Amazing Sabah!!! ~The Tip of Borneo @ Tanjung Simpang Mengayau, Kudat part 1~

By kin - January 28, 2014


As salam....kesinambungan cerita 2 tahun sudah.....*bapak lama*


Selepas meneroka Tempat di Kundasang War Memorial, kami menuju ke Kudat plak. Kali ni memang unplanned nak ke sana.

Sebelum bergerak ke Kudat, kami menyinggah dahulu untuk membeli barangan sebagai cendaramata berupa sayur-sayuran  untuk keluarga di kampung. Tak semena-mena, aku mendapat 3 kuntum bunga rose. Auuwwww… very rare ok! Anyway, I love it so much.

Kundasang

Selepas membeli barang, kami singgah lagi ke Kinabalu Park untuk bergambar seketika. Kira tempat ni memang  fav kami semua la…


Kinabalu Park



Separuh perjalanan menuruni kawasan pergunungan, kami mengambil jalan menuju ke Kota Belud. Ambil simpang ke kanan selepas Pekan Nabalu. Kiranya jalan shortcut ke Kota Belud –Ranau yang mana kami tak lalu dah Tamparuli. Kira kami gamble ajelah menggunakan jalan ni. Sepanjang perjalanan, pemandangan semuanya menghijau kerana landskapnya berlatar belakangkan hutan. Jalan lebih kurang macam nak ke Kundasang, naik turun bukit dan pastinya sunyi sepi. Cuma sesekali je selisih jalan dengan kenderaan lain. Kakak ipar dan keluarga sudah pun sama-sama menuju ke Kota Belud sebagai tempat kami check point untuk bertemu sebelum kami menuju ke Kudat.


Cuma, ada kisah yang agak kelakar la sebelum kami sampai ke Kota Belud ni. Lebih kurang 30km sebelum kami sampai, tetiba terdapat ada sebuah baut yang agak besar di tengah-tengah. Kami berasa agak keliru jugalah samada nak ikut jalan ke kiri atau kanan. Batu tu betul² berada di tengah². Nak kata ada papan tanda, takdelah pula. Nak sms akak ipar nak bertanya arah, ‘service not available’ la plak. Masa tu pula tiada rangkaian. Hampir setengah jam tau kami menunggu di situ kalau² ada orang tempatan ke atau kenderaan lain yang lalu di situ.

ada batu tengah² tu..............


Tetiba, datang  sebuah kereta…berdesup meninggalkan kami. Tak sempat tau nak berhentikan kereta tu. Sudahnya, aku suruh je en. Syawal ikut laluan di sebelah kiri. Tawakal ajelah. Kalau salah, kira patah balik amik laluan di sebelah kanan la plak. Sebaik sahaja kami melepasi batu besau tersebut, masing² dah tepuk kepala dan gelak. Aduyai……rupanya amik jalan kiri ke kanan, akan bertembung menjadi satu jalan. Iskkk…iskkkk…Setengah jam masa terbuang macam tu aje. Dah la kawasan hutan. Tup-tup, sms masuk bertalu²… “ di mana kamu…kami sudah sampai ani..”…..kikikiki…jawapan standard en Syawal,
 “ kami otw”……

Kota Belud 


Sesampai di tempat pertemuan di Kota Belud, kami mencari kedai makanan untuk mengisi perut dahulu. Lapar sudah. Waktu pun dah agak petang kami sampai dalam pukul 3 lebih. Perjalanan masih jauh lagi nak ke Kudat ni.


makan makan di Kota Belud

Seusai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kudat. Kudat, here we come!!! Chewah…..*poyo*





  • Share:

You Might Also Like

0 comments