~Pesta Buku Antarabangsa
PICC~
Assalamualaikum dan
salam ceria hendaknya...
Sempena cuti
persekolahan Mac yang lepas, macam biasalah mesti ada je aktiviti² yang hendak
dilakukan bersama budak² ni. Plan asal nak ke Langkawi la...Pastu tak
menjadi...Plan B ke Ipoh plak..Pun tak menjadi sudahnya plan C hanya sekitar
Lembah Klang sahaja. Pun jadilah as long budak² seronok dan ceria.
senarai pesta buku 2014 |
Pada 23 Mac 2014,
aku bawa budak² ni ke pesta buku antarabangsa di PICC, Putrajaya. Di situ ada 2
seksyen iaitu untuk buku berbahasa Inggeris (Welcome To Bookville ~ Magical
Town Of Books) dan berbahasa Melayu (Pekan Buku ~ Gerbang Ilmu Merentas Masa).
Sesampai sana sahaja, mata budak² dah terarah ke booth Legoland dan Kidzania.
Tengok offer macam menarik, dapatlah grab
tickets ke Kidzania. Memang berbaloi la sebab memang kebetulan nak ke sana
dalam jangka masa terdekat ni. *wink*
So, agenda
dimulakan dengan sesi lawatan booth ke booth dan barulah ke Magical Town Of
Books. Sesampai di pintu hadapan, para pengunjung diberikan beg shooping. Ceh,
macam banyak benar buku nak dirembat ni. Skodeng punyer skodeng dapatlah 3 -4
buah buku. Wakaka...Oklah tu sebab hasil tangkapan buku masa BBW pun masih tak
terusik...oppssss. Ala, lagipun aku mana ada dapat baucer buku. So, guna je
peruntukan yang en Syawal dah bagi.
Hamizan aku belikan
buku encyclopedia transportions dengan harapan setiap malamku lena.Wakakaka...Rupanya
sangkaanku meleset sama sekali. Bayangkan hari² sebelum tidur, Hamizan hendak ‘bercerita’. Antaranya.....
Mama, kenapa keretapi tak boleh
guna jalan raya?
Kalau aku explained, dia
tukar soalan macam ni plak
Mama, kenapa kereta tak boleh
guna landasan keretapi?
Mama, kenapa keretapi berhenti
masa lampu merah..?
Mama, kenapa keretapi tukar
landasan..?
Mama...kenapa....kenapa...kenapa....
Sudahnya aku dengar
dari kejauhan......Dah krohh krohh la tu.....Boleh pula Hamizan ni kejut...
Mama, adik belum habis bercerita
lagi....
Aduyai anakku.....
So, dengan pembelian buku itu, aku dapat tidor sebelum mendegar adik bercerita.
Rupernya lagi extra plak dia bercerita. Hahahahaha.
So, layan pix
sekitar kami di pesta buku ini....
Cuma satu je macam
aku brapa gemar. Punyalah kena beratur panjang eventhough kaunter banyak juga dibuka. Apa² pun memang smooth la
dengan adanya kawalan petugas² di situ.
hari Ahad tu ada sekali pameran ibu & anak...memang sesak la tempat parking |
0 comments