Amazing Sabah!!! ~Mandi air panas di Poring Hot Spring~

By kin - August 29, 2013

Salam semua,

Masih lagi bersiaran sekitar Ranau. Selepas bertagal kami bergegas ke Poring Hot Spring. Masa sudah suntuk tetapi demi anak² kami turutkan. Hehehehe...

Poring Hot Spring ni terletak lebih kurang 40 km dari Kinabalu National Park dan lebih kurang 13 km dari Ranau. Tiket untuk masuk Poring Hot Spring bernilai RM3.00 untuk warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Kalau  dah beli tiket semasa di Kinabalu National Park, tak perlu bayar lagi untuk masuk ke PHS sebab boleh gunakan tiket yang sama.

Kali ni, PHS berwajah baru. Dulu kena berjalan di atas jambatan gantung untuk ke kolam. Sekarang sudah dibina jambatan konkrit nan gah. So, takdelah gayat dan takut²..Ngeeee. Kolam² di situ pun berwajah baru juga. Dah ada stesyen untuk rendam kaki sahaja. ^_^

Kami sampai pun agak lewat, budak² nak mandi manda kawasan yang ada slider tuh. Dapat mandi 10 minit di situ pun jadilah. Memang best! Di situ, airnya biasa² sahaja. Bukan jenis air panas. Selepas tempat tuh ditutup, barulah kami berpindah mandi manda di kawasan kolam panas.

poring hot spring
Rock Poll



poring hot spring
sukanya budak²


poring hot spring
kawasan mata air panas

poring hot spring
 Kali ni aku malas nak berendam dalam kolam air panas. Baju basahan memang dah ready tapi malas ya amat. Maklumlah ini kali ke-3 bertandang. Sudahnya aku berendam kaki sahajalah. Merah² kakiku, ingatkan aku berendam di dalam kolam yang paling panas, rupanya yang paling kurang panas. Hahahaha....Memang tak tahan panas gamaknya.
poring hot spring
ada jambatan lama..air sungai yang sangat cantik

 Poring Hot Spring ni diiktiraf sebagai “World Heritage Site” atau “Tapak Warisan Dunia” oleh UNESCO dan sebagai salah satu tempat pelancongan yang harus pergi kalau berada di Sabah. Orang kata mata air panasnya mengandungi  mineral sulfurik secara semulajadi ni memang sesuai untuk mengubati pelbagai penyakit luar dan dalaman kita. Sebab tu aku rendam kaki je. (kes malas)

poring hot spring
jangan tak tahu, toilet pun lawa

Selain aktiviti mandi manda, ada juga aktiviti dan tempat menarik yang lain :
  • Kolam Air Panas
  • Taman Kupu-Kupu
  • Jambatan Kanopi
  • Air Terjun Kipungit
  • Gua Kelawar
  • Air Terjun Langanan
Tapi disebabkan fokus kami hanya berendam dan bermandi-manda dan lagipun masa agak terhad...Tak dapatla meneruskan aktiviti yang ada ni. Maybe next time la kut. ^_^

Untuk pengetahuan, tempat dibuka setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 6 petang. Ada kolam air panas tertutup tetapi perlu disewa mengikut jam. So, senang nak mandi di kolam tertutup ni, aurat pun boleh terpelihara atau ada orang nak privacy ke.
poring hot spring
di kawasan sekitarnya



On the way nak mulih ke hotel, kami singgah tengok gerai² kraftangan di situ. Ehmm, harga lagi murah berbanding di pasar Filipina tu. Apalagi, rembatla selai dua. Hehehehe....

Pastu kekonon nak singgah tengok bunga Rafflesia@pakma. Kira musim mengembang pula tuh. Singgahla sebentar di Eva Rafflesia Garden. Sekali owner dia minta seorang dikenakan bayaran sebanyak RM40. Sorry naik lori la sebab sebelum ke sana ada orang tempatan bagitau yang kadar bayaran hanya RM3. Tak kuasa mak...Patah balikla sebab tak berbaloi. Dulu bunga pakma ni, ibu aku wat ubat herba jer.





  • Share:

You Might Also Like

0 comments