Amazing Sabah!! ~ Mesilau Dairy Farm~

By kin - August 29, 2013


Salam Semua...

Kundasang adalah salah satu tempat kesukaan aku..Tapi sayang aku belum pernah naik gunung lagi..Ajak en Syawal, macam² alasan ..Apa boleh buat kalau sudah tiada minat..Sudahnya, pancitla aku..Huhuhuhu.

Kali ni nak share satu tempat yang best! Serius macam pi New Zealand....Dengan cuaca yang dingin..pemandangan yang sangat mempesonakan....Ehmm....Rasanya mau lagi kami ke sini....Ladang lembu ni milik Desa Cattle Dairy Farm. Terletak di Mesilau Highland, Kundasang.

 Dengan cuaca yang sejuk, ladang rumput yang luas dan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu perghhhh... memang macam  kat New Zealand.

Aku lupa plak bayaran masuk kalau tak silap aku dewasa RM4.00, kanak-kanak@student RM2.00 murah kan? Tempat ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


Mesilau Dairy Farm, Kundasang 

Macam biasa, kami mesti posing bergambar dahulu. Best wooo....Memang macam pi obersea...Hahahaha

Mesilau Dairy Farm, Kundasang
berlatarbelakangkan kawanan lembu



Mesilau Dairy Farm, Kundasang

Selepas puas bergambar dari kejauhan, kami berhenti di tepi jalan untuk melihat dengan lebih dekat. Maklumlah, lembu biasanya berwarna coklat, putih atau hitam. Tapi di sini bertompok² hitam putih. Memang sangat sesuai dengan tema baju Syasya dan Sara! Hahahahaha....




Memula kami bergambar di tepi pagar sahaja. Sudahnya, aku, Syasya dan Sara memanjat pagar dan mendekati kawanan lembu dan bergambar. Haaaa tak keje giler apa?Bukan selalu wat keje giler. Sara pula nyaris terpijak lembu nye crepe....hahahaha....



 Mesilau Dairy Farm, Kundasang

Selepas puas bergambar dengan lembu²...macam tak pernah tengok lembu kan? Kami menuju ke atas bukit.....Untuk melihat sendiri ada apa di sana?

Pemandangan semuanya berkabus... Masa bergambar di batu ni, tetiba perasan ada ulat bulu besau jari kelingking di tudungku. Warghhhh...Ini mesti ikut masa aku dok panjat pagar tuh. Sebab rumput yang diragut kawanan lembu ni, lain skit. Masa aku pijak, memang tenggelam kaki....


 Dalam bangunan tuh, ada tempat lembu2 diproses untuk mendapatkan hasil tenusu. Kedai cenderamata pun ada. Tapi kami hendak meninjau anak² lembu dulu....Hehehehe

Mesilau Dairy Farm, Kundasang




Mesilau Dairy Farm, Kundasang
kambing² ni sangat rakus makan....

Ada sebuah bangsal yang menempatkan anak-anak lembu dan kambing. Di sinilah budak² berasa sangat seronok kerana  boleh memberi makan haiwan-haiwan tu. Tapi tak boleh bagi makan sesuka hati, cuma boleh beri makanan yang disediakan. Susu untuk lembu dan rumput untuk kambing. Boleh beli kat situ.Kalau tak silap, seikat RM3.00 kut. Lupa suda......


Mesilau Dairy Farm, Kundasang


Dah penat bagi makan, kami naik semula masuk bangunan. Konon² nak membeli susu segar. Habis suda ok....Cuma kebetulan tinggal susu yang boleh diminum di dalam cawan plastik. Nak beli dalam kotak semuanya licin........Sedap gaks susu ni....

Sebelum balik, terperasan sebuah rumah ni. Mak aiihhh lawanya bunga² loceng dia......Sempat snap sekeping....ehehehehehe


Nak tahu mengenai ladang ni layari FB : http://www.facebook.com/desacattlefarm. Kat Desa Cattle Farm ni juga dijual susu segar (kena datang awal jam 8.00 pagi ,kalau tak melepas macam aku) dan berperisa dan juga cenderahati. Dan aku macam biasa la...Kompem beli fridge magnet!


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments