..coret-coret Ramadhan..

By kin - August 06, 2013



Marhaban ya Ramadhan...

Sedar tak sedar masa sudah menginjak ke bulan Syawal sudah. Sedihnya meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Moga kita dapat ketemu lagi. Lebih² lagi bulan yang mana Allah memberikan bonus kepada hamba²Nya yang beriman.

Ramdhan kali ini betul² menduga kami sekeluarga. Apa² senantiasa bersangka baik kepada Allah. :)


Minggu kedua berpuasa, seluruh keluarga mengalami demam panas. Nak tak nak, aku terpaksa cuti untuk menjaga en Syawal terutamanya. Sebab memang sangat teruk dan dia memang jarang sekali sakit. Serentak dengan itu, anak²ku pula. Aku yang memang steady pun leh kantoi. Sudahnya aku pun sama demam sebab penat menjaga depa semua....Huhuhuhu.

Syukur, Alhamdulillah demam sudah kebah. Rupernya demam nak kena campak. Sabo ajelah kan.....

demam panas

En Syawal kena 3 botol air, aku plak kena sebotol aje tapi sebab kena masukkan 2 jenis ubat dalam drip tuh..Aduyai....sakitnya....Ampunkanlah dosa² hambaMu ini....Amin...

Pastu, dalam pala hotak..Dah fikir macam²...Rasa macam nak kansel aje order kuih raya. Takut tak sempat!
Itulah, tahun ni gatai sangat nak menjual kuih raya. Konon nak testing market. Terus wat 3 jenis kuih pula tuh..Tamak....Apa² pun, semuanya sudah selamat dihantar. Harap semuanya berpuas hati yea. Ada 2 orang rakanku betul² order last minute; ikutkan hati aku memang dah malas...Tapi aku inda mau hampakan permintaan...Itu pun sudah selamat dihantar. Aku jual yea!!!! ^_^

kuih raya

Sekembali bekerja selepas demam, gaji pun baru dapat (lambat seh..). Apalagi, time lunch kami keluar la cuci² mata. Kebetulan ada jualan gudang air botol di seksyen 13, Bandar Baru Bangi. Rembat jangan tak rembat. Beli di kilang Pemanis; berdekatan dengan balai bomba Bangi. 

Rembat tak ingat, datang sampai 6 orang...Pastu baru terfikir, erkkkkkk botol² ni camner ni? Hahahahahaha...Lawak je and aku terpaksa bawa kereta dengan penuh sopan dan santun...Auuuwwww...


jualan gudang


Pada 2 Ogos 2013 pula, ada reunion aka iffar bersama rakan² seperjuangan Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri. Agak kelam kabut aku dibuatnya. Time tu plak isu banyak masuk dan kebetulan hari terakhir sesi persekolahan. Mana² pi sangat jem ok. Kami sampai pun azan maghrib hampir berkumandang.


Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

 Memang sangat happening sebab ada yang berbelas tahun tak jumpa. Masing² membesar dengan jayanya. Hahahahahahaha. Jangan marah erkkkk.....

 

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Alang² tu, sambutlah birthday untuk orang² tua ni seperti abang Nan @ batman dan Afat dan juga untuk Sara. Alang² birthday jatuh pada bulan Ramadhan kan? Anyway, happy birthday!!!!

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.

Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri.


Paling best, kenakan abang Nan dengan palitan krim kek di mukanya ketika dia tengah ketidakupayaan untuk membalas serangan kitaorang. Orang tengah menyusukan anak...Sampai Ecah pun pelik dengan kisah ayahnya. Awat muka lagu tu noooo? Hahahahaha...Kita gurau² yea...



 Hari Sabtunya plak, gatai sopping ke Sogo & jalan TAR. Hamik ko....Penat....Dengan membawa Hamizan, ya Allah..Berikanlah kekuatan..Sabo ajelah dugaan. Sebab dah berjanji nak naik train kan....Aku pi berdua. Dapat le menjala skit di Sogo. Sebelum Hamizan banyak songeh, aku belikan set kenderaan berat, bagi makan kenyang² sebelum bertolak ke Jalan TAR plak.

Sesampai sana, padat dan jem dengan pelbagai ragam manusia. Tudung entah ke mana aku nak rembat...Sudahnya masuk ke kedai kain untuk membeli kain ela untuk dibuat tudung lagi bagus! Murah, tak jarang, labuh dan puas hati! Jalan Tar tuh, aku jalan suku je. Tak larat sebab sambil mendukung Hamizan (kang hilang payah plak) dan membawa hasil jalaan di Sogo.

diy tudung halfmoon

Tahun ni gatai nak pakai halfmoon. Kui kui kui......Bila dah siap jahit, tetiba.......Alamak, macam tudung nikah pun ada..Ehmmmm..Lantak la....Aku rasa raya tahun ni ramai yang pakai baju tunang dan baju nikah. Banyak jual baju kosong tapi bermanik dan berlace ala² baju tunang dan baju nikah. Raya nanti kita tengok! kui kui kui........



Sebelum terlewat, kami iffar sekeluarga di rumah ibunda di Gombak. Sambil menyambut hari kelahiran adik bongsuku; Luqman yang ke 21 tahun. Moga mendapat keberkatan usia dan menjadi anak yang soleh hendaknya,amin!


Masa inilah barulah kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga baru kami; Aqilah Humairah. Hamizan dan Sara sangat teruja dengan baby. *erk, nak baby lagi kena minta kat papa yea?* kuwang kuwang kuwang

 
birthday girl

Hari ini, tanggal 6 Ogos 2013, Allah meminjamkan lagi kepada kami Dayang Nurul Qaisara selama 6 tahun, ♥ Syukur ya Allah! Kami sekeluarga sayang Sara ketat²!!!!


  • Share:

You Might Also Like

0 comments