Keutamaan Solat Sunat (Sebelum) Fajr – Pahalanya dan Surah Yang Dibaca

By kin - October 11, 2013

Assalamualaikum,
 
Pagi tadi semasa otw ke opis, mcm biasa jam 7.30am kompem tukar tune radio ke ikim FM. Kali ni ustaz membicarakan tentang salah satu kelebihan solat sebelum subuh atau solat fajr. Menurut ustaz, solat rawatib ini amat diutamakan oleh Rasulullah (s.a.w), iaitu solat rawatib/mengiringi Solat Subuh.(Solat Sunat Sebelum Solat Subuh) 
 
 
Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Fajr (atau Subuh) itu amat disukai oleh Rasulullah (s.a.w) dan beliau mengajak umatnya menjadikankan suatu ketetapan atau meruntinkan mengamalkannya, mensolatkannya tanpa lama dan kekal mengerjakannya dalam kehidupan sehari-harian
 
(a) Waktunya
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, ibu kpd orang iman, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulullah (s.a.w) ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, solat dia (Nabi) dua rakaat solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum bahawa didirikan solat Subuh).) [Hadith Muslim] 
 
 
Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh (satu solat rawatib) itu dikerjakan secara rengkas, yakni tidaklah membaca surah-suarh yang panjang, memadai surah-surah pendek supaya segera selesai. Namun ketertibannya dijaga, seperti cukup tamakninahnya dalam setiap rukunnya.] 

(b)Sentiasa Diperhatikan Supaya Tidak Tetinggal
Menceritakan hdith oleh Ato’ hadith dari Ubaidi b. Umairin hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (s.a.w) tidak ada atas sesuatu dari solat sunah yang lebih tersangat menjaga darinya (oleh Rasulallah (s.a.w)) atas dua rakaat sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim] 
 
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) sangat menjaga solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau ditinggalkannya. Ini menunjukkan betapa utamanya solat rawatin ini.] 


(c)Pahalanya 
Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat] 
 
[Nota: Jelaslah mengapa dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu bahawa Rasulullah (s.a.w) dalam hayatnya sentiasalah mempastikan bahawa dia tidak terlupa atau tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini. Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih utama pada Allah (a.w) dari nilai dunia dan segala yang ada di permukaaan dan di dalam perut dunia. Rugilah orang yang tahu (atau, diberitahu) begitu besar ganjaran pahalanya, tidak mengerjakannya. Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran dividen akhirat yang amat besar!] 


d)Surah-surahnya 
Menceritakan Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah (s.a.w) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat] 
 
[Nota: Jelaslah dalam hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa hanya dua surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain, tapi, kalau kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulullah (s.a.w), maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala mengerjakannya.]
 
sumber: di sini
 
*tetapi menurut ustaz di dalam radio ikim tadi, kita disarankan membaca surah alam....rakaat pertama alam nasrah....rakaat kedua alam tarakai....
 
Ini kerana antara kelebihan melakukan solat sunat ini adalah Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.


Allahu Akhbar...Sebagai peringatan bersama, marilah kita sama² meluangkan sedikit masa untuk melakukan solat sunat Subuh ini.

solat sunat sebelum Subuh
*google*

Jazakallahu khairah

  • Share:

You Might Also Like

44 comments

  1. Satu imu yang sangat bermanfaat kerana sebelum ini saya tidak tahu mengenai kelebihan solat sebelum subuh
    bisnes simkad

    ReplyDelete
  2. Jom ramai2 kita mengamalkannya.ikut apa yg Rasulullah lakukan ganjaran yg amat besar yg telah d janjikan.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah akan jdkn solat sunat ini 1 amalan harian

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ilmu yg sgt berguna...mohon share ye

    ReplyDelete
  6. Ilmu yang sangat2 berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Ilmu yang sangat2 berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Ilmu yang sangat2 berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Tqvm..amal kan kita akan jadi rajin.

    ReplyDelete
  10. Tqvm..amal kan kita akan jadi rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...in sha allah, moga menjadi amalan....

      Delete
  11. Surah al-fatihah xpyh baca ka?maaf baru tahu kelebihan solat sunat ni..mohon pncrhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-fatihah surah wajib yg perlu dibaca setiap solat ....yg di cadangkan di atas adalah surah yg dibaca selepas bacaan al-fatihah

      Delete
    2. terima kasih en Rosham atas penjelasan.....maaf lambat reply...lama x jenguk blog ni

      Delete
  12. alhamdulillah..
    satu ilmu yang sangat baik dipraktikan dan ianya adalah sunneah rasululllah yang patut kita dahulukan untuk bekalan ke akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....in sha allah, sama-sama kita amalkan....

      Delete
  13. Semoga d permudahkn segala urusan sesiapa yg berkongsi ttg ilmu akhirat . Amin .

    ReplyDelete
  14. Semoga d permudahkn segala urusan sesiapa yg berkongsi ttg ilmu akhirat . Amin .

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Tq sahabat atas perkongsian yg sangat bermakna ni,in sha Allah... Semoga istiqomah melakukannya...

    ReplyDelete
  17. in sha allah....aaammmiinnnn :)

    ReplyDelete
  18. Niat solat sebelom subuh mcm mana ya.maaf bertanyakn soalan mudah.adik baru nak belajar

    ReplyDelete