengambilan makanan secara tetap dari segi masa dan kuantitatif dan tidak terlampau makan.
Kedua: Pengambilan makanan rendah lemak, lebihkan makan daging tanpa lemak,sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
Ketiga: Lebihkan pengambilan bijirin seperti jagung, kacang.
Selain itu, perempuan yang mempunyai fibroid juga perlu:
1. Hindari makanan sejuk :Bagi
wanita yang fungsi perutnya kurang baik, cubalah menghindari makan
makanan sejuk sebelum dan semasa datang haid. In dapat mengelakkan
daripada berlakunya gumpalan darah(stasis) dan mengelakkan memburukkan
lagi kesakitan haid.
· Contoh : Minuman sejuk,ketam,siput,kepah,tembikai,pisang,peria,manggis,timun ,oren dan sebagainya.
2. Hindari makanan masam :Makanan
masam akan menyebabkan darah menjadi pekat dan aliran haid
terhalang.Jadi wanita yang mengalami kesakitan haid perlu menghindarkan
diri daripada mengambil makanan masam semasa datang haid.
· Contoh : Cuka,strawberi,ceri,manga,lemon,kimchi,belimbing,kurma masam dan sebagainya.
3. Hindari makanan pedas :Segelintir
wanita yang mengalami kesakitan haid dan kadar aliran haid yang banyak,
mengambil makanan pedas akan memburukkan hyperemia pelvis dan
radang,atau mengakibatkan otot rahim mengalami penguncupan yang
berlebihan,seterusnya kesakitan haid menjadi lebih teruk. Jadi penghidap
kesakitan haid sepatutnya kurangkan atau mengelakkan daripada makan
makanan pedas.
· Contoh: Cili,lada,bawang putih, bawang merah,halia, sup ayam,durian,perasa pedas dan sebagainya.
4.
Jangan makan longan,kurma,gelatin,royal jelly(madu susu lebah) dan
lain-lain makanan mempunyai bahan hormon yang boleh menyebabkan
pengumpalan darah.
5. Jangan makan daging kambing,udang,ketam,belut,ikan masin dan sebagainya.
6.
Kurangkan pengambilan madu,propolis (lem lebah)dan gelatin. Ada fakta
yang membuktikan bahawa tonik tersebut mudah menaikkan hormon estrogen
dan mengaruh terhadap penyakit fibroid. Seterusnya memudaratkan keadaan
kesihatan.
Elakkan makanan berlemak tinggi
Di
samping itu, penghidap fibroid perlu lebihkan makan
sayur-sayuran,buah-buahan dan elakkan makanan yang berminyak.Secara
keseluruhan, penghidap fibroid perlu menghindarkan diri daripada makanan
yang memberi rangsangan yang besar terhadap badan seperti lada,cili.
Lagipun,pertumbuhan fibroid adalah berhubungan dengan rangsangan hormon
estrogen dalam jangka panjang.
Melalui eksperimen
haiwan membuktikan bahawa makanan yang berlemak tinggi akan merangsang
pertumbuhan dan pembebasan hormon,jadi kadar berlakunya penyakit fibroid
atas wanita yang gemuk adalah lebih tinggi jika berbanding dengan yang
lain.
Selain itu, penghidap fibroid juga perlu
mengelakkan daripada makan kolagen, produk peningkatan payudara,gelatin,
royal jelly(madu susu lebah) dan lain-lain makanan yang mudah terasa
badan panas, mengakibatkan pengumpalan darah, dan juga perlu elakkan
makanan yang mengandungi komponen-komponen hormon.
sumber : di sini
0 comments