Assalamualaikum dan salam sejahtera to all...
ehm...tahun ni memang agak mencabar bagi aku dan tahap kemalasan dan kesibukan memang sebagai faktor la untuk aku bergiat aktif untuk mencoretkan dalam belog aku ni. Sebenarnya penyakit M & S......huhuhu.... (intro ntah apa-apa, kan..?)
Bercakap pasal air ni...Sekarang ni negeri Selangor dilanda kecatuan air oleh kerjaan negeri sebagai salah satu langkah alternatif bagi menyekat kekangan kekurangan dan penyusutan paras air di empangan-empangan sekitar Selangor. So, warga Selangor mengalami catuan air berkala iaitu 2 hari ada air dan 2 hari mengalami gangguan air. Eh yeke ni???
Oklah, sebenarnya aku teringatlah cerita dulu-dulu masa negeri Melaka mengalami krisis ketiadaan air tahun 90-an. Antara yang aku ingat masa tu, bila aku diterima masuk ke asrama penuh di Melaka. Masa tu, memang Melaka mengalami krisis air. Ok, budak hingusan baru berumur 12 tahun ++...Tak tahu apa-apa...Terpaksa berusaha untuk mendapatkan bekalan air dan yang paling best sekali ialah; sekolahku mempunyai ratusan anak tangga....uwaaaaa...
Kisah tiada air di sekolah..Fenomena takde air kat sekolah ni memang dah jadi kebiasaan kut utk bebudak sekolah aku ni. Dah le sekolah atas bukit, air takde. So, beramai-ramaila turun ke bawah dengan membawa baldi masing² untuk mengumpul air. Yang kelakarnya, baru setengah perjalanan menaiki tangga, paras air dalam baldi tinggal separuh. Sebab, kepenatan menaiki tangga dah jadi satu hal... Baldi dah le kecik...sesampai je memang tinggal separuh...hahahahaha...Badan pun lencun dek peluh.
Pastu, potong plastik then tutupla atas baldi untuk elakkan kemasukan serangga atau kecurian air. Kadang-kadang marah jugak, sebab paras air makin sedikit dalam baldi tu. Yelah, letak kat bilik air...mana tahu siapa yang mengambil/mencuri air kan?
So, the next pengambilan air, aku dah tak isi air dalam baldi. Aku cari botol2 minuman yang bersaiz 1 liter tu, isi air dalam botol dan masukkan ke dalam baldi. Senang mau angkut.So, kadar tumpahan air ketika naik ke atas adalah zero. Hahahahhaha.....
Kawan-kawan aku yang memang orang Melaka, memang balik rumah masing-masing la. Orang yang dok perantauan macam aku ni, ehmmm bertabah dan bersabar ajelah. Kadang² bukan sebab Melaka takde air pun, tapi most of them disebabkan tekanan air yang rendah. Yela, sekolah atas bukit. Huhuhuhuhu.....
Pengalaman kekurangan air ni sampailah aku di tingkatan lima. Cuma tak brape ingat tahun bila yang betul² kronik takde air sampai sekolah bagi pelepasan balik. Tapi opkos aku menumpang di rumah kawan² aku di Melaka ajelah. Tetapi pengalaman menaiki anak tangga beratus sambil membawa sebaldi air memang nostalgia la. Nak menumpang mandi di rumah pengetua, memang aku segan la.Apa² semua ni mengajar erti tabah dan sabar. Kadang² bila hujan turun lebat, memang meriah la mandi air hujan....Hahahaha.....Melompat sampai monyet² kat sebelah pun naik heran. hahahaha.....
* kenangan lama mengusik jiwa* cewahhh
0 comments