Kuala Gandah

By kin - May 15, 2013



Salam semua,

Sempena cuti sekolah bulan Mac lepas, kami sekeluarga berkesempatan melawat gajah² di Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Lama sudah aku aimed nak datang ke sini, cuma pada 28 March 2013 barulah ada kesempatan. Itupun setelah aku paksa - rela en suami untuk mengambil cuti tanpa rekod semasa aku menghadiri bakat tempoh hari. Maklumlah cuti kena beku dek Op Daulat.

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

 Kami bertolak di awal pagi.Senang if anything happen kan sebab program bermula pada tengah hari.  Sesampai je, kami daftar dulu. Maklumlah teruja nak mandi bersama gajah katanya....En Syawal malas nak berebut² and kami terus ambil pakej yang ada guide. Senang pepehal dia boleh info kami sahaja.

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

 Memandangkan kami sampai awal, macam biasalah kan..Kita snap -snap pix dulu. Bukan kamera DLSR pun, huhuhuhuhu..(takda bakat pun)...Pakai kamera phone cukup. Hehehehehe

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Sementara nak tunggu tayangan video, kami menuju ke kawasan aktiviti gajah. Hendak masuk ke kawasan ini, kami kena berjalan lebih kurang 15 minit.  Gajah² yang ada semuanya comel belaka. Orang kata, masih remaja gitu....So cute....

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Di sini ada disediakan makanan untuk diberikan pada gajah² cute ini. Seikat kecil tebu dan pisang  dalam RM3. Kami beli tebu je bebanyak....Seronok tengok budak² ni memberikan makanan kepada gajah² cute ini. And of course, me also la....hehehehehehe ^_^

Sesudah tu, kami patah balik untuk menonton tayangan video di auditorium selama 15 minit. Perghhh, baru rasa sejuk sebab cuaca di luar memang agak panas. Selepas itu, kami bersiap sedia dengan pakaian untuk terjun bersama gajah.Hahahahaha....

Sebelum nak terjun tu, kami dipertontonkan dahulu pertunjukan gajah² dewasa. Makanan gajah seperti betik juga disediakan. Sesi mengambil gajah pun ada. Tapi kena tengok juga mood gajah ni...Oh yea, sesi menunggang gajah kali ini tiada disediakan. Nasib budak² dah puas menunggang gajah di Lok Kawi (2 pusingan RM5).

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Selepas itu kami dibawa untuk melihat gajah mandi...eh..eh...Jangan sampai tumbuh ketumbit dah le yea...Hahahahaha....Ada 2 ekor gajah syiok dimandikan. Dalam hati anak² ke maknya?hahahhaha...Dah tak sabar² nak mandikan gajah ni. Heheheheehehhe...

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Selepas itu, barulah bermula aktiviti mandi bersama gajah....Yeahhhhh....Hanya yang ada pelekat oren jer dibenarkan sebab limited kerana gajah pun ponat nak mandi. Sebab kedudukan gajah dalam sungai ni bukannya depa berdiri. Anak gajah ini cuma mencangkung sahaja. Penatlah kan..

Macam biasa kene beratur dan macam biasa juga ada orang potong Q. Dah la panas makin panas tapi kali ni aku takde mood nak sound. Sudahnya, kami sekeluarga orang paling last. Gajah² pun dah penat nak mandi.

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Sampai turn kami, berus kulit gajah pakai pasir la. Nampak air sungai macam tak deras, tapi sebenarnya arusnya deras juga bila masuk ke dalam sungai. Selepas gosok² gajah dengan pasir, dengan kami² sekali kena simbah bersama gajah dek staf² Pusat Konservasi Gajah ini. Anyway, memang seronokla.

Disebabkan cuaca pun panas, aktiviti semua pun sudah berakhir.Orang lain dah naik ke darat, kami meneruskan mandi manda di sungai. Hahahahaha.....Mandi manda bersama adik² staf Pusat Konservasi Gajah. Bau badan pun dah macam gajah. Air sungai plak sejuk dan deras. Sara pula nyaris dihanyutkan. Itulah, keding nau.....

Setengah jam kemudian, barulah naik ke darat. Memang nampak wajah anak² berasa puas. Memang seronokla..

Sedikit info:


Lokasi : 49.1 km dari Temerloh
               2 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur – Kuantan
Waktu Operasi : 8.00 pg – 4.30 ptg setiap hari termasuk cuti umum


So, siapa² ada kesempatan sempena cuti sekolah tak lama lagi...Marilah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ini. Seronok tau budak².... ^_^



  • Share:

You Might Also Like

0 comments