DeerLand

By kin - May 16, 2013


DeerLand


Deerland

Ok, selepas penat bermandi-manda dengan gajah², kami bersiap pula menuju ke Deerland. Sebenarnya, sebelum sampai ke Pusat Konservasi Gajah tu, dalam sebelum 3km tu, kita akan jumpa Deerland dulu. Tapi sebab dah teruja nak jumpa gajah dulu, kami plan ke Deerland after tengok gajah.

Deerland

Kami tiba di Deerland pun sudah agak lewat. Kira-kira lagi sejam nak tutup tapi ada another 2 buah kereta yang sesama join ke sini after tengok gajah, depa tak jadi tutup and benarkan kami memasuki Taman Rusa ni.

Deerland

Rusa-rusa ini sangat besar and of course, sangat jinak.... Dapat² bila dapat makanan ubi. Kalau tak silap, pihak Deerland akan berikan sorang satu mangkuk ubi untuk diberikan pada para pengunjung. Memang siukla, baik kami mahupun rusa-rusa itu. ^_^

Aku rasa lebih 30 ekor kut rusa-rusa ni. Masa ni dapatlah pegang rusa yang jinak belaka ni. Pastu, jangan lupa pula pulangkan mangkuk makanan tu sebab jalannya sehala (dalam bulatan). Kang jenuh dok memegang bekas makanan tu pula.

Deerland


Selain  Rusa Timur, Rusa Nilga dari India, ada juga haiwan lain seperti itik Kayu dari Kanada, burung unta, kucing, arnab dan ular  dan banyak lagi. Lama juga kami di booth ular sawa. Ular sawa tersebut sudah kekenyangan memakan seekor ayam...Kompem wat derkkkk je. 

Tetiba Sara cakap, " mama, kita bela ular nak??"  iiiskkkk sabo ajelah budak....Ada hati nak bela ular.


Ada kawan aku bagitau, elok bermalam sahaja di sana..Erkkkk? Macam scary merry je nak stay memalam....Aku tak nampka pun any homestay kecuali di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan....

Sebelum sampai rumah, en Syawal mengajak mengambil angin malam di genting Highlands....Sebelum itu, singgah di hentian R&R untuk solat maghrib dan mengisi perut.

 Presentation szilling steak....Menyelerakan..Maklumlah memasing semua tengah kebulur. Harga pun not bad. Rasa: Bolehla..... ^_^

Sesampai genting, kami round sahaja di Indoor Theme Park. Then lepak² di luar pintu outdoor. Budak² terus celik mata jadi terang. Sabar ajelah.

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands
 
Tengah malam baru sampai di rumah. Sangat penat ok.....Apapun, memang enjoyla.....




Sedikit info :

LOKASI : LANCANG .
DARI TEMERLOH : 50.5 KM
KELUASAN: 10 ekar

Waktu Operasi : 11.00 pagi - 6.00 petang (Setiap hari kecuali Jumaat)

Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan.

Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'


  • Share:

You Might Also Like

0 comments