♥Cameron Highlands II - Ladang Teh♥

By kin - July 12, 2013

Salam....

Akhirnya setelah pecah kepala berwassap dengan my bff destinasi mana hendak dituju masa cuti persekolahan lepas, akhirnya dapat juga aku memenuhi permintaan untuk menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Orang kata macam² hal la pada masa itu. Last minute juga nampaknya planning kami ini.

Kami bertolak ke Cameron Highlands pada 27 May 2013. Malas nak berkunjung pada hujung minggu. Kompem ramai pengunjung dan jem teruk yang amat (pengalaman tahun lepas sampai keretaku rosak tersadai....huhuhuhu). Tambah² lagi di musim cuti persekolahan. Sebelum sampai ke Tol Simpang Pulai, kami perlu memasuki persimpangan Batu Gajah dan  permandangan hanya berkisar  kawasan kuari batu marmar dan kapur di sepanjang jalan.

Kali ini kami memilih route ke Simpang Pulai. Mak aihh..Jauh giler. Tobatla takmo ikut jalan ni lagi. Sanggup naik ikut Tapah. Orang kata kalo ikut laluan Jalan Pahang (Tapah), jalan ini  yang mempunyai 270 selekoh tajam dan pendek, tetapi kalau menggunakan  laluan di Simpang Pulai pula, laluan ini  dibina dengan mengikuti lereng bukit dan mempunyai selekoh yang lebih besar dan tidak terlalu tajam. Lebar jalannya juga besar dan selesa untuk pemanduan.Tapi jauh maaaaaa.

Kalau rasa minyak kereta tu dah nak E, silalah mengisi minyak di Stesen Petronas di sini dan jika tidak stesen seterusnya hanya setelah melalui 75 km di pekan Binchang.Siapa nak tolong tolak kereta nanti kan?


Selepas melalui kawasan kuari ini, barulah kami  menempuh perjalanan yang sebenar dan perlu berhati-hati dengan selekoh yang agak tajam di beberapa lokasi.Sepanjang laluan ini juga terdapat  beberapa penempatan Orang Asli dan berpeluang membeli hasil kerja dan buruan mereka.(sama juga jika mengikut laluan di Tapah).

Selepas melepasi sempadan daerah dan negeri, terdapat papan tanda dan mercu khas yang menunjukan anda telah melintasi sempadan negeri Pahang.Masa ni, masing² dah excited sangat². Macam tak sabar² nak sampai ke destinasi.

Sepanjang perjalanan, terdapat banyak kedai² strawberry sampai tak tahu nak berhenti kat mana satu.Sudahnya kami berhenti di Meiko Strawberry untuk melepaskan segala hajat dan membetulkan tulang² yang dah lenguh ini. Sambil2 tuh, rembat jugalah a few thing kat sana. Strawberrynya pun agak murah di situ. ^_^


posing sat

Disebabkan aku pun first time ikut laluan sini, memang nampak banyak perubahan terutamanya kerakusan dalam meratakan cerun untuk tanaman dan pesat pembangunan di sini. Kira macam back end la untuk Brinchang. Sesukati je kan?

Akhirnya.......Punya panjang lebar intronya...hahahahaha...Kami sampai di Ladang Teh yang aku lupa namanya....kui kui kui...Excited punya pasal!

Ladang Teh, Cameron Highlands
posing....

Budak² jangan cakaplah excitednya macam mana. Penat weh nak dukung Hamizan naik sampai atas. Iskkk..Kena ajar budak ni untuk melasak dengan alam persekitaran. Habis keluar peluh betina aku.....

Kegembiraan budak² jelas terpancar pada gambar di bawah ini. Cekidooout!


Ladang Teh, Cameron Highlands

Pastu satu hal la pula bila hendak menuruni laluan Ladang Teh ni. Hamizan still tak confident nak turun...Nak jugak aku dukung...Aiyo, kalau aku dukung kompem aku dan dia jatuh macam nangka busuk ma...Cerun sangat..Nak tak nak, aku bagi kata² semangat untuk Hamizan meneruskan perjalanan turun.....cewah...Papanya? Huh....Ambil kesempatan! Katanya; siapa suruh naik ke atas? Kuwa kuwa kuwa......Kena batang hidung sendiri.....


Sebelum balik untuk meneruskan destinasi yang lain, kami mengambil gambar satu family di ladang teh yang aku tak tahu nama ni...Hehehehehehehehehehe.......

Ladang Teh, Cameron Highlands
family potrait


psssttttt Nyzal, siuk tak???? ^____________________^


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Hohohoo..sangat siukkkk...terjelir aku kejo bebudak yg laju naik atas tu..excited depa..kita yg terjelir..pic bebudak melompat riang tu sangatcomel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn??? sebab tuh pix lompat comei tuh bikin besau skit kasik ko tgk ekpresi muka mejad dalam tuh.....^_^

      Delete